my follower

Nasyid Instrumental

28 September 2009

The arrival of Mahdi, Dajjal & Planet X

Assalamualaikum...
tempoh yg agak lama berbanding post yg sebelum ni kan??
Seperti biasa,cuma mahu share sesuatu...
sesuatu yg memang tersedia ada kat internet,cuma kita tak berapa nak perasan..
Tadi,cikgu Farid cerita pasal yahudi, perancangan yahudi dan banyak lagi kronologi tentang sesuatu perkara kita tak tahu...misalnya peristiwa kematian lady diana, 11 september dan lain-lain lagi...
tapi secara umumnya sahaja...
Perkara yg diceritakan tu membuatkan saya(semua yg ada dlm kelas waktu tu) ingin tahu lebih lanjut dan mendalam mengenai perkara tu.
cikgu pun ada beri laman webnya skali:
pc saya tak boleh buka laman web tu,harap sesiapa yg dapat buka tu..share2 la skali~

dan another video,

Daripada video tu,nak relate sikit dengan berita yg pernah saya baca sebelum ni :-

Tarikh: Khamis, 27 November 2003 @ 20:59:01
Topik: Semasa



WASHINGTON, 26 Julai 2003: Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?"

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.


DARI SURAH AL KAHFI:
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: "Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: 'Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya'. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.
"Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: 'Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'. Berkata Zulkarnain: 'Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya'." (ayat 83 hingga 87)
"Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu," (ayat 89 dan 90).
"Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: 'Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'.
Zulkarnain berkata: 'Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi'.
"Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu'.
"Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar'," (ayat 92 hingga 98).
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

BAGI PARA ULAMA' MEREKA BERPENDAPAT BAHAWA INILAH
--==YA'JUJ DAN MA'JUJ==--



16 September 2009

Al-Fatih Takluki Konstantinople..


sultan_muhammad_al-fateh
472px-Zonaro_GatesofConst

Terbaca kisah kisah Al-Fatih yang berjaya menakluki Konstantinople.

“kota konstantinople akan dibuka oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik”

Konstantinople kota milik empayar Byzantine merupakan sebuah kota yang memiliki pertahanan yang amat menakjubkan.
constantinople1

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bhosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh, antaranya seperti:

1. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
2. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
3. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
4. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
5. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.
Fatih%20Sutam%20Mehmed

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi SAW, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Tentu bukan mudah untuk Sultan Muhammad al Fatih untuk menakluki kota tersebut. Peribadi baginda dan tentera-tentera baginda juga menjadi ramuan kemenangan ini.
Rumeli_Hisari_Fortress

Perkara ini dapat disaksikan semasa baginda dan tentera-tentera baginda ingin menunaikan solat Jumaat kali pertama di Konstantinople selepas menumpaskan Angkatan tentera Byzantine.

Timbul pertanyaan di kalangan mereka siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda kemudiannya memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul. Mungkin inilah satu faktor kemenangan Baginda dan tentera baginda. Mereka betul-betul berhak untuk mendapat gelaran seperti yang terdapat dalam sabda Rasulullah SAW itu.

Renung-renungkan

10 September 2009

untuk kamu....

Bismillahirrahmanirrahim.....
pada waktu dan ketika ini,cuma ada satu perkara yg bermain dalam fikiran saya...
dan saya nak sangat kamu tahu bahawa


untuk kamu.....
saya akui saya memang susah untuk difahami...
oleh itu, tak mengapa sekiranya kamu tak berupaya nak memahami saya...
saya tahu itu bukan perkara mudah
saya sendiri kadangkala tak memahami diri saya sendiri
keputusan saya yg selalu tak menentu
dan sifat yg saya zahirkan yg selalu kamu salah ertikan
saya faham,saya memang sukar untuk difahami...
saya tahu saya agak keterlaluan..
dan setiap apa yg terjadi diantara kita...
adalah berpunca dari saya...
sebab mereka kata 'saya sensitif' pada perkara yg remeh temeh...
saya akui kebenaran kata2 mereka...

saya bukan lagi saya yg memendam perasaan bertahun-tahun lamanya seperti dahulu
sebab memendam perasaan ibarat memasang bom jangka yg bakal meletup bila2 masa saja dan saya pernah meletup disebabkan perkara yg remeh temeh...
kerana yg remeh temeh itulah yg saya pendam sehingga terjadi kemarahan...
pada saya, berterus-terang itu perkara yg terbaik buat saya...
tapi saya silap,yang terbaik untuk saya tak semstinya terbaik untuk kamu..

akhir kata untuk kamu,
Saya minta maaf. Saya tak berniat untuk menyakiti hati kamu. Saya tak minta perkara ini berlaku. Itu hak kamu untuk memaafkan saya atau tidak. Yang pasti, saya dah lakukan perkara yang sepatutnya iaitu memohon maaf pada kamu walaupun saya sendiri tak pasti apa salahnya.

untuk awak...
saya tak salahkan awak atas apa yg terjadi...
maaf,sejujurnya...
kamu menambah garam pada luka kami...
saya tahu niat awak baik,
tujuannya untuk menasihati saya..
tapi cara dan waktu awak tak kena pada diri saya..
seolah-olah awak menyalahkan saya ketika saya dalam masalah...
awak tak beri saya kesempatan untuk saya luahkan perasaan
walaupun saya tak luahkan pada awak...
maaf atas kekasaran kata-kata saya..
saya cuma mahu penerangan dari sahabat saya
bukan dari awak...


08 September 2009

hari lahir.....




Bismillahirrahmanirrahim....
Ana selalu tertanya-tanya pada diri apa sebenarnya yg ada pada hari lahir...
Pada orang lain,hari lahir memang sangat istimewa dalam hidup mereka..
ye la, setahun sekali...dan genap-genap umur kita...
tapi hari lahir pada ana,biasa-biasa je..
bukanlah ana orang yang paling istimewa pada hari tu sedangkan hampir 10 juta orang di seluruh dunia menyambut hari lahir mereka pada tarikh yg sama...
Tapi hari ni sebenarnya ana silap, memanglah tarikh hari lahir kita sama...tetapi penghargaan yang kita terima benar-benar berbeza...
Alhamdulillah, hari ni ana benar-benar bersyukur menjadi birthday girl...
ana tak sangka sahabat dan orang sekeliling ana ambil berat sangat pasal ana...
kadangkala, rasa tak layak terima semua penghargaan ni sebab ana sendiri tak memberi penghargaan yang selayaknya kepada orang sekeling ana...


Kalau dulu,birthday kena ada hadiah, kek,lilin..
tapi hari ini semua perkara tu tidak lagi ana harap-harapkan...
cukuplah ana gembira dan bahagia pada hari lahir...itu jauh lebih bermakna
buat keluarga, sahabat, teman-teman..
terima kasih atas setiap penghargaan anda...
dan terima kasih membuatkan diri ini rasa begitu dihargai....

*******************************************

bahagia apabila membahagiakan,ye tak???syukran ^_^

Kak ika~Fitrah Ilyana~Hajar(palong)~Sakinah~farah sakinah~amni najihah~syahirah taqinah~
Amirah nani~Rabiatul~Ain~Abidah~Adira~Farhana(f2)~Haryani~Haziqah(f2)~hanis(f2)~nurul ain~amira nabilah~siti naeimah~izzah atika~afifah ismail~azra syakirah~khairunnisa'~hasyimah

dan lain-lain nama lagi yang tak sempat ditaip.....



06 September 2009

Tegurlah.....

Bismillahirrahmanirrahim...
kali ni tak nak tulis panjang-panjang...
cuma nak share sumthin' pasal tegur-menegur ni...
katakanlah kalau kita dapat tahu kawan kita ni bercouple...
tapi kita dilema sama ada nak nasihat dia atau tak..
ye la, mana tau dia dia x nak terima nasihat kita..
lebih-lebih lagi sekiranya kita mmg kenal keras kepalanya...
kita memang susah nak ubah pendirian dia...
sebab kerja mengubah hati manusia ni kerja Allah..
apa yang kita boleh lakukan untuk amal maaruf nahi munkar ialah
dgn tiga cara...iaitu ubah dgn tgn lidah dan hati(selemah-lemah iman)....
kalau kita ternmpak perkara-perkara yg menimbulkan fitnah...
seboleh mungkin tegurlah...
sebab kat akhirat nanti Allah tak tanya kita apa yg kita ubah mereka...
tapi nanti Allah akan tanya apa usaha kita untuk mengubah perkara tu...
tegurlah sebab itu memang tanggungjwb kita...
lebih-lebih lagi sekiranya kita telah diamanahkn Allah untuk memegang kuasa mencegah perkara tu...(mengubah dgn tangan=mengubah dgn kuasa yg ada)


wallahua'lam.....