my follower

Nasyid Instrumental

30 Januari 2013

Pergilah dunia 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Baru sahaja menamatkan novel Bumi Cinta karya Habiburrahman Al-Shirazi.

Sekadar refleksi.
"Muhasabah tanpa usaha untuk berubah pun tak ok juga kan?" *ayat cerpen*

Menurut Imam Syafi'e Rahimahumullah,
Andai kita tidak tersibuk dengan hal-hal kebenaran, tentunya kita disibukkan dengan hal-hal kebatilan.

Pernah tak kalau seharian cuti, dalam keadaan wireless network sangatlah excellent, kita terfikir untuk berpuasa, puasa facebook? Kalau di kampus tak hairanlah, dua minggu sekali baru online. Internet pula limited access. Kalau di bilik, nak detect wifi pun susah.

Tapi aku rasa lebih baik begitu.Syukur Alhamdulillah. Kadangkala kesempurnaan itu tidaklah terlalu perlu. Eh faham ke?
Maksud aku, kalau dengan internet lajunya membuatkan kita berfacebook berjam-jam, main games tanpa had, tengok drama tak berhenti. Buat kita lebih jauh dari Allah, cintakan dunia .Ah, lebih baik tak payah

Tak semestinya puasa facebook je. Puasa twitter. Puasa drama korea. Puasa Running Man.

Bukanlah kehidupan itu sekitar bangun pagi, twitter, lunch, zohor, twitter....bla bla bla.
Eh, twitter tu makanan ke apa?=_="

Nah, ni makanan jiwa. Jom hadamkan sama-sama.


Ini berdasarkan hadith yang mana Nabi SAW memberitahu Abdullah bin Amr bin 'Ash (R.A) iaitu ...

"Tamatkanlah Al-Quran dalam waktu satu bulan."

Saya (Abdullah) berkata:
"Wahai Rasulullah, saya mampu melakukan lebih dari itu."

Rasulullah SAW bersabda:
"Tamatkanlah dalam waktu dua puluh hari."

Saya (Abdullah) berkata:
"Wahai Nabiyullah, saya mampu melakukan lebih dari itu."


Rasulullah SAW bersabda:
"Tamatkanlah dalam waktu sepuluh hari."

Saya (Abdullah) berkata:
"Wahai Nabiyullah, saya mampu melakukan lebih dari itu."


Rasulullah SAW bersabda:
"Tamatkanlah dalam waktu seminggu, jangan kurang dari itu. Pada isterimu ada hak yang harus kau tunaikan, pada tamumu ada hak yang harus kau tunaikan, dan pada tubuhmu ada hak yang harus kau tunaikan"

Saya (Abdullah) berkeras, Rasulullah SAW juga berkeras, lalu baginda bersabda:
"Sungguh engkau tidak mengetahui, mudah-mudahan umurmu panjang."

Saya pun pergi dengan memegang teguh apa yang dikatakan Nabi SAW. Tatkala saya sampai pada usia uzur, saya berpikir seandainya ketika itu saya menerima keringanan dari Nabi SAW."

(HR Bukhari dan Muslim)

Ini pula berdasarkan firman Allah :

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."

(Surah Al-A'raf [7]:179)

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Just sharing. Terfikir. Kalau ada kereta sendiri, mesti aku boleh buat kerja dakwah dengan lebih baik. Boleh hadiri majlis ilmu,talaqqi, daurah, usrah dengan lebih giat. Terfikir lagi. Kalau ada biasiswa, mesti aku tidak lagi perlu berfikir banyak kali untuk membeli buku-buku agama, fikir untuk tambang ktm dan teksi.

Teringat 'kalau' yang aku pernah lafazkan ketika di Tamhidi dahulu. Disebabkan aku ditempatkan di tingkat 5 (tanpa lif), aku menghadapi sedikit kekangan untuk berjemaah di surau. Ya Allah, andai saja aku di tingkat 1, tentu aku lebih rajin berjemaah di surau. Sekarang Alhamdulillah aku ditempatkan di aras 1, tetapi kakiku nampaknya lebih berat melangkah ke surau berbanding di Tingkat 5 dahulu. Jadual sibuk , tidak sepatutnya aku bubuh alasan.

Itulah 'kalau'. Terlalu meletakkan syarat kesempurnaan untuk melaksanakan kerja dakwah. Terlalu meletakkan syarat dunia untuk mendapatkan ganjaran akhirat, begitu? Sedangkan zaman Rasulullah dulu juga tiada kereta, kenderaan ktm apatah lagi. Rasa-rasa dakwah Rasulullah itu mudah? Allah tak memberi nikmat kesempurnaan itu, boleh jadi Allah hendak melihat siapa antara hambaNya yang kuat berjuang.

Seperti mana firman Allah,
"Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu(cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" 
Al-Baqarah :214

Yakinlah suatu perkara,
" dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
At-Talaq :3

Alhamdulillah. Pinjaman kewangan aku baru sahaja diluluskan. Bukan PTPTN. Jauh di sudut hati, sungguh tak tersangka. Berita baiknya, pinjaman itu automatik jadi biasiswa sekiranya result akhir nanti cemerlang. Sejujurnya,diri ini pernah menolak biasiswa MAINS dan Karangkraf ketika SPM dulu, nyata Allah punya perancangan lain buatku.

Seperkara yang membimbangkan aku,
Nikmat kesempurnaan itu menjadi ujian pada diriku dalam tidak kusedari.
Na'uzubillahi minzalik~



Allahua'lam.


28 Januari 2013

Si Katak Pekak

Bismillahirrahmanirrahim. Sedikit perkongsian yang begitu bermakna. 
*Ini kisah inspirasi saya sejak kecil.*

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta.

Maka perlumbaan pun dimulai.

Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan bisa mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sulitttt!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak ada kesempatan untuk berhasil. Menaranya terlalu tinggi!

Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!”

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.

Katak pekak yang pantang menyerah!
Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang melanjutkan pandakiannya  hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini bisa melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak bisa mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya. Katak itu, percaya dan yakin pada visinya: menggapai puncak tertinggi dengan tidak mendengarkan segala hal negatif!

Apakah ibrah, hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah sang katak yang pekak ini?

Ya, kecacatan atau kekurangan itu sebenarnya satu kelebihan! Kalaulah sang katak itu tidak pekak atau tidak tuli, sudah tentulah dia juga akan mengikut jejak rakan-rakannya yang tewas, tidak bersemangat dan akhirnya jatuh dek kerana cemuhan dan kata-kata yang tidak bersemangat dari para penontonnya.

Ertinya, kita “buat-buat pekak” sahaja kepada orang yang mengutuk dan mencemuh usaha atau tindakan yang kita lakukan. Fokus dan beri tumpuan serta komitmen yang tinggi kepada apa yang sedang kita usahakan. Kata-kata mereka yang mengutuk dan mencemuh kita itu sebenarnya kerana memang mereka mahu melihat kita gagal dan jatuh. Ya, adakah kita hendak membiarkan kita tewas dan jatuh dek hanya kerana kata-kata mereka yang tidak tahu apa-apa itu? Oh, usahlah semudah itu.

Mereka yang bersorak, mengutuk dan mencemuh segala usaha kita itu bukannya tahu pun apakah sebenarnya yang kita lakukan. Mereka tidak tahu pun keyakinan diri kita. Kita yang tahu dan mesti yakin kepada diri kita sendiri. Jika apa yang kita usahakan dan lakukan adalah usaha yang betul, diredai Tuhan, tidak berlanggar dengan syariat agama, maka apakah yang perlu kita hirau akan sorakan, cemuhan dan kutukan mereka?

Sesekali, kita juga perlu memekakkan telinga walaupun dikurniakan Tuhan telinga yang baik dan jelas untuk mendengar!


12 Januari 2013

Pergilah dunia

Bismillahirrahmanirrahim


Perlahan-lahan ku jejak kaki
Terus melangkah untuk mencari
Suatu arah yang masih belum lagi kutemui
Apakah kerana dosa silamku
Masih membayangi diri ini
Hingga tak mampu untuk ku lari dari belenggunya

Apalah daya hamba-Mu yang lemah
Hanya kekosongan jiwa
Penuh hasutan nafsu bergelora
Hanyalah pada-Mu daku berserah
Tunduk dan sujud menyembah
Mengharap ampun-Mu ya Allah

Pergilah dunia
Jauh dari hati ini
Kerana kasihmu hanya sementara
Aku hanya mengharap
Redha Tuhanku
Menemani jiwaku yang lemah tak berdaya


Terasa diri ini
Sentiasa mengadu pada-Mu
Bagai tiada apa
Menghapus dosa-dosa yang lalu


Pergilah dunia
Jauh dari hati ini
Kerana kasihmu hanya sementara
Aku hanya mengharap
Redha Tuhanku
Menemani jiwaku yang lemah tak berdaya.


*****

Hari ini, mengalir lagi. Mengapa mesti begitu ya?
Mereka kata, orang yang bahagia itu mempunyai dua kekuatan. Kekuatan untuk menangis dan bersabar. Tak sangka menangis pun dipanggil kekuatan juga.  

Fizik Moden. Sebelum peperiksaan lagi dah terasa macam nak pitam, pening-pening kepala, terasa sesak dada. Ketika exam, segala formula bercampur aduk, derivation of Schrodinger equation, tak tahu nak kata apa. Jalan pengiraan penuh satu kertas kajang, tapi at the end, tak nampak pun mana jawapannya. Moga ada markah untuk effort yang panjang lebar tu.

Bercerita dengan umiku, cerita pasal keadaan kertas Fizik Moden yang aku jawab pagi itu. Hmm, tak perlu cerita, menambah lagi kelukaan aku tentang kisah semalam. Menghadapi kisah semalam pun dah menyakitkan, mengulang cerita itu ibarat mengalami kisah itu buat kali kedua. Memang sudah tertulis  dalam takdir-Nya bahawa aku tak belajar di Jordan/Maghribi pada waktu dan ketika ini, sungguhpun peluang itu sememangnya pernah terbentang luas dihadapan mata. Allah merancang jalan cerita lain untuk aku, dan ianya lebih baik semestinya.

Ibnu Ataillah pernah berkata, "Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen­deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang." 

Dikejutkan pula dengan sebuah berita, seorang yang aku hormati pendiriannya dalam beragama . Malangnya kini tidak lagi. Benar, tidak sepatutnya aku menghakimi dia dengan kisah silam dia yang aku dengari dari mulut orang lain. 

Mesra dengan perempuan ajnabi, "oh barangkali dia ada urusan agama yang perlu diselesaikan dengannya".

Kecewa. 

"Aish, Syifa' ni ada apa-apa ke?cemburu ea..."

Terpulanglah nak kata apa. Allah lebih Tahu apa yang berdetak dalam hatiku. Moga dia disinari hidayah-Nya. Begitu juga aku. Aamin.



Ya Rabbana, kurniakanlah aku ketenangan hati.

*Kalau tak didunia, barangkali, dia menanti di syurga abadi milik Allah. Kisah Cinta Suci, Di Syurga.




08 Januari 2013

Urge


Bismillahirrahmanirrahim

Mula-mula,
"Kak Ngah, tolong transfer sekian sekian"
Done!

Tiba-tiba rasa macam,
"Eh, nak online kejaplah"

Facebook, blog, youtube,(parah kan?)
Sambil layan video-video kat youtube.
Kemudian, terpandang side kanan youtube - 'Recommended Video'
"Eh, aku ni dah gila bayang ke?"



Quantum Mechanics VI - Time Dependent

Physics Modern kot. Kalau suruh explain, mesti clueless tiba-tiba.
Baik kan youtube? Urge someone like me to study =_="

*Memang nak study pun sbenarnya.

Lebih lama tempoh peperiksaan, lebih banyak kena sabarkan diri.
Tapi,
Kehidupan pun peperiksaan jugak kan?
Sepanjang hidup juga perlu bersabar (daripada buat perkara yang kita suka).

But the fact, benda yang kita suka buat tu tiada nilaiannya.
Bahasa mudahnya, tak bermanfaat untuk peperiksaan tu nanti.

Wallahua'lam.

(Jom sambung study)

05 Januari 2013

Study weeks

Bismillahirrahmanirrahim.

notes


In Shaa Allah.
It just another 1 week left.
It just another 2 paper to strive.
Physics Modern and Exprimental & Instrumentation Method.
Both on 12 January.

*tak sabar nak study 2 paper ni, tapi tak mula pun lagi
*I used to spend most of my study weeks at USIM's library.
(that's why people rarely meet me during study week ^_^)

Pray for my best.