my follower

Nasyid Instrumental

09 Julai 2011

Message Delivery

Bismillahirrahmanirrahim.
Saya baru terbaca satu artikel Jangan Suka Seseorang Hanya Kerana Dia Suka Kat Anda. Saya terjumpa satu link ini memandangkan tajuk artikelnya begitu menarik perhatian saya.

Ok,ini cuma pendapat peribadi. (tak kisah tak nak terima pun takpe)

Teringat kata Iman Hassan Al-Basri.

"..aku mencintaimu kerana semangat perjuangan agama yang ada padamu,jika hilang semangat perjuangan agama padamu,maka hilanglah cintaku padamu...."

Tak semua orang pernah mengalami perasaan ada disukai oleh seseorang or secret admirer dan sebagainya. Bersyukurlah sekiranya ada. Kemudian, apa reaksi kita apabila dapat tahu kita ini diminati?

"ah aku tak suka dia."

Seterusnya, terus bersemuka dengan dia untuk bagitahu yang kita tak suka dia. Hati kita sudah berpunya,bla bla bla. Macam-macam lagi.

atau tak pun,

Buat-buat rimas ada orang minat kat anda. Asyik pandang anda, padahal tak pun. Perasan. Asal jumpa semua orang nak beritahu. Pastu posting kat status fb or blog segala, Jangan Suka Seseorang Hanya Kerana Dia Suka Kat Anda.

Tapi, pernah tak terfikir atas sebab apa anda diminati?

Wajah yang kacak @ cantik? Anda popular? Bijak? Atau akhlak yang indah?


Check sendiri.

Ingatlah, hati manusia dipegang oleh raja, Raja segala manusia - ALLAH, Ya Muqallibal Qulub. Sekelip mata sahaja Allah boleh menarik semula nikmat kita diminati oleh seseorang. Sekali ombak , terus pantai berubah.

Akhlak yang dahulu hiasan diri yang begitu indah, tapi kini? Kenapa? Ikhtilat yang begitu dijaga dulu, kini bagaimana? Prinsip hidupmu? Usrah dan tarbiah dulu?

Ok, mungkin saya yang tidak begitu faham ujian yang dilalui oleh anda. Saya cuma mendoakan anda semoga 'tetap dan terus' kuat berada di jalan yang diredhaiNya apabila masuk ke alam kampus ini. Semoga bertemu kembali dengan kekuatan untuk mujahadah dan istiqamah.

#REMINDER juga buat saya, insan yang juga tidak sempurna.

*******************************************************************************

I'm a stalker, I realised.
Saya cuma berharap mesej ini sampai kepada dia.

Tiada ulasan: