my follower

Nasyid Instrumental

30 April 2010

Aminulrashid ditembak semasa memandu?

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang…

sumber: perisik-rakyat / Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

3 ulasan:

Mrs NarchotiQue berkata...

arwah xnk berhenti membuatkan pak polisi sngka dye penjenayah.if ape2 jd sekalipon jika polis suh benti maka benti jela.jgn melawan.lau x itu la akibatnya.jgn saling tuding jari.makbapak pon salah bg bwk kete xde lesen.bila dah jd camni sume kata polis jht.wallahualam.

assyifa' berkata...

tapi polis tu pun sama...
xde etika time menembak...
sepatutnya dia buat tembakan ke udara,pastu kalau x nak berhenti jugak tembak la tayar...kalau dia buat serangan balas, baru la boleh tembak suspek..itupun kat anggota tubuh yg tak menyebabkan kematian...
ini tak...kat kepala...

tak setimpal la,xde lesen..tembak sampai mati...

Mrs NarchotiQue berkata...

susah nk cakap psl bnde ni.polis tu salah gak.coz xde serangan balas dr arwah cuma arwah xnk benti.coz arwah dah langgar sbiji moto n kete sblom tu (lau x silap).
ntah la tggu siasatan polis jew.sbnrnye ade cer tp xley nak publickan.becoz my hubby polis.so i tau lew lua dlm polis ni..hehe.sorry.apepon takziah pd kuarga arwah.jdkan ni 1 teladan.lau polis suh benti tu benti jela.jgn melawan.