Nasyid Instrumental

23 Mei 2011

Dia Lebih Tahu



Kadang kala kita berdoa untuk kuat,
Tapi banyak pula dugaan yang datang.

Kita minta cerdik,
Tapi masalah pula yang datang.

Kadang kala kita minta kebahgiaan,
Tapi huru hara pula yang menjelma.


Dugaan menjadikan mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru hara menjadikan kita tabah..

SUBHANALLAH.......


Betapa besarnya kuasa Allah,
Semua ada hikhmahnye.

Telah berkata Jibril a.s
''Wahai Tuhanku,Engkau sampaikanlah hajat hambamu''
Maka Allah berfirman
''Biarkan hambaku itu,kerana Aku mencintai rintihan suaranya.

Annas Ibni Malik r.a

06 Mei 2011

Coretan Pelajar Terakhir



bismillahirrahmanirrahim...
baru lepas baca iffah syuqaira punya blog, cerita kapal terbang walaupun ringkas tapi memberi makna yang mendalam sangat2 kat aku.time habis baca tu bnyk kali cakap dengan diri sendiri 'ha,betul la tu,betullll sesangat'..rasa mcam post tu betul2 utk aku(ye la kot)..rasa bermotivasi sangat lepas baca.

Time tu tiba-tiba terflashback balik 'saat-saat terindah' sebelum spm.

ingat lagi lepas trial spm, dengan result yang biasa2 saje tu tiba-tiba aku ditempatkan kat kelas ikram(kelas bdak2 pndai)...ada rakan sekelas cakap tahniah sbb dapat masuk kelas tu,waktu tu tak konfom lagi pindah2 kelas ni,baru ura-ura psl tu..ak pun takdelah ambil port sangat....

pastu esok tu cikgu asmah,cikgu matematik aku sebutkan 5 org dari kelas aku masuk kelas ikram..orang yang pertama disebut tu aku, kejap tu tengok balik kat
list nama ikut ranking. nama aku betul2 bawah sekali nombor 32....pelajar yang last sekali. bayangkanlah perasaan aku jadi orang terakhir dalam kelas pelajar pintar .memang rendah diri yang teramat sangat masa tuh.dalam hati da komplen2, asal la mesti sampai no.32, no.31 pun boleh jer....pastu mind aku dah siap set yang akulah pelajar yg paling lemah n serba tak tahu dalam kelas tuh...Allah sahaja yang tahu masa tuh...

2 bulan sebelum spm itu adalah tempoh yang sangat memeritkan!!mmg da tak sanggup jadi budak skolah utk setahun lgi.tak tahula nak cakap macam mana...trpksa brpisah dengan kawan2 yang dah 2 tahun bersama dalam keadaan spm yang akan menjelang tak lama lagi...sesuaikan dengan keadaan baru,cikgu baru yang berbeza cara pengajarannya...ya allah,Tuhan je tahu. kawan2 ok, tapi persepsi aku ni selalu menyangka yang aku dipinggirkan sebab tak pandai..tak sape yang perlukan....dah la aku ni jenis tak mudah rapat dengan orang, tegur gitu2 bolehla...aku masih bole ingat lagi beberapa peristiwa memalukan kat kelas tu..'beberapa' maksudnya lebih dari satu...

sejujurnya aku bukan tak suka kelas ikram,tapi aku memang mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri kat suatu tempat tu...kok iye pun,bagi la tempoh kan...

ingat lagi ngadu kat umi,hehe mcam budak2 kecik pun ade....
umi,syifa' malu sangattt pasal *******(adala satu peristiwa tu).rasa dah taknak dah pegi skolah...tak suka la hidup dalam keadaan macam ni...dah la baru lagi, bende tu jadi pulak kat syifa',org lain yg same baru masuk tak kena pun macam syifa'....

*Allah bagi ujian mengikut kemampuan hambaNya dan mengikut yang terbaik untuk hambaNya...Allah uji aku seorang mengenai peristiwa tu walhal ramai je rakan lain yg same2 bru masuk sebab Allah tahu aku mampu harunginya...dan itu yang terbaik buat aku...mesti ada hikmahnya....

pastu umi balas begini,
"sabarlah kakngah,dari darjah satu sekolah dekat 11 tahun kakngah boleh bersabar...takkan lah dua bulan lagi sekolah kakngah tak boleh bersabar..."

Alhamdulillah berkat sabar,
jalan menuntut ilmu itu sukar dan menduga kesabaran..
dan orang yang terakhir pun masih boleh berjaya kan...
Alhamdulillah!!

Aku petik kata-kata bakal engineer ni, (insyallah sbg motivasi utk diri sndiri)
cerita ni memberi satu pengajaran kepada aku, iaitu tak semestinya kalau kita berada di tempat yang terakhir, tak kira la dalam kelas ke, dalam batch ke, dalam apa sekalipun, kita tak berjaya. Tidak. Tidak sama sekali. Bahkan tak mustahil kalau kita lebih hebat dari mereka yang berada di depan-depan tu.
Akhir kata,ingatan untuk semua!dan diri ini juga.....















08 Januari 2011

:::CinTa BaRu:::



bismillahirrahmnirrahim...
alhamdulillah genap seminggu saya bekerja sebagai cikgu...
pengalaman sebagai seorang guru...
walaupun agak penat sikit bekerja dari 7.30 pagi hingga 5.00ptg tp saya puas...
puas dapat mendidik mereka dan berkongsi ilmu Allah ini...

betul kerja dengan anak2 kecil ni menceriakan kita...
memang tak banyak masalah...
saya tak harapkan anak2 murid saya yang lingkungan umurnya antara 4-6 tahun ni memanggil saya dengan gelaran 'cikgu syifa' dlm tempoh terdekat ni...
saya faham memang susah sikit nak sebut nama saya...
tapi alhamdulillah hari keempat tu ada seorang anak kecil yang bertuah ni panggil saya,
"cikgu syifah,cikgu syifah"
rasa nak menangis terharu + gembira....

seminggu sblum bekerja lagi,saya hafal bnyak lagu2 tadika...
lagu gajah...lagu riadhah,lagu bas,lagu tanya sama pokok....macam2 lagi...
berbaloi juga kursus lima hari....

hari pertama
suasana yang biasa berlaku pada hari pertama,tapi pengalamn baru buat saya...
ada yang menangis,merajukla...macam2....
ada yang paling kecik umur 3 tahun lebih mmg comel sgt...
hari pertama dia mmg tak bersuara langsung dan tak faham arahan kita...
alhamdulillah hari ketiga tu dah boleh tadah tangan,beratur, angkat satu jari ketika kalimah syahadah ....

hari-hari berikutnya...
ada satu peristiwa tu,ya Allah..saya mmg tak tahan sgt2 nak gelak...
cepat2 lari kat dapur...aduhai comelnya budak2 kecil ni..
ketika tu semua pelajar ikut cikgu wati(rakan sekerja saya) baca doa naik kenderaan sebelum balik...
cikgu wati : subhanallazi
murid2 kecil : subhanallazi
cikgu wati : sahharalana
murid2 kecil : sahharalana
khatijah!!!!
murid2 kecil : khatijah!
(kbetulan ada seorang murid kecil 6 tahun ni main2 kat blkg waktu doa namenya khatijah)
moral nye...budak kecil memang ikut je apa2 yg kita buat...


ada sekali tu,saya duduk atas lantai ambil tangan saya topangkan ke lantai...
lalulah seorang anak kecil baru4 tahun tapi semangat sikit badannya...
terpijak jari saya...
"aduh sakitnya jari cikgu, fadzlina pijak", saje je nak tengok dia supaya minta maaf bila buat salah kat org...
dia pun tiba2 kata " sakit kaki kak teh(gelaran dia di rumah)"smbil megosok tapak kakinya
heheh..padahal kaki dia yang pijak jari saya...aduhai klakar sungguh....
pastu siap pesan kat saya,"nape cikgu letak kaki kat situ, tu lah kena pijak,sakit kaki kak teh"
terbalik pulak die....

sekadar perkongsian...
insyallah kalau ada kelapangn saya bercerita lagi...
assalamualaikum...


06 Mei 2010

Exam = Tahu + Mahu + Mampu

Exam bukanlah hanya untuk menguji apa yang kita TAHU...tetapi apa yang lebih penting ia mencetus MAHU ...dalam menuju kearah MAMPU mendekatkan diri kepada-Nya dengan apa yang kita TAHU.

14 Mac 2010

Takut riak,lebih baik buat atau tak??

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah internet sihat juga akhirnya...


Berkenaan tajuk di atas....
Hmm,katakanlah kita berada dalam situasi ni,

"kita nak sedekah duit kat masjid...tapi waktu tu masih ramai orang lagi dalam masjid. nanti kalau aku sedekah mesti terdetik di hati perasaan riak..kalau macam tu kiranya aku tak ikhlas la nak bersedekah...sedekah aku pun sia-sia je....lebih baik tak payah...lain kali je la aku sedekah...time org tak ramai dalam masjid..."

ok, kita sedekah sekarang kerana ALLAH ataupun kerana MANUSIA?
kalau kita sedekah kerana manusia, kerana takut dilihat manusia....itu dikira syirik kecil...
Kalau dalam situasi begini, teruskan saja dengan niat kita....

Oh ye,berkata mengenai NIAT...

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman, 'Jika hamba-Ku berniat melakukan keburukan, jangan kalian(para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya. Jika ia telah melakukannya, tulislah dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya kerana-Ku,tulislah untuknya satu kebaikan. Jika ia berniat melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan. Jika telah melakukannya, tulislah untuknya(ganjaran) sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda"

(riwayat al-Bukhai no.6126 dan Muslim no.131)

Sekalipun ternampak 'kotak derma' ,berniat nak derma tapi tak derma lagi pun dapat pahala...

Insyallah,apa yang kita perlu lakukan baca "A'uzubillahiminassyaitonirrajim" sebelum atau ketika bersedekah (ataupun apa sahaja ibadah) supaya syaitan tu tak sempat nak bisikkan mantera ajaib dia...

Akhir kalam...
peringatan buat diri dan semua,
SELAMAT BERAMAL....




07 Mac 2010

L.E.B.A.H



Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,setelah berfikir berhari-harian akhirnya saya diberi kekuatan untuk meluahkan sesuatu pada seseorang.(belum lagi...insyallah)

Teringat kata Imam Al-Ghazali:-(lebih kurang begini maksudnya)

Sekiranya kita terlihat ada lebah hinggap pada tubuh sahabat kita. Adakah patut kita biarkan sahaja?atau kita menegurnya. Kalau kita tidak tegur,barangkali lebah itu memberi mudarat kepada sahabat kita.

Maksudnya di sini:
Katakanlah sahabat kita ada melukakan hati kita(mungkin dia tak sedar). Adakah patut kita mendiamkan diri demi menjaga hatinya?ataupun kita bersemuka dengannya dan cerita apa yang kita tak puas hati dengannya. Kalau kita tak tegur, siapa tahu pada masa akan datang dia akan mengulangi perkara yang sama pada orang lain. Kalau macam tu, kita telah mendedahkan dia kepada kemudharatan yang lebih besar. Tergamakkah kita buat sahabat kita begitu?

Kalau kita menegur, janganlah over ibarat memulangkan paku buah keras padanya. Kita menegur demi kebaikan dia.

Duhai sahabat,
ukhwah yang terbina kerana Allah,
takkan mudah goyah disebabkan dugaan kehidupan,
Insyallah segalanya pasti ada penyelesaian,
Cukuplah Allah segalanya buatku...
Uhibbukilallah....

*jadilah ibarat pohon. Sekalipun dibaling dengan batu tetapi tetap menghasilkan buah.

kemenangan setelah kegagalan


Bismillahirrahmanirrahim....
First of all,setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah,Al-Khalik yang memberi kita nikmat kemenangan setelah bertahun-tahun kegagalan. Bersyukur juga kerana sempat merasai nikmat hari sukan yang paling best kat sekolah shams. Tak pernah merasai kegembiraan seperti ini. Kasihan Along komplen sebab waktu dia dahulu tak semeriah ni. Sedikit sebanyak suasana hari sukan di shams hari ni dapat menyaingi suasana hari sukan kat sekolah SRI dulu. Rindunya....

Kemenangan yang tak disangka-sangka apabila rumah biru muslimin mendapat markah tertinggi. Pada mulanya agak kecewa dan patah hati untuk letak harapan yang terlalu tinggi untuk rumah biru. Perbarisan tak menang. Hias khemah pun tak menang. Padahal usaha-usaha yang semua ahli rumah biru terutamanya batch form5
(Abidah,Aiman,Saddiq,Mahadi,Intan,Hazirah,Sakinah,Hasyimah, kak mun dan ramai lagi...)
rasa macam tak patut di balas dengan kekalahan. Tahniah buat semua.

Oh ye,orang kata maskot Doraemon tu bawa tuah. Sejauh mana kebenarannya tak tahulah.
*tiba-tiba teringat kata-kata si pemakai maskot Doraemon tu selepas kemenangan,"kak..kitorang bakar je doraemon ni.."Aisy,dia tak tahu betapa susahnya buat bende tuh..(walaupun saya tolong cket2 je...)

tadaa...inilah hasilnya......


atlet rumah biru tak ramai.kesian, orang yg sama je lari.


**sedihnya tak dapat pergi Muslimah Stage.Sudahla ini tahun terakhir saya kat sini.huhu..

PENANTIAN RUMAH BIRU BERAKHIR JUGA. KAMI MENANG BERGAYA. SYABAS SEMUA.
ahli rumah biru sila comment^_^


Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...