Nasyid Instrumental

30 Disember 2012

Solusi

Bismillahirahmanirrahim,

Sekadar mencuri sedikit masa untuk menulis.
Bukan tiada perkara yang mahu ana coretkan, malah terlalu banyak.
Cuma masa membatasi ana, study week lah namanya. Kata hati, haruslah study.


Atas ujian ana bersyukur. Kadangkala apabila seminggu ana langsung tak diuji, ana ternanti-nanti dari Nya.
Satu ujian berlalu, ana menangis, berdoa, berhubung dengan manusia, bersabar dan berdoa (menangis kembali padaNya).
Kemudian Allah kurniakan solusi dalam keadaan yang tak pernah terjangka.

Alhamdulillah selesai.
Ana diuji dengan masalah kewangan, ana sebolehnya tak mahu memberatkan fikiran umi ayah, lebih-lebih lagi awal tahun. Sibuk dengan urusan adik-adik nak masuk sekolah. Sementara menunggu proses pinjaman yayasan Negeri Sembian lagi sebulan, tiba-tiba ana diberitahu umi duit bantuan kewangan ana telah diluluskan setelah hampir 6 bulan. Tidaklah banyak, tapi menyamai dengan nilai yang ana perlukan. Sejujurnya ana dah tak berharap langsung dan terfikir lagi mengenainya. Alhamdulillah~

**

Ana fikir perkara ini sudah selesai, ana rasa ini ada hubungkaitnya dengan 'breakdown communication'. Pada ana, ana tidak melihat perkara ini suatu masalah, cumanya ana rasa perkara ini harus disampaikan pada dia.

Ana cuba meletakkan diri ana ke posisi dia. Andai ana berada di tempatnya. Ana butuh teguran,sekiranya itu yang membuatkan ana menjadi insan yang lebih baik. Sedikit pun tak terlintas di fikiran ana untuk menjatuhkan dia,astaghfirullahal'azim. Dia ada potensi menjadi seorang pemimpin yang baik, andai kata ana tidak menegur kesilapannya sekarang, bukankah ana telah meletakkan dia pada kemudharatan yang lebih besar dikemudian hari?

Teringat kata seorang sahabat,
"Syifa', orang lelaki ni memang tak mudah terima teguran. Mereka ini 'ego'."

Ana lupa pada sifat mereka yang satu tu. Setelah hampir sebulan, ana hairan, dia masih lagi menagih penjelasan dari ana. Membuatkan ana bermuhasabah berulangkali, benarkah tindakan ana sebenarnya?
Refresh niat sendiri menegur dia.

Pertanyaan begitu, begini adakalanya membuatkan ana sedikit rimas.
Soalnya, "Kenapa ana?"

Sejujurnya, setiap mesej yang ana taip, setiap mesej yang ana terima dari dia, ana bermesyuarah dahulu dengan sahabat. Bimbang dipandu emosi dan tidak rasional.

"Kalau Syafiqah berada di tempat kita, adakah Syafiqah akan buat perkara yang sama?"
"Maksud Syifa'?"
"Menyampaikan teguran tu"
"Tentulah. Syifa', teguran yang baik itu sebenarnya datang dari Allah. Syifa' cuma perantara sahaja."

Ana cuba memohon pandangan roomate, pelajar Fiqh Fatwa.
"Kak, kalau akak ada masalah dengan manusia. Apa akak buat?"
"Awak check balik hubungan dengan Allah", aku berasa sedikit tertampar dengan pernyataannya. Mataku menagih penjelasan darinya.
"Pada akak, kita takkan ada masalah hubungan dengan manusia kalau hubungan kita dengan Allah baik"

Ana terdiam.
Katanya lagi, "Syifa', awak doa kat Allah supaya Allah lembutkan hati dia"

Lembutkan hatinya untuk terima teguran, ana tak pernah pohon itu dari Dia. Mungkin itu faktornya. Yang memegang hati manusia bukan ana, tapi Allah.


Kepadamu yang sedang gundah,
jangan kau ucap "Ya ALLAH. Deritaku begitu besar."
Tapi ucapkanlah "Wahai derita, bersamaku ada ALLAH yang Maha Besar.
-Ustazah Halimah Alydrus-

15 Disember 2012

Jika Kau Mencari....

Bismillahirrahmanirrahim.

"Jika kau mencari DAMAI di sanubari, Insya-Allah pasti kau akan ketemu (dengannya)"



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhygNu7Va3jrNKhz55YVO3eQLquPbCAwC4Oe7RExAtRDoDTJw3bt5OI1LrX4aWKF4aJXbcjXViiYGL6ZiydaGjCHmluunpjxBKS2agahslN0aD1FduDgo-ck54PQf2TPiUFDGt4-YW5a_Rk/s1600/tumblr_lo8cw7yXSh1qduhb4o1_500.jpg

Renungan: 

Tidak ada seorang pun yang mendekatkan dirinya kepada Allah, 
kecuali Allah akan mendekatkan diriNya juga kepadanya.

Siapakah yang mengetuk Pintu Allah, kemudian Allah menolaknya?
Siapakah yang meminta kepada Allah, kemudian Allah tidak memberinya?
Siapakah yang meminta petunjuk kepada Allah, kemudian Allah tidak memberi petunjukNya?
Tidak lain dia adalah orang yang berpaling dari ajaran Allah.

Seorang pemuda bertanya apakah yang menyebabkan dia tidak mendapat petunjuk?

Jawabnya:
"Engkaulah yang telah mengabaikan penyebab datangnya hidayah. Kalau sekiranya engkau menginginkan hidayah tentulah engkau gemar mencari sebab2nya seperti :

-Menjaga solat 5 waktu.
-Mendatangi majlis2 ilmu.
-Begaul dengan orang-orang yang baik dan soleh.
-Mendengar ceramah dan kuliah agama.
-Membaca buku berkaitan agama.
-Sentiasa berazam melakukan kebaikan.
-Sentiasa berazam menjauhi maksiat.
-Sentiasa berdoa memohon hidayah tanpa jemu.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berjihad (mencari keredhaan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan
kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." [al-Ankabut :69]

Wallahua'lam.

p/s - aku tiba-tiba macam jadi 'semacam' je dengan program2 yang melibatkan hati dan perasaan ni - "Mencari Siapakah Pemilik Tulang Rusukku", "Mengenali Personaliti Bakal Pasangan", "Menanti Bakal Imamku" sekian sekian. Entahla, lebih berminat kepada pengisian yang berobjektif melahirkan mahasiswa yang lebih matang(bukan cuma dari segi perasaannya semata). 

Tapi mungkin juga program ini cara terbaik untuk tarik crowd ke majlis ilmu. So apa kata survey?^_^

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...