my follower

Nasyid Instrumental

12 Jun 2011

Tamhidi USIM

Dah hampir dua minggu berada di USIM. Apa yang saya boleh katakan tentang USIM? BEST,mungkin. Dugaan?Buat masa ini saya masih bertatih untuk bersabar dan bertenang. Belajar untuk hidup susah. Belajar untuk matang dan kuat walaupun cabaran yang datang melintang begitu menguji kekentalan semangat saya dan pilihan yang saya buat.

Pilihan yang saya buat??
Sains dan teknologi,Tamhidi USIM. Ramai yang bertanya kenapa saya tolak pergi Timur Tengah (saya sendiri tak pasti sama ada Maghribi tu tergolong dalam timur tengah atau tak). Tak kurang juga yang mengeluarkan ayat-ayat sarkastik, "kalau tak nak kenapa isi borang,pegi temuduga. Tutup peluang orang belajar di Timur Tengah?"

Ok,baiklah di sini saya jelaskan. Pada awalnya memang saya nak sangat ke sana, cita-cita saya yang sudah lama terpendam, saya teringin untuk merantau mencari ilmu Allah, belajar Lughatul 'Arabiah yang sangat saya cintai. Ya betul, saya sangat sayangkan ilmu Bahasa 'Arab saya yang saya pelajari sejak di Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) kemudian di SRI Seremban dan akhirnya di SMKA SHAMS. Keputusan yang saya buat tidaklah saya tolak mentah-mentah, keluarga saya bagi saya tempoh kira-kira dua minggu untuk fikirkan keputusan saya. Keputusan yang bakal menentukan halatuju dan cara hidup saya pada masa akan datang. Dan saya sendiri masih berkira-kira wajarkah saya menolak peluang untuk belajar di Timur Tengah, peluang baik yang tidak datang selalu dalam kehidupan.

Mahasiswi USIM

Ketika saya membuat keputusan, saya tetap mengambil kira kekuatan fizikal dan mental saya untuk belajar di Timur Tengah. Saya juga belum bersedia untuk belajar sepenuhnya matapelajaran saya dalam Bahasa 'Arab. Dan saya masih ada satu lagi cita-cita yang sudah lama dipupuk dalam diri saya, saya tahu keputusan SPM saya biasa-biasa saja dan masih belum layak untuk memohon kursus itu. Tetapi saya tetap dan semestinya memberi peluang pada diri saya buat kali kedua untuk menggapai cita-cita yang setinggi bintang di langit biru.

Semoga USIM adalah pilihan selayaknya kerana saya masih berupaya untuk belajar Lughatul 'Arabiah....Aamin....

>>untuk Fatin Murtadza, Zulfaa Nuraina, Athirah Hasrah, Fatin Nadirah, Syahirah Mohd Noh. Kalian memang insan yang terpilih untuk ke sana. Cekalkan hati dan kuatkan semangat. Insyallah,syifa' di Malaysia doakan yang terbaik untuk semua...^_^




8 ulasan:

Fatimah Zahra' berkata...

syifa' sama tutor dengan hawa tak?

khaulah assyifa' berkata...

tak sama.tapi sama kuliah dengan dia..syifa' sama tutor ngn insyirah hamdan n yusuf...

Tanpa Nama berkata...

salam akak...
saya nak tanya,
kalau saya masuk tamhidi usim,
adakah saya memang wajib untuk sambung degree kat usim? adakah saya tak boleh ke universiti2 lain macam UIA/UTM ke?
terima kasih jawabkan :)

khaulah assyifa' berkata...

waalaikumsalam...

Macam ni dik,
sijil tamhidi usim hanya valid untuk degree di USIM sahaja. Kiranya, pilihan student dari tamhidi USIM ialah kos2 degree di USIM sahaja.

Berbeza macam asasi UM, asasi UITM dan matrikulasi.

Tak silap, asasi UIA hanya valid untuk degree UIA sahaja. Mcm usim juga.....

khaulah assyifa' berkata...

kalau apa2 boleh contact terus pada FB akak...insyallah lebih mudah

Tanpa Nama berkata...

syukran jazilan ya ukhti!

Zira berkata...

assalamualaikum kak,, saya dah nak masuk tamhidi sn tech USIM.. tp, nervous sangat2.. agak2 senang tak nak sesuaikan diri dgn kehidupan di USIM??

khaulah assyifa' berkata...

mana2 u pun ambil masa untuk sesuai kan diri...

Insyallah boleh tu sesuaikn diri ^_^

Pepatah inggeris ada menyebut,
the beginner is the toughest;)

Permulaan ja..lama2 insyallah ok