Nasyid Instrumental

11 Jun 2012

Lughah

Bismillahirrahmanirahim

Sem 2. One word.
Alhamdulillah.



Teringat ketika Semester 1 dulu, esok paper Arab.
Malam tu aku menangis menatap buku Bahasa Arab.
Bermonolog dengan buku,
" Ya Allah! Apa yg saya dah lakukan pada kamu. Saya cinta kamu tapi saya terlupa nak dalami kamu sepenuh hati. Kamu, maafkan saya".

Janji saya pada diri, walaupun aku tak terima tawaran belajar Bahasa Arab di timur tengah tapi tak bermakna aku tak bersungguh belajar bahasa Arab di sini.

Namun, ianya tak mudah. Aku diduga ketika Semester 1. Seorang ustaz yang sepatutnya mengajar kami b.arab tapi serupa tidak mengajar kami bahasa Arab. Subjek Feqah barangkali. Bukan aku tak suka belajar feqah (boleh jika diselitkan), tapi aku dambakan ilmu bahasa Arab. Pada pendapatku, ustaz lebih gemarkan membincangkan hukum-hukum ketika beribadah yang melibatkan perkara-perkara cabang. Sehinggakan  dilabel bid'ah sekiranya mengamalkan bacaan yaasin pada khamis malam jumaat kerana bukan amalan Rasulullah. Kadangkala 2 jam kelas tutorial tidak sentuh langsung silibus bahasa Arab. Diringkaskan cerita. Aku bertanya pendapat ustaz mengenai USRAH selepas tamat kelas, sejujurnya aku cuma menguji fahaman ustaz kerana aku mendengar desas desus fahaman yang dibawa ustaz agak berlainan. Desas desus tu bukan aku seorang je tahu, malah ramai juga yang tahu. Tapi tak sangka ustaz telah melabel aku sebagai pengikut jemaah.

Dan pada kuiz akhir, aku hampir tak dapat lupakan sampai sekarang. Setiap orang ditanya soalan yang berlainan, diskriminasi yang aku tak dapat terima. Kawan aku ada yang ditanya mengenai diri, ahli keluarga dan pekerjaan sahaja. Tak ulangkaji pun dapat jawab. Sedangkan aku dan bebarapa orang pelajar ditanya mengenai soalan yang serius aku tak faham langsung. Satu kelas juga tak faham. Dan aku satu-satunya pelajar yang ditanya berkenaan nahu. Alhamdulillah aku dapat jawab walaupun tak berapa sempurna.

Dan result akhir semester 1 untuk subjek bahasa Arab, hmm, aku tak nak komen.
Mungkin ada hikmahnya. Cuma yang pasti result pun automatik akan jadi diskriminasi.
Pelajar yang disukai, boleh jadi A dalam tangan.

Walaupun aku usaha yg terbaik, tapi Allah kata bukan rezeki aku. Maka itu bukan rezeki aku. Manusia cuma pengantara.

Dan again Alhamdulillah, Allah dah tunjukkan kebenarannya pada Sem 2. Terlalu jauh bezanya. 

Bak kata pepatah Arab, ‘Kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil dapat dicapai.
’Lumrah manusia berbeza pendapat. Ada yang beradab dan ada yang kurang beradab dalam menghadapi perbezaan pendapat. Tidak kurang ada yang bersikap ilmiah dan ada pula yang senang menyerang dengan bahasa menghukum, emosi dan logik.



Kerana itu SAW bersabda : “Barang siapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya, maka Allah akan fahamkan dia dengan agamanya.” 
(Hadis riwayat Ahmad).

Wallahua'lam.

08 Mei 2012

Pesanan Buat Yang Masih Menanti

Bismillahirrahmanirrahim...

Kenapa dengan tajuk post kali ini?
Siapa yang dimaksudkan dengan 'Yang Masih Menanti'?
(okay, nanti bakal dijelaskan kemudian )

p/s -post takde kaitan dengan future zauj n sbgnya.

Post kali ini dedikasikan khas buat adik-adik lepasan SPM yang dikasihi.

#nak bahasakan diri - saya atau aku atau akak?


Bagi adik-adik yang dapat offer uni atau kos yang diimpikan.Tahniah diucapkan. Itu baru permulaan. (permulaan yang baik, insyallah)

Manakala bagi adik-adik yang tak dapat offer uni atau kos yang diimpikan,
jangan berdukacita berdukalara, bukalah minda masing-masing. Jangan terus patah semangat, buatlah rayuan dan anggaplah kita dalam golongan yang masih menanti.Ya, menanti sebuah keajaiban dari-Nya. Siapa tahu kan? Nak dengar cerita...

>>Aku ada seorang kawan tu, SPM 3A dapat 2 offer universiti untuk second intake. Plus, one of the universiti tu UM (best uni kat m'sia). Ada lagi, adala kawan aku result SPM 5A(kalau tak silap) dan tak dapat matrik atau UPU lagi kasihan, kemudian dapat offer second intake UIA + kos yang dia nak .  Nak dengar lagi?

Tak payah la. Just be positive!


Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita nak UM, tapi Allah letakkan kita kat uni lain. UM universiti terbaik tapi yang terbaik untuk kita adalah uni yang kita dapat tu, macam aku USIM. Even kalau kita dapat 8 A @ 9 A @ 10 A @ 11 A ke, percayalah Allah dah tetapkan yang terbaik buat hamba-hambaNya. And I trust Allah, USIM must be the best for me.



Let say kalau Form 6 atau diploma. Aku eksyelli lagi prefer buat Form 6 atau diploma. Bukan nak sedapkan hati korang. Tapi hakikatnya pembelajaran Form 6 / diploma lebih fun walaupun tempoh study agak panjang. Fun pada aku bukanlah sekadar nak menghabiskan silibus semata-mata. Macam pra-U /asasi / matrikulasi sebabnya kat asasi satu sem(6 bulan) setiap subjek ada plus minus 12 chapter untuk dihadam. 12 chapter tu biasanya kat zaman sekolah ambil masa 2 tahun untuk dihabiskan. Jadual student asasi pun sangatlah hectic. Korang bakal disibukkan oleh tutorial, note kuliah, assignment, lab report n so on. Jangan beranganlah nak online seminggu sekali. Berangan pun takde masa tau .Tapi jangan risau, lambat laun insyallah korang akan kenal satu fasa yang dipanggil 'adaptation phase'. Relaks la sikit.

Next, mana-mana sahaja uni / tempat sambung belajar yang korang dapat ada pro n kons nya.

Terimalah seadanya dan bersyukur.

" Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepada-Mu"
(Ibrahim : 7 )

Biarkan persepsi dan mentaliti orang lain berkata-kata. (uni ni tak bagus la, sosial la etc). Tak selamanya korang boleh hidup dengan persepsi orang, silap-silap ditenggelamkan. Serius, aku dah ada pengalaman pasal ini. Persepsi orang pernah merubah keputusan aku. Bukan menuduh, tapi terpengaruh. Mungkin.Dan jangan biarkan persepsi membunuh rasa syukur kita . Alhamdulillah ada tempat nak sambung belajar kan?

Biarlah mereka, takyah dok ambil peduli sangat. Yang penting apa yang korang bakal lalui.


Yang paling utama. DOA.
Buat 'Yang Masih Menanti', menantilah dengan penuh sabar.
Kalau bukan untuk intake kedua, mungkin untuk degree.
Yakinlah. Perancangan Allah itu yang terbaik.=)


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah kamu kepada Alla s.w.t dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.”
(Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Alban)


Bilakah doa kita akan dimakbulkan?
Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu…
Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, Dia ingin mengujimu.
Apabila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu…..


03 Mei 2012

Hati Yang Tak Mampu Menangis

Bismillahirrahmanirrahim..

Khairussyifa',
Muhasabah. Muhasabah. Muhasabah,

Sedu sedan mereka,
Tangisan mereka,
Nasihat tulus mereka,
Telinga ini sekadar mendengar sifar rasa,

Ya Allah, keras sungguh hati ini,


Sedangkan titisan jernih itu bakal menjadi SAKSI di akhirat nanti,
Bahawa aku dahulu pernah menyesal,
Menangisi dosa-dosa yang pernah aku lakukan,
Mata - adakah engkau mengiyakan kekotoran hatiku.
Ya Rabbana....

Jangan biarkan hati ini redha..
Redha dengan maksiat, redha dengan dosa-dosa aku...

Sabbit Qalbi 'ala dinik....
Ya Allah campakkan semula dalam hatiku RASA TAKUT untuk melakukan dosa....



27 April 2012

Mimpi Yang Sempurna

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.
Baru sahaja meninggalkan satu fasa zaman muda yang begitu indah~Mudah-mudahan^_^

Dengan buku , sahabat tamhidi yang baik belaka dan universiti yang aku masih dalam usaha untuk mencintainya. `CINTA`-kill word (yang begitu indah struktur katanya). Aku percaya -The hardest part is always at the beginning. Alhamdulillah fasa permulaan tu dah selamat ditempuh...succesfully? Insyallah, Allah bersama sangkaan baik hamba-Nya. Kemungkinan degree lebih mudah.

Walaupun pada mulanya aku agak bimbang dengan kertas kimia dan math yang entah apa-apa aku jawab. But still I'm able to smile for the whole day.  Hebatkan TST04, bisa menukarkan sebuah kedukaan kepada kegembiraan, ibarat mimpi yang begitu sempurna.

Biarlah gambar yang menceritakan segalanya~

Perjalanan kami bermula pada pukul 2.30 petang, right after the chemistry paper.*after lunch + solat

Menantikan limo untuk ke ktm Nilai =p
Transport pertama kami : limo kami @ VAN sekolah
Macam biasa~bergambar lagi

Transport ke-2 kami : KTM
Laila, I'll definitely miss ur smile..^_<  *org yg paling berjasa*
housemate couple ^_^
Ahha.. joyah n datin =p

 Transport ke-3 : kaki kurniaan Ilahi

Akhirnya tibalah kami ke destinasi -The Mines pada jam 4.00ptg

Lawak tengok gambar ni..da mcm budak skolah je. dederet semua~
Our main event : BOWLING!!!!!!!!

Kaki Novel kita- Ipi n Atin yg comey=)
Nadiah dengan gaya balingan tersendiri^_^
Window shopping la kannnn..*nak tercabut kaki berjalan*

Makan malam bersama....*my fevret pic*
*bak kata laila, "mlm ni mesti sume pakat sakit perot, buang buang"
Syifa' n syafiqah : " asal lak?"
Laila : "abis semua mknn kita rasa,pelik2 lak tu"

hehe,kalau tak makan pelik pun buang-buang jugakk la lailaaa....

Malam terindah bersama~
 kekenyangan~
Akhirmya transport kami yg terakhir.....B.O.A.T
Ahha, Huda asal boleh nak suruh driver tu penuhkan boat biar muat kami satu kelas.
Then, pakcik tu reply, "tak boleh!limit 13 org je untuk keselamatan"
Hehe. Ingat mcm bas nilam pulakk.asal boleh mcm tin sardin...


 


K.A.M.I - TST04 







“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

Uhibbukum fillah
Mohon maaf atas segalanya
Dari aku, manusia kerdil yang tak punya apa-apa
Selalu saja buat silap
Terima kasih atas persahabatan kalian
Ya Allah, cintailah mereka. Kerana sesungguhnya aku mencintainya kerana-Mu .
 
#Oh ye..Special thanks kepada pemberi buku Cinta Tiga Rasa karya Noraslina Jusin kerana susah-susah mencari.Memang betul pun itu buku yg saya nak, tp serius saya tak sempat pun nak selak buku tu waktu sekilas tengok. Saya cuma suka karya penulis tu dlm majalah solusi n alhmdulillah dah dicombine kan dlm sebuah buku yang begitu bermakna... 
*saya baru selak time dpt buku tu n baru tahu apa yg diertikan sbg tiga rasa - sbg ISTERI kepada seorang suami, anak yang taat n teman sejati....Ya Allah,malunya....(mesti dia ingat da miang sgt nak kawen)

***************
# Mungkin ini ucapan terakhir - voice out dari insan lain yang aku cuba letakkan diri aku ke posisi dia.
Please, never underestimate people!
Cuma kerana dia pendiam,
Cuma kerana dia rendah,
Cuma kerana CGPAnya kurang baik,
Cuma kerana dia agak skema,
Cuma kerana dia macam tak berperasaan,
Cuma kerana dia hanyalah biasa-biasa saja...
Dia juga ada kelebihan diri + ada perasaan yang perlu dijaga. Hargai orang lain. Dunia ini sfera, berputar dan kemudian akan bertemu semula pada satu titik yang sama. Begitu juga kamu. Boleh jadi hari ini kamu buli dia, esok siapa tahu hari kamu.(nasihat buat diri juga)


27 Mac 2012

Bidadari Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.

Hmm, seperti dijanjikan. Kali ni post pasal Konvensyen Bidadari Dunia yang berlangsung pada 24 & 25 Mac di PICC, Putrajaya. Tetapi sebelum tu, rajin-rajinkan dulu layan video ni ye....



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  
“Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu,
 puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, 
maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.”
 
Alhamdulillah, aku berpuas hati sangat dengan konvensyen ni walaupun bayaran yang dikenakan agak mahal. Berbaloi-baloi.hehe.  Dan sepanjang program ni serius memang tak rasa ngantuk pun, muhadharahnya pun hebat-hebat. Ustazah Fatimah Syarhah, Ustzh Siti Nur Bahyah, Umie Rose, Dr. Muhaya, Catriona Ross, Wardina and ramai lagi.

 Fokusnya bidadari dunia ni...

Kami juga diberikan button badge setiap seorang sebagai pas masuk. Yang bestnya semua perempuan except la encik-encik cameraman dan Imran Koyube (pengarah Iluvislam). Banyak sangat pengalaman dan ilmu tentang kehidupan yang aku belajar. Antaranya...

1- Jadikan Allah yang utama.

2 -Be positive. "Bagaimana kamu melayan dunia, begitulah dunia akan melayan kamu"

3-Yakin bahawa diri anda cantik dan indah. Bukan perasan cantik. What's the difference?Ahha,good question. Cik Syafiqah dan Cik Azila kata,

Yakin cantik ni maknanya kita bersyukur atas nikmat rupa yang Allah bagi. Perasan cantik ni pulak berangan yang orang always pandang kat dia. Lebih kurang begitulah.

4-Ciri wanita solehah adalah bersifat keibuan. Bak kata Ustazah Rubiah Hamzah, berciri keibuan tu bukan bermakna menyusukan anak je, tapi lebih daripada itu. Contohnya, memahami, penyayang dll.

5- Jangan terikut-ikut dengan aliran fesyen. Hakikatnya fesyen yang mana popular ditentukan oleh golongan kapitalis, dan yang kasihannya wanita seringkali menjadi "fashion victim" atau mangsa fesyen. Berfesyen tak salah, asal tak berkiblatkan barat dan menjafa syariat.

6- Redha Allah bersama dengan redha ibu bapa. Part ni sungguh mencurah-curah air mata. Ini dunia je kan, apalah salahnya kalau kita kabulkan cita-cita mak ayah kita. <<<----ini nasihat utk diri sendiri

7- Moga-moga amalan baik bidadari dunia ini dapat melayakkan dia menjadi bidadari syurga abadi. Aamin.



Kepada Cik Bidadari-bidadari dunia..insyallah.Syurga juga!
*sory, I have to kept our pic asrar*
asrar = rahsia
At the beginning, I thought that it is fine to put my friends' pic in this blog, 
but considering myself pun tak sanggup nak paparkan wajah sendiri kat blog,
so,takkan nak buat kat org kan?
Lagipun, tak minta permission lagi dari diorang.

Wasalam.


25 Mac 2012

The Road Not Taken

Bismillahirrahmanirrahim


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Robert Frost

Itulah yang aku rasa. Mungkin boleh jadi sama dengan yang Robert Frost rasakan ketika dia menulis poem ni.

Dulu.
Waktu lepas SPM, perkara yang sama juga menghantui diri aku.
Antara ya atau tidak.
Kalau keputusan tanpa kesan pada masa akan datang,
Sesiapa pun berani buat keputusan,
The fact is, keputusan sekarang determine siapa kita di masa akan datang.

Sekarang.
Situasi ini sekali lagi menyeret aku untuk membuat keputusan
Keputusan terbesar dalam hidup selama19 tahun di muka bumi.
Psikologist kata pokok pangkal IKUT HATI kita,
Tapi macam mana dengan frasa ikut hati MATI?

Ya Allah,
Aku buntu dengan satu persatu yang hadir,
Mereka senang pilih keputusan untuk aku,
Boleh jadi bukan mereka yang bakal menghadapi kehidupan setelah membuat keputusan.
Tapi aku.

Kini,
aku kembali lagi memikirkan dan menimbang semula keputusan dulu,
Boleh jadi keputusan dulu belum difikirkan semasak habis.
Mereka lebih nampak kekuatanku berbanding aku sendiri.

Pada-Nya,
Aku berserah,
Andai ini terbaik,aku redha.
Andai itu pula yang terbaik,aku juga redha.
Kerana Dia Maha Tahu.

People kept telling me,

Don't tell Allah how big your problem are,
Tell your problems how big Allah is.

Masalah pun makhluk Allah juga. Keputusan pun makhluk Allah juga.

YA ALLAH,
Bantulah aku membuat keputusan yang terbaik...
buat diriku sekarang dan masa akan datang,
buat keluarga dan yang utama untuk Agama...

*Kalau kamu memang mengikuti perkembangan hidup saya, kamu pasti tahu. Mungkin tawaran yang pernah saya lepaskan.
*Seronok dapat menghadiri Konvensyen Bidadari Bumi, x lama lagi, kalau ada kelapangan saya share.
*Syifa', just because sth isn't happening for you right now,doesn't mean that it will never happen.

Wassalam.





08 Mac 2012

Cerpen

Bismillahirrahmanirrahim..

Insyallah, sekarang aku sedang bertungkus-lumus (rasanye) menyiapkan sebuah cerpen. Tajuknya? Hmm, Kopiah Putih. Kali pertama rakan aku dengar, dia ingatkan Kopi dan Teh.Hehe.

Nak tahu Kopiah Putih ini cerita mengenai apa?

Ini berdasarkan rasa aku sendiri, diolah menjadi sebuah jalan cerita . Sebuah rasa dimana seorang gadis yang begitu terjaga peribadi dan akhlaknya mempunyai satu perasaan yang tidak dapat dihuraikan dengan perkataan.  Mungkin aku tidaklah sebaik gadis dalam cerita itu, tetapi insyallah berusaha ke arahnya. Rasa itu adalah sebuah kedamaian dan ketenangan apabila memandang sebuah figura. Itulah figura berkopiah putih.

Nak tahu?

Ok, nantikan my first cerpen. Biiznillah. Aamin.

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...