my follower

Nasyid Instrumental

11 Disember 2013

Penutup Dagu


Bismillahirrahmanirrahim,

Tempoh yang sangat lama aku tidak menulis.
Kekangan kerja barangkali.


Ok, back to the topic. Tahu ke pasal "Penutup Dagu"? Eh, mungkin penutup bawah dagu. Depend pada orang, ada yang pakai tudung kecil didalam, dan ada juga yang just pakai penutup dagu sahaja(memang jahit khas).


Hari tu balik dari Konvensyen Hawa 2.0, Ustaz Zahazan ada sebut pasal penutup dagu ni. Ustaz kata, menurut mazhab syafie, pandangan yang paling rajih dan kuat adalah untuk menutup dagu sebab bawah dagu pun termasuk aurat yang perlu ditutupi. Sama seperti aurat muslimah dalam solat.


Dan aku berusaha untuk beramal dengannya. Tak perlu jadi golongan manusia yang dia tahu bahawa dia tak tahu apa yang dia tahu. Faham ke? Bahasa mudahnya, dia tak beramal dengan apa yang dia tahu.

Beberapa hari lalu, aku bagitahu seorang teman,
Aku : Syifa' rasa syifa nak stop pakai bawah dagu ni.
Dia : Kenapa?

Aku : Entah, ada peristiwa yang menyebabkan Syifa seolah-olah tersedar.
Dia : Syifa' ada masalah nak istiqamah ke?

Aku : Bukan. Dan Alhamdulillah setakat ini Syifa tak pernah lagi tak pakai benda ni bila keluar ke mana-mana.
Dia : Habis tu? Apa yang membuatkan Syifa fikir macam tu?

Aku : Macam ni sebenarnya, hari tu Syifa pergi bermusafir. Kebetulan Syifa' bawa satu je penutup dagu tu. Pastu, lepas ambil wudhu', Syifa nak pakai tudung balik. Then, Syifa tak jumpa benda tu kat tempat Syifa letak sebelum wuhuk tu. Puas cari, tapi tetap tak jumpa juga. So, Syifa ambil keputusan untuk pakai je tudung walaupun tanpa penutup dagu. Dan hati Syifa berbisik,

"Takpelah, aku still menutup aurat dengan sempurna. Walaupun tanpa benda tu"

Dan kemudian Syifa' jumpa n Syifa' pakai semula.

Dia : So, apa masalahnya?
Aku : Syifa masih tak faham atas sebab apa syifa pakai. Syifa rasa syifa pakai atau tak pakai, Syifa masih menutup aurat dengan sempurna. Dan lepas ni, kalau syifa berterusan pakai benda ni, niat syifa dah tak sama. Niat syifa dah salah.

Dia : Maksud Syifa'?
Aku : Sekarang ni Syifa pakai benda tu sebab Syifa takut budak-budak kuliah kata Syifa tak istiqamah, buat sebab ikut-ikutan dan hangat-hangat tahi ayam.



That simple word, NIAT
But still, benda ini amat perlu ketika menunaikan solat without telekung.


Wallahua'lam. 
Masih lagi dalam 'mood' terkejut adik junior abim n shams dulu dah buat invitation ke walimah

Bertanya pada diri, "Tercabarkah?".

Heh. Tentulah tak.

Tapi mungkin kalau dia nikah dengan seseorang yang aku kagumi akhlak dan peribadinya, aku sedikit (sikitla)tercabar. Bukan bermaksud, adik junior aku tu nikah dengan seseorang yang tak baik akhlaknya,

sebab aku tak kenal pun zaujnya in person. Maksud kagum aku tu, "specific person" kot.

Bukan mencari, tapi menjadi yang SOLEHAH. ^_^


Tapi 
tak salah kita ada cita-cita untuk live till jannah with seorang yang baik akhlaknya~ kan?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

so syifa pakai lagi skrg ??