my follower

Nasyid Instrumental

24 Jun 2011

Bas oh bas...




Bulan ni entah kenapa asyik rasa nak update blog je, padahal sebelum ni masa cuti lama lepas spm tak update pun. Sejujurnya dulu memang tiada idea walaupun banyak masa terluang. Tapi sekarang, banyak idea,banyak benda nak dikongsi , banyak benda nak dicomplaint tapi kesuntukan masa pulak. Itulah masa lapang sebelum sempit.

Sekarang ni bila dah sibuk, rasa berharganya tidur malam yang nyenyak dan cukup dahulu. Rasa berharga wireless network kat rumah, memandangkan kat kolej kediaman takde wireless network mahupun kafe siber. Tapi insyallah coming soon bulan depan(dengarnya macam tulah).

Suasana kat tempat baru, insyallah makin boleh sesuaikan diri dengan jadual waktunya yang padat. Itulah nak tak nak kena terima dan hadapi. Mana-mana IPTA pun memang macam tu. Sekarang baru terasa rindu kat zaman sekolah yang dapat balik pukul 2.30ptg.

Ok, sebenarnya ada perkara menarik yang ingin saya kongsikan.

Mengenai BAS.


Mungkin ada yang menyangka saya menulis mengenai bas sebab ianya ada kaitan dengan kehidupan baru saya sekarang ni. Mungkin juga, memandangkan itulah pengangkutan utama kami(tamhidian) ke kampus utama. Lainlah mereka yang ada kereta.=_="

Ok,sebelum tu,
PERINGATAN: Ini rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.
(hopefully tak terjadi di USIM, dimana para saintis islam dilahirkan. Aamin)

Katakanlah situasinya berlaku begini.
*Saya gunakan kata ganti nama diri 'Saya' supaya lebih mudah difahami.
Pada suatu petang, lebih kurang dalam pukul 5.30 petang semua pelajar sebuah IPTA telah tamatkan kelas terakhir mereka. Saya dan kawan saya Siti terus pergi ke tempat perhentian bas kat dalam kampus itu. Ketika itu memang dah ramai pun yang tunggu bas. Masing-masing kalau boleh nak sampai awal ke rumah. Dah tunggu lebih kurang sepuluh minit, saya dan kawan saya mengambil keputusan untuk solat asar dahulu.

Setelah kami berdua selesai solat asar, kami pun bergegas semula ke tempat perhentian bas tadi. Kami dapati kesemua pelajar telah tiada di tempat tersebut menunjukkan mereka telah pun naik bas yang sebelum ini. Yang kelihatan cuma sebuah bas yang masih lagi menunggu penumpang-penumpang terakhir masuk. Alhamdulillah, sewaktu kami bergegas ke sana, ada lagi lebih kurang 15 orang pelajar perempuan di hadapan tempat menunggu bas,mungkin mereka juga lewat atas sebab yang sama .

Sebaik pintu bas dibuka, kami dapati semuanya lelaki. Tempat duduk bas kesemuanya sudah penuh, tapi ruang-ruang berdiri di tengah-tengah isi bas belum lagi terisi. Pemandu bas menyuruh kami naik kerana katanya ini bas terakhir,bas seterusnya pada pukul 7.00 malam nanti. Kami pelajar perempuan dengan langkah kaki yang berat melangkah masuk ke dalam bas.Bayangkanlah kami seramai 15 orang pelajar perempuan masuk ke bas lelaki.Rasa nak telefon teksi pun sanggup. Baru tiga,empat orang pelajar perempuan masuk, bas seakan penuh. Sebabnya pelajar perempuan hanya sanggup berdiri di tangga bas sahaja. Saya dan kawan saya masuk-masuk je dah paut kat besi bas sebelah pemandu bas, aisy tak sanggup kami SEMUA berdiri di tengah-tengah laluan bas yg penuh pelajar lelaki dalam keadaan bas yang tiada tempat pemegang di sebelah atas. Buatnya bas tu kat selekoh tajam, Nauzubillah. Tapi kami semua akhirnya naik juga bas tu, memandangkan bas seterusnya hanya datang 1 jam lagi.

Pada ketika itu, saya berasa sedikit bengang kerana lelaki-lelaki yang duduk di seat paling hadapan tidak memberikan kami ruang untuk berdiri.Sedangkan kami bersesak-sesak di tangga kerana tak sanggup berdiri berdekatan dengan mereka. Apalah salahnya row pertama tu dikosongkan supaya kami semua tidak perlulah berdiri di tengah laluan bas. Kami tak kisah sebenarnya terpaksa berdiri tapi alangkah moleknya sekiranya perlanggaran lelaki perempuan itu dapat dielakkan. Saya hampir-hampir tersentuh seorang muslimin ketika roundabout sungguhpun saya puas sudah menginjak ke tengah bas. Kalaulah muslimin benar-benar peka ketidakselesaan kami.

Perlukah saya bersemuka dengan muslimin di row hadapan supaya memberi kami ruang ataupun mengelak ke tepi apabila bas berada di selekoh. Terdetik dalam hati saya, 'memang tiada lagikah lelaki yang gentleman dalam bas ini?'. Terfikir juga, kalaulah abang saya ataupun adik lelaki saya berada di dalam bas ini, sudah tentu mereka takkan membiarkan saya berdiri di antara lelaki-lelaki bukan muhrim(dalam keadaan sebegitu). Atau mungkin juga muslimin tidak terfikir andai yang berada di situasi itu adalah adik atau kakak mereka.

Namun saya masih percaya, simpati mereka ada, tapi bukan 'empati'.Tapi kenapa?
E-G-O probably?

Honestly, apa yang saya dapat concludekan disini.
' Arrijal qhawwamuna 'alannisa' '.

Mereka yang sepatutnya melindungi muslimat, lebih-lebih lagi mereka yang sudah sedia mengerti dari zaman sekolah menengah dulu batas-batas pergaulan lelaki perempuan. Masing-masing dulu pun dari sekolah agama juga kan. Sebab mereka dari sekolah agamalah kami harapkan untuk faham. Kalau dari sekolah biasa kami tak hairanlah andai situasi ini berlaku...


Seperti yang saya tulis di atas, ini cuma SITUASI. Nilailah sendiri.


>>>
Sudah beberapa hari saya fikirkan persoalan ini, andai dalam train, bas perkhidmatan awam yang didalamnya ada warga tua,wanita mengandung dan kanak-kanak. Adakah mereka yang sihat walafiat ini bersedia memberi tempat duduk mereka untuk golongan-golongan ini? Sebab saya pernah menghadapi situasi di luar sana di mana kanak-kanak sekecil umur 3-4 tahun terpaksa duduk di tangga bas dan mencangkung di lantai bas sedangkan lelaki yang sihat walafiat tu duduk di kerusi betul-betul di sebelah anak kecil ini mencangkung. Apalah salahnya pangku si anak kecil ini kalau benar sayang melepaskan tempat duduk tu.Tertanya juga, kemanalah perginya nilai kemanusiaan mereka......


#Akhir kata, saya mohon maaf ,tiadalah niat saya untuk mengecilkan hati atau menjatuhkan sesiapa.Tapi inilah yang sebenarnya berlaku. Kalau ada kata-kata saya yang silap, sila perbetulkan dengan hikmah.

20 Jun 2011

Tabarruj


Baru-baru ini, saya ditegur oleh seorang lecturer. Katanya saya TABARRUJ sebab pakai kaca mata tinted pink. Saya sendiri tidak menyangka yang lecturer saya seteliti itu sehinggakan warna kaca mata saya pun dia perasan. Apa-apa pun saya anggap teguran dia sebagai nasihat dan reminder pada diri saya.

Ok,apa maksud TABARRUJ itu yang sebenar-benarnya?

Ini sebagai langkah awal agar anda mahupun saya tidak melabel orang lain 'tabarruj' dengan sesuka hati, tanpa ilmu. Kedengaran pedas, tetapi itulah hakikatnya. Saya tidaklah mengatakan apa yang saya buat itu sentiasa betul, saya pun manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan dan memerlukan teguran dan bimbingan orang di sekeliling saya. Semoga post ini dapat mencambahkan ilmu saya dan wanita-wanita muslim di luar sana tentang tabarruj.

TABARRUJ

~>Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras,sama ada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.

AL-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”

Ok,sekarang kita kenalpasti pula tabarruj yang diharamkan.

- Tabarruj di luar rumah denga berhias bukan untuk suami.
- Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
- Bersolek dan berhias belebihan.
- Menggunakan alat-alat solek / make-up.
- Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).
- Dan lain-lain.

Ciri pakaian wanita muslim pula,

- pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
- pakaian itu mestilah longgar
- tidak nipis
- bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
- tidak menyamai pakaian lelaki
- Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.
- Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj.
- Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.
- Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian
atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.
- Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek,
termasuk membersih sesuatu yang fitrah.
- Jenis perhiasan antaranya:
- Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.
- Pakaian luar dan dalam

Sumber dari Usrah Online.

#Saya masih memerlukan jawapan adakah memakai kaca mata tinted pink adalah Tabarruj?
#terima kasih juga kepada lecturer saya yang begitu prihatin menegur saya demi kebaikan.Insyallah.

17 Jun 2011

Belajar Untuk 'susah'


Alhamdulillah, saya masih lagi mampu menulis di sini lagi meskipun menjalani kehidupan yang begitu padat dan 'susah'.

okay,apa kata kita let perkataan 'susah' tu kepada y.

let 'susah' = y

Sebab kalau segala y tu disebut selalu dan dihitung berapa banyak kali saya menyebut perkataan 'y'. Apa yang saya dapat? cuma y semata-semata, atau mungkin y2(y to the power of 2) atau y3(y to the power of 3). Semakin kita hitung segala ke'y' an tu semakin susah kehidupan kita, sebab itulah perkara yang kita tanam dalam minda kita. Saya tahu makin complicated kalau nak cari jawapannya.Ok,KIV dulu soalan tu.

Kalau saya asyik hitung segala ke'y'an tu, apa yang saya dapat simplifykan dalam kehidupan baru saya. SUSAH to the infinity. Mana-mana tempat ada dugaan dan risiko yang saya kena hadapi. Bergantung kepada kekuatan diri kita sendiri cara untuk hadapinya. Buat masa ini saya masih dalam proses belajar untuk susah. Belajar untuk hadapi masalah saya sendiri dengan matang.

BELAJAR UNTUK TAHAN PROVORKARSI(saya tak pasti ejaannya). Itulah perkara yang saya masih merangkak-rangkak untuk hadapinya. Kalau sebelum ini,saya diprovoke oleh cikgu-cikgu di sekolah,apa yang saya mampu buat?menangis,yup menangis pada ketika itu juga! Air mata tu terlalu mudah mengalir sendiri.

Tetapi di sini,walaupun baru dua minggu, saya telah diuji sebegini. Diuji dengan 'kelemahan' saya yang sendiri tak tahu cara yang bagaimana untuk hadapinya. bersabar atau menentang. Saya ada banyak perkara untuk dihujahkan, tapi apakan daya. Air mata telah mendahului hujah saya.

Saya bertanya diri sendiri,
"kenapa saya insan terpilih itu untuk diprovoke?"
Saya jawab sendiri,
"sebab itulah kelemahan saya sejak dari dulu lagi"

Saya pinta dari Dia untuk KUAT, tapi Dia tidaklah memberi seguni kekuatan kepada saya atau dalam erti lain perkara yang saya dapat lihat dengan mata kasar. Tapi dia beri saya dalam bentuk yang saya tak pernah bayangkan.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
surah Al-Baqarah ayat 286
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesutu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
Surah Al-Baqarah ayat 216


Teringat peristiwa itu, saya menggigil kerana terlalu marah dan geram. Perasaan yang sudah lama saya tak rasakan. Alhamdulillah, saya hubungi orang yang tepat dan dapatkan jawapan dan motivasi yang sangat membangkitkan kekuatan saya ketika itu. Umilah orangnya....




Dia pesan,pendek tapi sangat mendalam,

'Innama'aal yusri yusra'-
sesungguhnya bersama kesusahan itu kemudahan. Allah tak kata SELEPAS kesusahan itu kemudahan tapi Allah kata 'ma'a' = bersama-sama. Maksudnya bersama susah itu ada senang...insyallah,saya yakin hikmahnya.

Umi suruh saya ambil wudu' dan sedekahkan Al-Fatihah pada orang yang saya marah. Alhmdulillah,saya rasakan marah saya itu luntur dan menyerap pada rumput yang saya pijak ketika itu.Alhamdulillah.

#Secalit dugaan takkan membuatkan saya patah semangat, saya gembira disini. Saya hitung 'kegembiraan' saya sebanyak-banyaknya di sini...bersama sahabat-sahabat yang baik dan roomate yang begitu memahami saya. Alhamdulillah.Umi dan ayah juga, kini baru saya rasakan yang duit tu mengalir seperti air.

Terima Kasih Allah,terima kasih atas segalanya.Terima kasih atas nikmat SUSAH yang engkau berikan padaku....

12 Jun 2011

Tamhidi USIM

Dah hampir dua minggu berada di USIM. Apa yang saya boleh katakan tentang USIM? BEST,mungkin. Dugaan?Buat masa ini saya masih bertatih untuk bersabar dan bertenang. Belajar untuk hidup susah. Belajar untuk matang dan kuat walaupun cabaran yang datang melintang begitu menguji kekentalan semangat saya dan pilihan yang saya buat.

Pilihan yang saya buat??
Sains dan teknologi,Tamhidi USIM. Ramai yang bertanya kenapa saya tolak pergi Timur Tengah (saya sendiri tak pasti sama ada Maghribi tu tergolong dalam timur tengah atau tak). Tak kurang juga yang mengeluarkan ayat-ayat sarkastik, "kalau tak nak kenapa isi borang,pegi temuduga. Tutup peluang orang belajar di Timur Tengah?"

Ok,baiklah di sini saya jelaskan. Pada awalnya memang saya nak sangat ke sana, cita-cita saya yang sudah lama terpendam, saya teringin untuk merantau mencari ilmu Allah, belajar Lughatul 'Arabiah yang sangat saya cintai. Ya betul, saya sangat sayangkan ilmu Bahasa 'Arab saya yang saya pelajari sejak di Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) kemudian di SRI Seremban dan akhirnya di SMKA SHAMS. Keputusan yang saya buat tidaklah saya tolak mentah-mentah, keluarga saya bagi saya tempoh kira-kira dua minggu untuk fikirkan keputusan saya. Keputusan yang bakal menentukan halatuju dan cara hidup saya pada masa akan datang. Dan saya sendiri masih berkira-kira wajarkah saya menolak peluang untuk belajar di Timur Tengah, peluang baik yang tidak datang selalu dalam kehidupan.

Mahasiswi USIM

Ketika saya membuat keputusan, saya tetap mengambil kira kekuatan fizikal dan mental saya untuk belajar di Timur Tengah. Saya juga belum bersedia untuk belajar sepenuhnya matapelajaran saya dalam Bahasa 'Arab. Dan saya masih ada satu lagi cita-cita yang sudah lama dipupuk dalam diri saya, saya tahu keputusan SPM saya biasa-biasa saja dan masih belum layak untuk memohon kursus itu. Tetapi saya tetap dan semestinya memberi peluang pada diri saya buat kali kedua untuk menggapai cita-cita yang setinggi bintang di langit biru.

Semoga USIM adalah pilihan selayaknya kerana saya masih berupaya untuk belajar Lughatul 'Arabiah....Aamin....

>>untuk Fatin Murtadza, Zulfaa Nuraina, Athirah Hasrah, Fatin Nadirah, Syahirah Mohd Noh. Kalian memang insan yang terpilih untuk ke sana. Cekalkan hati dan kuatkan semangat. Insyallah,syifa' di Malaysia doakan yang terbaik untuk semua...^_^