Nasyid Instrumental

28 Disember 2014

That Threshold, maybe?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Masih dalam fasa study week. Maaf, waktu-waktu begini, ada ketika aku jadi buntu, mahu laksanakan itu ini segala, tapi muncul pula bisik hati sendiri.

"kau orang tengah study week, kau sibuk pula meniaga..."
"kau orang tengah banjir, kau sibuk minta soklan past year..."
"kau orang tengah banjir, kau sibuk update status pasal benda lain...."

Tak kurang juga, terbaca kalam seorang anak muda, emosional sangat barangkali.
"Aku tak nak baca dan tak nak tengok status lain melainkan status berkenaan BANJIR sahaja"

Lagaknya, seolah-olah kami memang tak simpati dan kami mati rasa atas apa yang berlaku. Entahlah, "kesian" dan update status segala berkenaan banjir perlu, tapi rasanya lebih baik kalau dibumikan rasa simpati itu atau istilahnya "empati".

DOA, seiring usaha, boleh?

Kalau duduk, baca dan tulis laporan whatsapp dan newsfeed selang satu jam pun takpa, asal tahu bagaimana ingin bantu....jom salurkan rasa simpati~ tak cukup "kesian" dan "semoga dipermudahkan urusan" kalau realitinya kau cuma menaip rasa kesian itu dengan jemari, err, berdoa dalam whatsapp.

*teguran ni tak lebih untuk diri aku +_+

****
Threshold, kalau dalam definisi sains yang aku fahami, threshold seolah-seolah satu limit yang yang kau kena lepasi (nak tak nak kena jugak) supaya kau boleh pergi ke peringkat seterusnya. Peringkat yang lebih baik mudah-mudahan.

Kalau facebook tanpa butang like boleh?
Kalau buat kerja Islam tanpa dipublisitikan jawatan dan wajah di sana sini boleh?
Kalau buat kerja apa pun tanpa perlu fikir nilaian manusia boleh?
Tanpa perlu fikirkan hasil kerja kau lebih sempurna sebab kau 'seseorang' pada pandangan manusia?

Kalau buat kerja tanpa rasa ditekan oleh orang sekeliling?
Tanpa perlu fikirkan betapa banyak duit yang keluar, tanpa rasa takut oleh kekuasaan tadbir manusia, dan bersabar atas kerenah yang di atas dan dibawah.

Kalau buat kerja Islam tanpa perlu berurusan dengan lelaki boleh?
Kalau buat kerja Islam tanpa ada keterikatan dengan whatsapp dan facebook boleh?
Kalau buat kerja Islam, tanpa berulangkali remind diri sendiri pasal 'niat', boleh?

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
- [Al-Baqarah 2:155]

Kalau tak perlu menyampaikan di khalayak, kerana belum menuntut ilmu secara ta'allim pada selayaknya. Boleh? 

*Maaf, hasil bacaan aku banyak ketikanya cukup sekadar untuk aku faham. Bimbang apa yang aku sampaikan salah, kerana aku memahami buku dan ilmu itu atas tafsiran aku.  

Dan juga akhiran, ingatan untuk diri, walau susah pun keadaan tu (pada aku), aku tetap juga kena lepasi threshold itu, untuk jadi seorang yang lebih baik, Inshaa Allah. Tarbiyyah Allah menerusi masalah yang kita hadapi. Allah menguji kita pada titik kelemahan kita, bukan pada titik kekuatannya. Ada orang kelemahannya harta, jawatan, perempuan, pelajaran dan lain2. Maka Allah akan uji kita pada kelemahan kita.

Bukankah dunia ini tempat ujian?

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

dari post yang lalu~

*****

Sedikit perkongsian sabda Rasuluilah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleh lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.'
 (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Aku masih menulis,
Upcoming cerpen~
1. Zinnirah
2. Wabak
3. Beribu kali taaruf
4. (sedang menelaah buku berkaitan ideologi, supaya aku dapat sampaikan dalam bentuk cerpen yang mudah difahami)

Maaf, aku baru perasan, aku ada kesulitan untuk menulis dalam bentuk artikel. Mungkin perlu diasah~

Taqaballahu minna wa minkum
"Syifa, orang duk kalut pasal banjir, bahayanya ideologi islamisme, skeptikalisme, liberalisme, kau boleh bicara pasal kau hati dan perasaan kau.."

T_T
(aku tak tahu nak tulis apa, beberapa cerpen aku banyak terkandas. Mungkin sebab kurang disiplin dalam penulisan)

*takda mood nak menulis

Apa yang membuatkan penulisan itu jadi lambat prosesnya?
Sebab kau perlu sepenuh tenaga memerah idea untuk mencerna apa yang telah dibaca.
"Analysing" phase.

Kalau orang itu menulis pada kadar yang kejap, mungkin dia tak guna otak..hehe. taklah, sangka baik, mungkin dia dah simpan lama dalam otak, tinggal dia tak punya masa untuk menulis.

22 Disember 2014

Teguran yang baik

Bismillahirrahanirrahim

Hari ni, usai solat subuh. Kepalaku pening. Aku mengambil keputusan untuk masuk kerja sedikit lewat berbanding selalu. Pukul 9 pagi baru aku nak punch card.

Kebetulan pakcik guard duduk berdekatan mesin itu.
"Eh, Assalamualaikum pakcik...err saya lambat sikit hari ni.."

"Awak ni pekerja kontrak ke ape?on off on off... Kerja ala kadar, kerja kat sini sekadar batu loncatan je...."

Gulp~ tersentap aku dibuatnya...
Allah, jauh sekali niatku sebegitu. Aku disini cuba membantu semampuku, memberi sebanyak mungkin, berkongsi ilmu Tuhan yang dikurniakan padaku...

Teguran tu boleh datang melalui mcm2 cara, melalui siapa2 pun...barangkali itu teguran dariNya untuk aku memperbaiki niatku semula~

Terima kasih Allah;)

#catatanlalu


(kebelakangan ni hobi buat hashtag..)

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...