Bismillahirrahmanirrahim....
Sistem pesanan ringkas ku taip pantas sebaik terjaga subuh itu,
"Salam, awak...saya tak pasti dapat pegi ke tak pagi ni. Saya sakit kepala sikit, semalam saya memandu jauh. Pukul 1 baru pulang. Maaf ye"
Seketika, panggilan daripada sahabatku,
Dia : Syifa, awak nak pergi ke tak?
Aku : Hmm, saya sakit kepala. Mungkin semalam memandu lama, saya tak biasa. Malam tadi pun balik lewat.
Dia : Awak duduk sebelah pun takpe, biar saya yang memandu. *ayatmemujuk*
Dengan berat hati dan demi menjaga hatinya,
"Ok awak. Saya siap-siap ni. 10 minit"
Kemudian, sepanjang permusafiran berbual-bual dengannya. Perasan juga matanya yang merah. Berkali-kali aku tanya,
"Awak ok tak ni?", "Awak sihat tak ni?"
"Okay ja", jawabnya pendek
Lama setelah itu, baru aku tahu bahawa dia semalaman langsung tidak tidur kerana menyiapkan kerja-kerja Islam. Allah~ Saat kita mengeluh kurangnya tidur kita dari kebiasaan, kurangnya kita berehat. Ada sahabat seperjuangan yang langsung tak memikirkan masa rehatnya, masa tidurnya.
Alangkah perasannya kita ;(
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهَمَا النَّارُ أَبَداً : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ”.
Rasulullah SAW bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah”.
[HR: Tirmidzi]
Wallua'alam. Taqaballahuminnawaminkum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan