my follower

Nasyid Instrumental

30 November 2012

Berat

Bismillahirrahmanirrahim.



Suatu petang, aku menangis teresak-esak, menekup muka pada bantal .

Sebenarnya, sudah lama aku tak berkeadaan sebegini, selama ini andai mengalir air mata menitis segera ku kesat agar tiada yang perasan apa yang aku lalui. Fikiran aku ditimbunkan dengan bermacam-macam perkara, aku yang terlalu memandang sesuatu itu besar sehingga ia akhirnya memberatkan fikiranku. Kepala aku berdenyut-denyut, teguran sahabatku, Laila aku jawab antara larat dan tidak. Sehingga dia menyangka aku marah padanya, hmm tiada sebab nak marah. Barangkali dia tidak pernah melihat aku berkeadaan sebegitu.

Malam menjelma, sakit kepalaku semakin melarat. Ibaratnya kepala aku digerudi dari dalam. Aku meletakkan kepala atas bantal dengan harapan untuk tidur, agar mampu melenyapkan sakit kepala. Ya Allah, sakitnya. Nasi Ayam atas meja studiku pun tak terjamah sehingga pagi esok. Ku gagahkan diri untuk mandi sekadar membersihkan diri sungguhpun jam menunjukkan pukul 11.30 malam, dalam samar-samar penglihatan aku melangkah. Hampir saja aku pitam dalam bilik air. Allah!

Mesej ku taip buat umi ayahku.
"Umi, kak Ngah tengah sakit kepala sangat. Umi ayah ,tolong doakan Angah sembuh."

Tidak sampai 5 minit, alhamdulillah aku dapat melelapkan mata. Esok, perlu turun untuk kerja dakwah. Hampir saja membuatkanku dilema untuk pergi. Aku dah tidak larat sangat untuk turut serta.

Sebaik aku bangun dari tidur, aku Aku tak pasti sama ada ianya hadir dalam mimpi atau aku yang terlalu mengingati ayat Al-Quran ini.

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (At-Taubah: 41)

Ini pasti jawapan dari Dia. Ku gagahi langkahku, moga jalan ini jalan yang Engkau redhai.

LILLAH!

22 November 2012

Seketika

Bismillahirrahmanirrahim.

Handphone ku dihulur dari arah hadapan. Pantas, aku bertanya dia, "Kenapa dengan ini?"

"Ada mesej", jawabnya sambil menoleh kearahku.
"Oh, takpalah Afifah. Tengah dalam kelas, tak nak layan mesej"
"Banyak sangat Syifa', mesti penting"
 "Oh takpe,takpe" , aku sekadar memgambil handphoneku dan meletakkannya dalam beg pensel.

5 unread messages.

'Ini memang perkara biasa',bisik hati kecilku. Kadangkala dalam tempoh tersebut, lebih daripada 10 mesej.
Aku tahu kesemuanya penting, tapi pembelajaran dalam kelas pun penting juga. Andaikan jika aku membuka salah satu mesej yang kuterima, pasti ianya sedikit mengganggu tumpuan aku dalam menuntut ilmu.

"Syifa' memang sibuk sangat ke?"

Aku sekadar tersenyum. Aku tak merasakan betapa perlunya aku memberitahu perkara apa yang menyibukkan aku. Yang pasti aku melakukan ini demi Islam, agar lebih ramai lagi manusia memahami Islam.

Pernah terdetik dalam hati rasa macam tak mahu sentuh handphone dalam tempoh satu hari. Bak kata rakan sebilik, kurung handphone Syifa' dalam locker senang!

Betulkan niat. Hentikan rungutan.
Andai bukan aku yang melakukan kerja demi Islam, siapa lagi?


16 November 2012

'Baby Dumping'

Bismillahirrahmanirrahim,

Teringat perbualanku dengan seorang sahabat pada suatu petang di bus stop.  Ketika menunggu bas tiba, kami pun cerita pasal kerja tutorial english kami, antaranya kena buat short paraghraph. Tajuk yang paling menarik perhatian kami berdua ialah mengenai "baby dumping".

"How can be done to the increasing problems of baby dumping?"

Aku pun cerita mengenai apa yang pernah dibaca dalam sebuah majalah, mengenai kempen 'save sex', not 'safe sex'. Walaupun aku pada mulanya agak malu untuk menulis sesuatu yang begitu matang sebegini. Tapi ini tanggungjawab aku terhadap realiti yang sebenarnya berlaku. Adakah kami mahasiswi Islam sekadar berpeluk tubuh melihat memerhati apa yang telah berlaku ?

Kami tahu kami perlu berbuat sesuatu. SESUATU.

Sebelum itu, biarlah aku jelaskan istilahnya,
'save sex' - to save it after marriage and it is legal in ISLAM.
'safe sex' - doing it safely. There's an association gives condoms to the society, as a way to resolve the baby dumping.

Itu benar.

Aku bercerita betapa aku menulis essay dengan begitu emosi.
"Mengapa anak kecil yang tidak berdosa ini mesti dikorbankan demi menangkis aib yang dilakukan ibu bapa mereka?"
"Adakah anak kecil ini sudah tidak layak diberi nilaian kemanusiaan sehingga dilayan sebegitu?" 

Mengingatkan aku pada suatu peristiwa yang cukup menghancur luluhkan hatiku saat bekerja sebagai cashier petronas. Dan peristiwa itu barangkali permulaan, klimaks cerita ...melahirkan bayi luar nikah. Selama ini aku berasa begitu selamat dengan persekitaran Islam yang ku nikmati, tanpa aku sedari masyarakat di luar sana berada dalam kondisi yang amat menakutkan.

Usai aku bercerita, sahabatku dengan lembut memanggil namaku, "Syifa'.."

"Hmm..", aku menoleh kearahnya.

"Hari tu kami tolong makcik kami key in nama pelajar dalam kelas dia. Makcik kami tu guru kat sekolah rendah kat Kedah. Sekolah makcik kami tu macam kat kawasan perkampungan jugaklah. Pastu, kami perasan kat senarai nama,yang ramai nama pelajar ni tiada nama bapa. Kami pun tanya makcik kami, makcik kami kata yang tiada nama bapa itu semua anak luar nikah", sahabatku yang kelahiran negeri jelapang padi ini terbiasa membahasakan dirinya 'kami'.

"Eh, bukan kalau yang tiada bapa tu bin kan dengan Abdullah ke?", spontan aku bertanya.

"Itulah, sekarang dah tak. Sebab ada je yang ber'bin'kan Abdullah tapi bukan anak luar nikah."

"Oh yeke. Kiranya nama diorang akan ada satu nama je lah?"

"Hmmm....pastu Syifa' tahu tak yang tiada nama bapa tu ramai sangat. Kami sendiri terkejut. Kalau dalam kelas tu ada 30 orang, hampir 20 orang tiada nama bapa. Kiranya dalam kelas tu 10 orang je anak halal."

Aku terdiam.

Itu yang berlaku di kawasan perkampungan, di bandar pula bagaimana?

Bukan statistik baby dumping, mahupun nama anak tanpa bapa.
Tapi isunya, ZINA yang bermaharajalela. Itu puncanya.

Kata Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor,
" Jangan biarkan sehari pun harimu berlalu tanpa memikirkan Islam".

Allahua'lam.