Nasyid Instrumental

Memaparkan catatan dengan label Zaman Budak skolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zaman Budak skolah. Papar semua catatan

29 Januari 2012

Silent Speaker?

Bismillahirrahmanirrahim,


Silent speaker?
What do I mean with silent speaker?




Speaker kalau sekali menghasilkan bunyi, mesti didengari oleh semua.
Tapi sayangnya speaker tu tak bersuara.


Dia seorang yang mempunyai banyak idea yang bernas(mungkin la) + kreatif.
Tapi dia tak berani nak suarakan idea dia tu.
Bila suruh bagi cadangan, memang penuhla satu page kertas A4 tu.

Bila sekali dia bercakap, orang akan terkesima mendengarnya.
Mungkin sebab kebenaran kata-katanya.
Tapi itupun dia hanya mampu suarakan dalam kumpulan yang kecil.

Sejak zaman sekolah lagi, teringat masa kem Pembina Form4 dulu, fasiliator tu bagi microphone kat aku, serius aku hanya mampu bagi salam je.

Entahla, time tu aku jadi seorang yang terlalu banyak berfikir.
Berfikir bahawa adakah dunia aku akan berubah disebabkan kata-kata aku.
Effect yang bakal terhasil disebabkan perkataan aku.
Atau mungkin mampu mengubah persepsi orang terhadap mentaliti aku?

Rumit kan cara berfikir macam tu?

Minggu lepas, aku join satu program.
Mula-mula macam bosan sikit.
But lama-kelamaan, seronok sangat.

Dan satu ketika tu, ahli group aku suruh bentang hujah kumpulan.
Aku kata, " ana tak boleh, ana tak boleh"
Mereka cuba yakinkan aku,
Dia kata aku boleh bercakap punya, percayalah...

"ana memang tak boleh"

Aku sendiri tak yakin aku boleh, mengapa mereka begitu yakin?
Manusia memang sukar ditafsir kan kan??
Aku tak faham orang. Orang lagi tak faham aku.







09 September 2011

TTS4





Bismillahirrahmanirrahim...

YA ALLAH,
BETAPA SAYA BERSYUKUR MEMPUNYAI KAWAN-KAWAN TTS4.


TERIMA KASIH YA ALLAH....
SAYA BERSYUKUR ALLAH TEMUKAN SAYA SAHABAT-SAHABAT YANG SANGATTT BAIK DI USIM...










TTS4*sila tekan gambar untuk tumbesaran




Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.



Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,pintu lain akan dibukakan.Tetapi kita sering terpaku begitu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu-pintu lain yang dibukakan untuk kita.


-->Saya sering berdukacita kerana tidak berpeluang buat medik di mesir, kadang-kadang rasa patah semangat sebab tak dapat apa yang saya cita-citakan sejak kecil. Tapi saya terlupa yang Allah anugerahkan saya sahabat-sahabat yang baik. Dalam hidup ni, Allah bagi kita banyak sangat nikmat, tapi kita(khususnya saya) lebih tertumpu kepada nikmat yang kita tak dapat hinggakan tak sedar dengan berbilion2 nikmat yg kita dapat dari Dia...


Betapa teruknya saya berprasangka pada Dia.


Ya Allah,
Padahal saya cuma hamba pada Dia.


Terima kasih sahabat2 TTS4 kerana telah menyedarkan saya.




**Sekali lagi terima ksih shbt tts4 kerana susah-susah buat surprise jamuan hari lahir saya dan syafiqah. Susah-susah beli kek. Susah-susah turun dari tingkat 3@4@5 utk meraikan kami.Allah sahaja yang mampu membalasnya.






kek kami










TTS4. saya sayang mereka Lillahitaa'ala,insyallah..AAmin.

May our ukhuwwah last forever.


“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

07 Mac 2010

L.E.B.A.H



Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,setelah berfikir berhari-harian akhirnya saya diberi kekuatan untuk meluahkan sesuatu pada seseorang.(belum lagi...insyallah)

Teringat kata Imam Al-Ghazali:-(lebih kurang begini maksudnya)

Sekiranya kita terlihat ada lebah hinggap pada tubuh sahabat kita. Adakah patut kita biarkan sahaja?atau kita menegurnya. Kalau kita tidak tegur,barangkali lebah itu memberi mudarat kepada sahabat kita.

Maksudnya di sini:
Katakanlah sahabat kita ada melukakan hati kita(mungkin dia tak sedar). Adakah patut kita mendiamkan diri demi menjaga hatinya?ataupun kita bersemuka dengannya dan cerita apa yang kita tak puas hati dengannya. Kalau kita tak tegur, siapa tahu pada masa akan datang dia akan mengulangi perkara yang sama pada orang lain. Kalau macam tu, kita telah mendedahkan dia kepada kemudharatan yang lebih besar. Tergamakkah kita buat sahabat kita begitu?

Kalau kita menegur, janganlah over ibarat memulangkan paku buah keras padanya. Kita menegur demi kebaikan dia.

Duhai sahabat,
ukhwah yang terbina kerana Allah,
takkan mudah goyah disebabkan dugaan kehidupan,
Insyallah segalanya pasti ada penyelesaian,
Cukuplah Allah segalanya buatku...
Uhibbukilallah....

*jadilah ibarat pohon. Sekalipun dibaling dengan batu tetapi tetap menghasilkan buah.

kemenangan setelah kegagalan


Bismillahirrahmanirrahim....
First of all,setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah,Al-Khalik yang memberi kita nikmat kemenangan setelah bertahun-tahun kegagalan. Bersyukur juga kerana sempat merasai nikmat hari sukan yang paling best kat sekolah shams. Tak pernah merasai kegembiraan seperti ini. Kasihan Along komplen sebab waktu dia dahulu tak semeriah ni. Sedikit sebanyak suasana hari sukan di shams hari ni dapat menyaingi suasana hari sukan kat sekolah SRI dulu. Rindunya....

Kemenangan yang tak disangka-sangka apabila rumah biru muslimin mendapat markah tertinggi. Pada mulanya agak kecewa dan patah hati untuk letak harapan yang terlalu tinggi untuk rumah biru. Perbarisan tak menang. Hias khemah pun tak menang. Padahal usaha-usaha yang semua ahli rumah biru terutamanya batch form5
(Abidah,Aiman,Saddiq,Mahadi,Intan,Hazirah,Sakinah,Hasyimah, kak mun dan ramai lagi...)
rasa macam tak patut di balas dengan kekalahan. Tahniah buat semua.

Oh ye,orang kata maskot Doraemon tu bawa tuah. Sejauh mana kebenarannya tak tahulah.
*tiba-tiba teringat kata-kata si pemakai maskot Doraemon tu selepas kemenangan,"kak..kitorang bakar je doraemon ni.."Aisy,dia tak tahu betapa susahnya buat bende tuh..(walaupun saya tolong cket2 je...)

tadaa...inilah hasilnya......


atlet rumah biru tak ramai.kesian, orang yg sama je lari.


**sedihnya tak dapat pergi Muslimah Stage.Sudahla ini tahun terakhir saya kat sini.huhu..

PENANTIAN RUMAH BIRU BERAKHIR JUGA. KAMI MENANG BERGAYA. SYABAS SEMUA.
ahli rumah biru sila comment^_^


24 Februari 2010

Muslimah Stage

Bismillahirrahmanirrahim...
Setelah sekian lama penantian...
akhirnya, Muslimah Stage jadi jugak diadakan...sempena MRIS(Minggu Remaja Islam)
Muslimin Stage pun ada jugak tapi tak nak 'highlight'kan sangat..
ye la biasanya pun memang muslimin je konker stage tu...

Saya 100% setuju Muslimah Stage tu diadakan,
sebab tahun lepas classmate perempuan saya dah bincang2 dah,

"weh, kalau kumpulan nasyid perempuan ada kat skolah ni kau nak join tak??"
" nak!nak!"
"eh boleh ke ada kump nasyid perempuan kat skolah agama?pastu kita kan dah memang ada kump nasyid lelaki..."
"aku dengar ustazah kata.....(ayat2 utk mengukuhkan fakta masing2)"

saya ingat sampai part tu je.
insyallah kalau Muslimah Stage tu diadakan, pasti ianya berasingan dengan kaum adam.
Atau dengan erti kata lain, pentas tu muslimah punya jadi seluruh dewan tu MESTI muslimah sahaja...
Pasti programnya sungguh menarik. Saya tahu ramai muslimat yang ada bakat bersajak , bersyair, berlakon, nasyid dan macam-macam lagi tapi malu. Jadi,dengan cara ni bakat mereka tu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik dan tepat.

Kalau boleh tak nak lah student2 SHAMS selepas sekolah join ujibakat akademi fantasia, raja lawak mahupun apa sahaja program realiti tv sekarang(akademi al-quran tu lain ye..)...
terutamanya yang muslimat. Alasannya kerana di sekolah dulu mereka langsung tak diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka..

Harap-harap Muslimah Stage ni memberi impak yang berbeza...Aamin.
Insyallah,islam kan flexible...


16 Februari 2010

cakap...cakap

Bismillahirrahmanirrahim...
apa sahaja tujuan kita ber'blog'...
hati-hati ye...
pastinya untuk kebaikan dan yang terbaik buat diri kita...
jangan wujudkan persengketaan melalui 'blog'...
sudahnya blog dipersalahkan.
sedangkan 'blog' hanyalah alat,kita yang mengawalnya..

akhir kata,
besar bezanya....
CAKAP APA YANG KITA TAHU
dan
TAHU APA YANG KITA CAKAP...

Setakat ini sahaja,teguran buat mereka.Juga teguran buat diri saya sendiri....Ilal liqa'

31 Januari 2010

usrah 2010

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah,akhirnya berkesempatan juga mencoretkan sesuatu lagi dalam blog ni...
walaupun kerja sekolah belum berusik pun lagi...
balik dari KLANA dalam pukul 11.30,pergi kenduri kahwin,tuisyen physics, hantar adik ke asrama dan akhirnya saya di sini,depan laptop...

Sejujurnya,saya tak mahu komen banyak tentang KLANA...apa yang saya dapat sepanjang 3 hari ni itulah bekalan saya, berbekalkan ilmu dan pengalaman yang tak seberapa banyak ni.Insyallah saya akan cuba.ya,SAYA MESTI CUBA....

Hari sabtu, dapat pembahagian ahli kumpulan usrah(ikut form brape kita pegang)...
naqibah bagi tingkatan 3 terdiri daripada majlis2 tertinggi badar seperti Fatin Syuhada, Farzana dan lain-lain lagi.Kemudian naqibah bagi student form4 yang majoritinya terdiri daripada KP2 dan naqibah2 lama...
Majoritinya naqibah baru form5 (saya) dan form6 memegang ahli usrah form5...
tipulah kalau saya katakan saya tak rasa apa-apa.Ibaratnya seorang anak kecil yang baru reti berjalan diajar untuk melompat.Agak mencabar. Dalam masa yang sama dihantui perasaan tidak percaya diri. Kami kan baru...

Kalau ikut post saya sebelum ni, when we meet the right person,we get the right answer.Alhamdulillah saya berjumpa orang yang tepat dalam meminta pandangan. Sangat-sangat membantu. Ghamsahamida...Kimi o ai shiteru....^_^

Apa-apa pun saya masih perlukan teguran dan tunjuk ajar dari sesiapa pun...
"jangan pandang siapa yang katakan,yang penting apa yang ia katakan"


Sebelum saya akhiri entri saya kali ni,saya ingin ingin ingin sangat sampaikan sesuatu ini pada seseorang.

Andai kata Allah singkap keaiban kamu ketika itu,adakah kamu yakin masih mampu lagi terus berdiri di hadapan kami?Dengan lantang mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Bagi kami yang tahu keaiban kamu,amat sukar bagi kami untuk terus respeks pada kamu. Kami sukar percaya. Tapi apa yang kami lihat dan kami nilai adalah kamu yang sekarang,bukan kamu yang dulu.Kamu yang mengetahui(arif). Kami sekali-kali tidak membenci kamu,kami cuma benci atas perbuatan syubhah yang jelas kamu lakukan. Ulangkali kamu katakan,dari hati turun ke hati. Apakan daya, mungkin hijab penyebab apa yang cuba kamu dakwahkan itu tidak sampai ke hati kami.

Maksud surah Assaf ayat 3:
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Harapanku agar kamu berlapang dada menerima teguranku ini,
begitu juga kamu...
saya sudah terima input bermanfaat dari kamu sebab saya berpegang..

"Jangan pandang siapa yang menasihati kamu walaupun siapa dia,tapi apa yang ia nasihati..."

Wallahua'lam...sebagai teguran buat diri sendiri juga.....



05 Disember 2009

LAILA & MAJNUN : Keagungan Cinta Abadi


Bismillahirrahmanirrahim...
Rasanya semua orang pun tahu cerita pasal Laila dan Majnun ni kan. Satu kisah cinta yang agak famous. Sejak dari kecik lagi saya dah dengar cerita pasal diorang. Tapi masa tu saya tak adalah berminat sangat nak ambik tahu, malah filem Laila Majnun pun saya tak pernah tengok. Yang saya tahu kisah ni pasal Majnun yang jadi gila sebab cinta dia pada Laila tak kesampaian.

But then, saya ternampak buku ni kat kedai buku dan terus terdetik kat hati nak beli . Mula-mula saya ingatkan cerita Laila dan Majnun ni cuma cerita rekaan je, sama macam cerita-cerita dongeng yang lain. Tapi rupa-rupanya Si Majnun (atau nama sebenarnya Qays bin Al Mulawwah )ni memang wujud. Dia hidup masa zaman Daulah Umayyah dan meninggal dunia sekitar tahun 65 atau 68 Hijrah. Dan rupa-rupanya si Qays ni pun bukan sebarangan orang. Ayah dia merupakan pemimpin kabilah bani Amir yang bernama Syed Omri. Ayah dia ni tersangatlah kaya dan merupakan pemimpin yang disegani. Manakala si Laila pulak dari keturunan Bani Qhatibiah.

Honestly, cerita ni membuatkan kita tahu rupanya pernah wujud cinta yang macam ni.Memang betul-betul gila.Bayangkan Qaisy sanggup pergi mengembara ke padang pasir,tinggal dalam gua dengan binatang liar bertahun-tahun lamanya, tak pernah terlepas setiap saat pun fikirkan laila,kerjanya bersyair cinta tak sudah-sudah. Then,sanggup berhenti sekolah,tinggalkan mak dan ayah. Padahal dia tak tahu betapa ibu ayah Qaisy ni merintih dan bertahajud setiap malam semoga dikurniakan seorang cahaya mata agar ketika hari kematiannya dia tidak kesunyian(ada anak yang menyambut jenazahnya di liang lahad).

Pada zahirnya Qaisy dilihat gila,ye la dengan keadaannya yang tak terurus,rambut panjang menggerebang tak bersikat,bajunya yang lusuh,berkaki ayam pastu berjalan di tengah-tengah padang pasir dengan menyeru nama Laila. Then dia tak pernah kisah kanak-kanak baling batu kat dia,caci dia. SEBAB DIA DAH DIBUTAKAN DENGAN CINTA LAILA.cinta tak buta,tapi manusia yang buta menilai cinta.

Dan dalam kamus hidup Qais ni,cinta tu adalah kekecewaan,keperitan,keresahan, kesengsaraan dan putus asa. Cinta tu takkan hadir kalau tak dicari dan takkan wujud kalau tiada yang memberi isn't it?Walhal boleh je kalau dia nak pinang Laila terus(dengan keluarga dia yang kaya raya dan bermartabat tinggi boleh je kan). Bukannya dengan bawak diri ke padang pasir dan dalam keadaan yang tak trurus macam tu sape yang nak bermenantukan orang gila macam dia....

dalam kisah cinta ni yang ana paling tak setuju tu, dia bawak diri pegi kat gua tu sampai bapa dia,Syed Omri tu meninggal dunia. Padahal bapa dia dah banyak kali dah pujuk suruh balik rumah,hadapi masa muda dia dengan kemudahan dan kesenangan yang keluarga dia ada.Pastu bila bapa dia mati baru menyesal,nangis gila-gila kat kubur bapa dia.Then mak dia pulak pujuk tinggal kat rumah,pastu dia kata kehidupan dia bukan disini,dia lebih aman tinggal dalam gua bersama bintang liar. Again,mak dia meninggal dunia pun dia menangis gila-gila kat kubur mak dia...hmm,menyesal dah tak guna waktu tuh....

And at the end,mereka tak bersama jugak....jodoh dan ketentuan tu di tangan Tuhan...macam mana sekalipun kita bermati-matian kerana cinta,tapi kalau tak diizinkan Allah,tak menjadi jugak..

dan seperti yang kita ketahui sewaktu kita ditiupkan roh,Allah dah tetapkan empat perkara utuk kita iaitu..
1-amalannya
2-nasib dirinya sama ada baik atau buruk(bahagia atau celaka)
3-jodohnya
4-ajalnya

okay,that's all for now....kalau sesiapa berminat nak pinjam buku ni boleh r(shams)...insyallah..



08 Oktober 2009

myspace..selamat tinggal..

Bismillahirrahmanirrahim....
Baru sekejap tadi, saya telah mendelete account myspace saya...
mesti ramai yg x tahu saya ada account kan??
a'ah...saya add sahabat saya saje..
wujudnya account tu pun secara x sengaja...
kisahnya,sebulan yg lalu seseorang telah menggunakan email saya utk mspace...
saya pun tukarla password sume...layout...username

dan sejak dtg kem pembina personal hari tu...
(ustaz hanafiah ada bgtahu kisah perempuan yg ditipu lelaki yg dikenalnya dri myspace...)
so
saya nekad nak delete account myspace saya ni...
memandangkan itu sahaja belum didelete...
myspace,friendster,hi5 yang dulu saya penah ada pun dah lama di buang...*remaja sentiasa ingin mencuba...
myspace terbaru ni pun akhirnya saya delete jugak..
saya percaya setiap tindakan yg dbuat mesti ada sebabnya kan??
hmm,so sama la yg terjadi kat myspace,frendster n lain-lain ni..
saya pun dah list kan manfaat n keburukan yg saya dapat drpd laman web ni...
lagi banyak keburukan dari baiknya...
jadi saya tetap dengan keputusan saya...

ada kawan-kawan saya kata apa salahnya jadikan
MYSPACE , FRIENDSTER , FACEBOOK
sebagai medium dakwah??

maaf,saya tiada kekuatan...saya takut,nanti saya berselindung dengan jawapan 'urusan dakwah'...tapi sedangkan saya sebenarnya terhanyut sama dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan...saya takut,saya hantar comment-comment keagamaan kpd bukan muhrim atas niat menegur,merubah sesorang...padahal NIAT TAK MENGHALALKAN CARA...
macam tiada lagi rakan-rakan muslimat saya untuk dinasihati,sampaikan lelaki menjadi pilihan...

kepada rakan-rakan saya yg masih berjuang dalam friendster, myspace dan sebagainya,semoga kalian terus kuat...'biar jumud jangan hanyut',janganlah takut orang katakan kita ni daie yang buta IT bila kita x de myspace n sbgnya...sehinggakan kita sendiri hanyut....

....sma-samala kita fikir-fikirkan

*saya tabik sangat-sangat mereka yang brjaya delete account ms,fs n lain-lain lagi...bukannya mudah kan??tapi takde la susah...syukan sangat2...saya banyak dapat kekuatan dari mereka...


08 September 2009

hari lahir.....




Bismillahirrahmanirrahim....
Ana selalu tertanya-tanya pada diri apa sebenarnya yg ada pada hari lahir...
Pada orang lain,hari lahir memang sangat istimewa dalam hidup mereka..
ye la, setahun sekali...dan genap-genap umur kita...
tapi hari lahir pada ana,biasa-biasa je..
bukanlah ana orang yang paling istimewa pada hari tu sedangkan hampir 10 juta orang di seluruh dunia menyambut hari lahir mereka pada tarikh yg sama...
Tapi hari ni sebenarnya ana silap, memanglah tarikh hari lahir kita sama...tetapi penghargaan yang kita terima benar-benar berbeza...
Alhamdulillah, hari ni ana benar-benar bersyukur menjadi birthday girl...
ana tak sangka sahabat dan orang sekeliling ana ambil berat sangat pasal ana...
kadangkala, rasa tak layak terima semua penghargaan ni sebab ana sendiri tak memberi penghargaan yang selayaknya kepada orang sekeling ana...


Kalau dulu,birthday kena ada hadiah, kek,lilin..
tapi hari ini semua perkara tu tidak lagi ana harap-harapkan...
cukuplah ana gembira dan bahagia pada hari lahir...itu jauh lebih bermakna
buat keluarga, sahabat, teman-teman..
terima kasih atas setiap penghargaan anda...
dan terima kasih membuatkan diri ini rasa begitu dihargai....

*******************************************

bahagia apabila membahagiakan,ye tak???syukran ^_^

Kak ika~Fitrah Ilyana~Hajar(palong)~Sakinah~farah sakinah~amni najihah~syahirah taqinah~
Amirah nani~Rabiatul~Ain~Abidah~Adira~Farhana(f2)~Haryani~Haziqah(f2)~hanis(f2)~nurul ain~amira nabilah~siti naeimah~izzah atika~afifah ismail~azra syakirah~khairunnisa'~hasyimah

dan lain-lain nama lagi yang tak sempat ditaip.....



06 September 2009

Tegurlah.....

Bismillahirrahmanirrahim...
kali ni tak nak tulis panjang-panjang...
cuma nak share sumthin' pasal tegur-menegur ni...
katakanlah kalau kita dapat tahu kawan kita ni bercouple...
tapi kita dilema sama ada nak nasihat dia atau tak..
ye la, mana tau dia dia x nak terima nasihat kita..
lebih-lebih lagi sekiranya kita mmg kenal keras kepalanya...
kita memang susah nak ubah pendirian dia...
sebab kerja mengubah hati manusia ni kerja Allah..
apa yang kita boleh lakukan untuk amal maaruf nahi munkar ialah
dgn tiga cara...iaitu ubah dgn tgn lidah dan hati(selemah-lemah iman)....
kalau kita ternmpak perkara-perkara yg menimbulkan fitnah...
seboleh mungkin tegurlah...
sebab kat akhirat nanti Allah tak tanya kita apa yg kita ubah mereka...
tapi nanti Allah akan tanya apa usaha kita untuk mengubah perkara tu...
tegurlah sebab itu memang tanggungjwb kita...
lebih-lebih lagi sekiranya kita telah diamanahkn Allah untuk memegang kuasa mencegah perkara tu...(mengubah dgn tangan=mengubah dgn kuasa yg ada)


wallahua'lam.....

27 Ogos 2009

~BETUL dan SALAH~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...
Entah kenapa tiba-tiba hati tergerak untuk menulis sesuatu...
mngenai "BETUL" dan "SALAH"
Sekadar memberi pengertian dan membangkitkan pemikiran mengenai perkara ini...

Dalam hidup ini,
kita tak selalunya melakukan perkara yg betul
apa yang kita lakukan pun tak boleh memuaskn hati semua org
dan kadangkala apa yg kita lakukan, betul dimata kita
tapi di mata orang sebaliknya...

Dalam hidup ini,
kita selalu nampak kesalahan dan kelemahan orang lain
tapi kita jarang sekali memerhatikan kesalahan kita sendiri
Dan apabila kita yg melakukan kesalahan
tak terasa perkara yang kita lakukan itu salah
sehinggalah kita lihat orang lain melakukan kesalahan yg sama

Dalam hidup ini,
cara kita berfikir berbeza-beza
banyak perkara yang kita tak setuju
tp tak semestinya perkara yg kita tak setuju tu perkara yg salah
dan tak semestinya perkara yg kita stuju tu perkara yg betul

----------------------------------------------------------

maafla, ana tulis umum saja...
hidup kita tak sentiasa buat prkara yg betul...kita semua tak sempurna...
jadi berilah peluang dan kesempatan utk seseorang itu berubah
sebab kita sendiri melakukan berjuta-juta kesalahan dalam proses menjadi manusia sempurna
kesalahan mengajar kita mngenal apa yg betul dan terbaik utk kita...

~~selingan~~
saje-saje nak tulis...hmm,kalau kita add seseorang dlm ym, friendster, myspace atau apepun..
orang tu deny atau tak approve...bersangka baiklah dengan orang tu bahawa dia menjaga hubungan dan pergaulan antara lelaki & perempuan / mengelakkan ikhtilat....lebih-lebih lagi sekiranya kita tiada urusan penting...biarlah dia dengan cara dia,kita dengan cara kita...asalkan tidak melanggar syariat islam...


yg menulis pun tak sempurna
khairussyifa'

24 Ogos 2009

Bahagia


Bismillahirrahmanirrahim..
Pernah suatu ketika, kita merasakan bahawa seperti ada sesuatu yang hilang dalam diri kita...
Nak kata kita tidak gembira,hampir setiap hari kita ketawa...
Kehidupan kita pun okay saja di rumah,di sekolah..
keputusan peperiksaan pun tdaklah mengecewakan
tapi entah mengapa kita masih tercari-cari sesuatu dalam diri kita
Yang dulu pernah kita miliki...
Kegembiraan itu luaran,yang orang nampak kita gembira..
tapi hakikatnya, dalaman kita serabut...
Hanya Allah saja Maha Mengetahui..
Yang kita hilang selama ini adalah KEBAHAGIAAN...
kita tidak dapat melihatnya sampai kita dapat merasai nikmatnya
kebahagiaan itu adalah suatu ketenangan

bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir tapi rupanya maknawi
terpendam bagai permata di dasar hati

Ia hadir di saat-saat kita menemui ketenangan...
Dan kita perasan kita boleh menemuinya melalui satu cara
iaitu taqarrub ilallah..mendekatkan diri pada Allah..
dan solat dengan khusyuk adalah ubatnya...
Nak sebut dari huruf k pertama sampai k terakhir memanglah mudah...
tapi nak melaksanakannya hanya Allah yg megetahui...

Disini ana nak berkongsi 5 perkara mencapai khusuk dalam solat

i. al-tafahhum
>>>maksudnya memahami dan menghayati makna-makna bacaan dalam solat
ii. al-takzim
>>>merasa kebesaran Allah seolah-olah berada di hadapanNya
iii.al-haybah
>>>meghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah
iv.ar-rajak
>>>mengharap rahmat dan ibadat diterima Allah
v.al-haya'
>>>perasaan malu terhadap Allah kerana kekurangan dalam ibadah dan kelewatan menunaikan janji

Konklusinya,kunci kekusyukan solat itu adalah memahami makna-makna bacaan dalam solat itu sendiri.Sekian, wallahuaa'lam,segala yang baik dtg dari Allah,yang buruk datang dari kelamahan ana sendiri.

22 Ogos 2009

Telah Ku Pilih Jalan-Mu



Bismillahirrahmanirrahim....
Post kali ni nak kongsi sebuah sajak.
Sebenarnya sajak ni telah diedarkan oleh seorang hamba Allah.(syukran yer..)
Setiap kelas dapat,ana cuma tolong tampal kat ruangan tazkirah kelas..
Mula-mula tu sekadar baca, tiada perasaan ape pun.
Tapi ada suatu hari tu, waktu kemas-kemas PMK,
ternampak balik kertas sajak tu...
Entah kenapa perasaan tu sayu sangat
Sedih pun ada apabila baca balik sajak tu...
Siapalah kita ni yang mampu menolak anugerah itu.
Sekalipun beribu-ribu kali menolak rasa hati..
Tapi Allah lah yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati kita


TELAH KU PILIH JALANMU

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku
di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.


Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...