my follower

Nasyid Instrumental

29 September 2011

Buatlah Sesuka Hatimu



Bismillahirrahmanirrahim,
Honestly, mood untuk menulis makin lama makin luntur.
Mungkin dek kesibukan jadual seharian.
Tapi minat tu insyallah taklah luntur,bezanya cuma bukan menulis di blog.

Dalam mendepani jadual harian,
Seringkali banyak sangat perkara yang berlaku di luar batas kesabaran saya,
Sabar,sabar dan sabar. Tapi kadangkala tewas juga.

__________________________________________________

Terlalu banyak benda perlu difikirkan walau untuk sekecil-kecil perkara.
Ya, masa untuk berfikir dan membuat keputusan sebaiknya.

Pernah tak rasa,
apabila korang penat beratur panjang-panjang hampir 15 minit, pastu suddenly datang seseorang atau segerombolan dengan muka selamba memotong barisan. Apa korang rasa?Rasa macam nak cakap :
"woi, tak reti beratur ke?!!kat sekolah tak ajar?!!"

-dia pun tahu beratur ok-

takpun lg best, mencarut.

Pernah tak rasa,
apabila korang jumpa seorang perempuan@ lelaki yang cantik@handsome, ( bagi manusia biasa)mesti korang rasa macam nak tegur je dia. Senyum,pandang-pandang, borak-borak,tukar2 no phone, ajak makan segala.


lagi best, cakap jer depan-depan "awak ni handsomela,boleh tak saya couple ngn awk..."

*Just imagine seorang perempuan cakap macam tu. Memang macam perigi cari timba.*

Pernah tak rasa,
korang pergi butik baju yang korang suka. Baju, blaous , t-shirt sume lawa2, high quality, tapi satu je tak cukup kriteria. KETAT dan JARANG. Pernah tak rasa macam nak saman je butik tu, asal pulak nak ajak ramai-ramai tutup aurat tak sempurna. Tahu tak betapa susahnya orang lelaki nak jaga pandangan mereka sebab orang perempuan tak tutup aurat sempurna. Fine. Then, bila orang kedai tu tanya "nak beli baju apa dik?"


kita jawab, " saya nak beli baju yang TAK akan menjadi bahan bakar saya di neraka, tapi nampaknya kat sini takde pulak kriteria tu".

Berani ke??
Honestly, kalau korang sume berada di situasi2 tersebut. korang pun takkan buat right?
Sebabnya satu je, kita semua ada perasaan MALU.

Perasaan yang membezakan kita dengan haiwan.

-Apa?dia pun tahu malu ok-

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshari Al Badri ra. berkata, Rasulullah saw telah bersabda, “Sesungguhnya sebagian yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, maka berbuatlah sesuka hatimu.” (HR. Bukhari)

Yup, orang yang berbuat sesuka hatinya hanyalah orang yang tiada lagi MALU dalam dirinya.

“Jika Allah hendak menghancurkan suatu kaum (negeri), maka terlebih dahulu dilepaskannya rasa malu dari kaum itu.” (HR. Bukhari – Muslim)

Kebinasaan seseorang bermula apabila hilangnya rasa MALU...

Bukan saya kata menegur orang yang memotong barisan tu salah, yang salah CARANYA. Tiada adab dan tidak menggunakan akal fikiran apabila menegur. Jangan cakap sesuka hati sesedap mulut saja.

Suka kat orang itu normal. Tapi kendalikanlah dengan sifat malu. Malu itu kan sebahagian daripada iman.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. : Nabi Saw. Pernah bersabda ; “Iman meliputi lebih dari enam puluh cabang atau bagian. Dan Al haya’ (rasa malu) adalah sebuah cabang dari iman.” (HR. Bukhari)

Akhir sekali, berdakwah tujuannya mendekatkan lagi seseorang itu kepada Allah dan Ad-din. Kalau buat cara gitu, agak-agak hati dia tetarik tak dengan islam??

Renung-renungkan. Ingatan buat diri dan semua.
Terutamanya buat rakan2 SHAMS di USIM. Wallahua'lam.


Tiada ulasan: