my follower

Nasyid Instrumental

01 November 2011

Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah semester 1 dah pun berakhir. Gedebak gedebuk habis juga. Ujian yang berjadual dan tak berjadual silih berganti. Ujian yang manusia dah jadualkan tinggal hadap buku dan bergantung pada Allah. Tapi ujian dari-Dia? bergantung bagaimana kuatnya hati kita menyerahkan segala-Nya pada Dia...ujian yang bila-bila masa saja datang tanpa jadual.





Bila diajukan soalan,

"Syifa', macam mana life skrg?ok?"

Jawapan saya,

"Alhamdulillah ok je. Biasala roda kehidupan. Kadang-kadang rasa down. Kadang-kadang ok. Kadang-kadang kita diatas. Kadang-kadang semua orang mengatasi kita"


Sejujurnya, ujian exam membuatkan saya sedih. Itu baru ujian dunia. Di universiti saya gagal ujian lebih dari sekali, pada saya dah cukup teruk. Tapi walaupun saya rasa teruk, next ujian terjadi perkara yang sama. Gagal lagi.

Bergantung pada perimeter anda sendiri bagaimana anda menilai kegagalan. Tapi pada saya 'itulah kegagalan'.

TAPI..

Sampai bila saya nak rasa down? Dalam susah, saya cari balik kekuatan diri yang telah hilang. Waktu begini, saya beribu kali bersyukur ditempatkan di USIM. Bila hati saya perlukan pengisian rohani, USIM memang selalu ada. Nak tak nak je pegi.




Dari situ saya temui jawapan,

Firman Allah :
>> "Setiap kali Ak meninggalkan kamu dgn dugaan, itu caraKu utk Ak angkat darjat hambaKu stinggi yang mungkin sehingga tak termampu tercapai dengan amal soleh. Maka bersyukurlah."


Boleh jadi jawapan bagi masalah anda juga.^_^

Since jadi warga USIM ada nak buat confession skit...

My Confession about USIM

*Kalau dulu pergi tuisyen, jalan kat kedai, shopping complex orang sekeliling memandang saya dengan pandangan pelik yang sukar ditafsirkan sebab pakai tudung labuh / bidang dengan baju kurung dan stokin...tapi di sini tak.

*Kalau dulu, baca doa sebelum belajar, doa buka majlis, doa tutup majlis adalah adat atau protokol. tapi kat sini budaya.

*Kalau dulu, lagu nasyid tak popular. kumpulan nasyid pun sama. Tapi kat sini lagu nasyid yang latest cepat je bluetooth. ringtone hp selalu je sama,=)

*Kalau dulu susah nak istiqamah pakai tudung labuh @ bidang, kat sini takde sebab tak boleh nak istiqamah

*Kat sini kalau meluahkan masalah pada sahabat, mereka pasti suruh saya memohon pada Allah,ini ujian Allah, tak semua orang terpilih macam saya. Betapa saya bersyukur dapat sahabat yang baik yang sentiasa mengingatkan saya pada Pencipta.

*Bab yang paling saya suka semestinya program-program kerohaniannya. Ada tu Malam Estetika Islam,best giler kot.Walaupun kecewa sikit tak dpt pergi malam berikutnya sebab Devotees,Hafiz Hamidun datang(nak buat macam mana ada satu lagi paper).

Orang kata kalau kita suka sesuatu, carilah sebanyak mana kebaikannya. Tapi kalau kita tak suka, carilah sebanyak mana keburukan sebagai alasan untuk kita membencinya. Am I right?