my follower

Nasyid Instrumental

25 Disember 2011

Kita Tak Kuat Sendirian


Bismillahirrahmanirrahim,
Kadangkala kita tak kuat sendirian.
Kita perlukan teman ye tak?usrah tu pun teman jugak tahu?
Teman yang buat kita renung-renung kembali matlamat hidup kita di dunia.
Yakin ke kalau dengan kawan-kawan sekarang kita boleh berbicara mengenai Islam?
Kalau ye alhamdulillah. Kalau tak macam mana??





Nota Kaki :
Ada kawan-kawan saya cerita yang diorang ni selalu dapat mesej daripada senior ajak masuk usrah dalam kampus. Mereka kata waktu tamhidi ni sibuk. Mereka penat la. Tutorial la. Assisgnment lagi. Tapi saya lihat kadang-kadang mereka habiskan  2 jam untuk menonton video korea. Tak nampak macam sibuk pun. Biasala tuh. Kalau majlis agama terasa macam panjang sesangat masa berlalu. Tapi kalau menonton video, sedar-sedar dah pukul 2 pagi. Semua orang sibuk jugak? Tapi sibuk untuk apa? Untuk islam or ......?

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik."

Wallahua'lam.


22 Disember 2011

Ya Allah, Ajarkan aku Erti Kesabaran

Bismillahirrahmanirrahim,

Astaghfirullahal'azim . Astaghfirullahal'azim. Astaghfirullahal'azim.

Semoga perasaan marah + bengang + sakit hati ini segera reda.

Tiada sekecil-kecil perkara yang berlaku tanpa pengetahuan Dia. Allah memang dah izinkan perasaan ini hadir dalam diri ini satu jam yang lalu! Semoga menjadi kifarah kepada dosa-dosa saya.

Mungkin tadi saya marah sebab kene tolak waktu naik bas tadi.
Mungkin tadi saya bengang sebab jari saya luka kat pintu bas.
Mungkin tadi saya sakit hati sangat dengan pengurusan bas USIM.

tapi

Saya tak tahu, mungkin ada orang yang lebih bengang daripada saya.
Ya, benar. Saya tak tahu.

Mereka yang lebih satu jam menunggu. Mesti lagi bengang daripada saya.
Pelajar Muslimin yang hanya mampu melihat dari jauh,  mereka lagi layak berasa marah.
Tentulah, asyik-asyik golongan kami yang penuh di pintu bas terlebih dahulu.

Ya Allah, Semoga aku terus bersabar.

Lafaz di bibir mudah 'SABAR'. Yang menanggungnya jauh lebih perit.
Sahabat-sahabat TAMHIDI juga. Mereka jauh lebih sabar daripada saya. Terasa kerdil diri ini dibandingkan dengan mereka.

Kata seorang ulama' (maaf tak ingat siapa),

'bersyukur itu kadangkala lebih tinggi maqamnya daripada sabar'

Alangkah indahnya kalau diri ini mampu bersyukur di saat-saat diuji sebegini. Insyallah. Bersyukur. Alhamdulillah masuk universiti.

Teringat firman Allah,
Insyakartum laazidannakum
"Kalau kamu bersyukur, aku akan tambah"


Ya Allah, ku mohon ajarkan aku erti kesabaran atas perisriwa berlaku hari ini. Kemudian, ku mohon agar aku terdidik menjadi hamba-Mu yang bersyukur. Aaamin.



17 Disember 2011

Aku

Bismillahirrahmanirrahim.


Aku
Sibuk memerhati orang itu berubah,
Kemudian orang ini pula berubah,

Aku tak setuju dengan perubahan mereka.

Sedangkan aku?
Aku sendiri berubah tanpa aku sedari,
Perasaan malu yang seakan diambil ringan,
Berbicara dengan mereka tanpa keperluan,
Add mereka sesuka hati,
Bukannya penting sangat pun,
Dan mulut yg kadangkala ramah tak tentu pasal,
Suara yang kadangkala kurang bersederhana,

Kenapa aku ni?
Konflik dalaman apakah yang sedang aku hadapi?
Adakah aku hilang dalam pencarian identiti?

Tapi semua itu semacam di luar dugaan aku,
Aku tak nak semua tu berlaku,
Tapi perkara tu terus berlaku,
Dan kemungkinan berlaku lagi.



Khairussyifa' 1:55 pm 


***rasa macam nak kembali ke zaman sekolah.

16 Disember 2011

Suatu Ketika...







Bismillahirrahmanirrahim,

Suatu ketika...
(ceh, sila sambung ayat ini....)

#p/s - post ni panjangg skit. tak nak baca pun takpe.


Perarakan Maulidurrasul

Sebenarnya tetiba teringatkan seorang anak murid saya kat Pasti Al-Haazim dulu.Teringatkan dia tatkala saya rasa macam susah sangat nak hadam sesuatu ilmu. Perlu ke saya sebut nama dia? Tak kot. Nanti susah pulak bila suatu hari nanti saya terjumpa dia balik.

Suatu ketika, saya ingat saya pernah ajar diorang ni Iqra'. Saya guna 'Siti' jelah ye. Time tu rasanya dia baru 6 tahun. Saya ajar dia Iqra' Buku 2, just continue yang cikgu sebelum ni ajar dia tahun lepas. But then, I realise dia tak dapat kenal satu huruf pun. Alif, Ba , Ta pun dia tak dapat bezakan. Saya bukan nak burukkan dia, but saya cuba nak menyelami kesusahan dia nak pick up satu ilmu tu. Saya ada buat comparison ngan rakan-rakan sebaya dia. Rakan-rakan lain tu dah sampai Iqra' 4 begitulah.

Pastu saya buat keputusan turunkan Iqra'1 balik. Sebab apa guna dia naik Iqra' 2 dalam keadaan dia tak kenal satu huruf pun. Oh, boleh jadi dia cuti sekolah lama sangat, so dia terlupa benda2 macam tu.

So, saya pun restart Iqra' 1 balik. Then after 1 week, saya dapati dia hanya boleh ingat range 1 huruf sahaja.Tapi kadang-kadang bila kenal huruf baru, dia lupa jugak yang dulu punya. Saya tanya cikgu-cikgu lain latarbelakang dia, dia kata Siti ni dari umur 4 Tahun kat sini, dia pendiam sikit. Fine, saya bertambah-tambah la risau. Kemungkinan budak ni disleksia or autisme etc....


Dan saya buat macam-macam perkara supaya dia ingat, basically saya akan relatekan huruf tu ngan persekitaran dia... Let say, 'dha' = 'dha' doraemon, 'syin' = 'syin' syampoo , 'haa' = 'haa' harimau (ok siap buat expression muka harimau dengan tangan skali macam nak cakar orang), 'tho' = 'tho' tolak (siap tolak badan dia lagi) dan the most word that I couldn't forget was....

'sod' = 'sod' sotong

Huruf ni jugak dia paling susah sangat(lewah ni=p)nak ingat. I keep remembering her macam...

Alaa, yang duk kat laut tu...

ATAUPUN

Alaa, yang biasa cikgu masak lauk tengahari tu...yang ada kaki lapan tu...

Biasanya dia ingat 'sotong' tu . But one fine day after school holiday a week. I asked her back with the same clue.

"Ni ape Siti? Cuti seminggu dah ni?Cane ni? Cuba ingat baik-baik huruf ape ni? Dia ni duk kat laut yang selalu masak time tengahari tu. Cuba ingat balik."

With her eyes look deeply in my eyes, she replied..."udang"

I was like .............................. +_+
(at the same time nak tergelak pun ade gak....)

Dan kerana budak itula saya jadi teringatkan diri saya balik.
Sejujur dan setulusnya, Siti adalah refleksi diri saya.

Saya yang dulu pra-sekolah dari umur 3 tahun lebih hingga 6 tahun, hanya dapat membaca pada usia 7 tahun lebih. Hanya Iqra' 3 pada usia saya 8 tahun.


Wondering how hard my teachers struggle to teach me until I became who I am nowadays. Thank you my dearest teachers.=)


**sejak bila syifa' yang korang kenal rajin upload gambar ni??hehe.sejak sem 2 ada subjek ICT. -memang takde kene mengene-




03 Disember 2011

Ada Apa Sebenarnya dengan Panggilan Ustazah?~



Bismillahirrahmanirrahim




Teringat waktu zaman sekolah rendah dulu kat SRI Seremban, kami dulu ada kelas tambahan malam. Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat kalau tak silap.

Ada satu malam tu, saja pergi kelas tambahan pakai tudung bulat( tudung sekolah agama). Umi baru beli sebenarnya, so rasa excited sangat nak pakai. Pastu ada la seorang tu tegur aku.(dia panggil aku dari belakang)
Orang : Ustazah, tunggu kejap~

Aku : *terkedu + tergamam* setelah beberapa saat pastu baru toleh kebelakang

Dan satu peristiwa lagi, ni recently berlaku kat aku. Yup, kat USIM.
Kat USIM, daripada apa yang aku perhatikan half kot pakai tudung bidang 60. Tudung bulat? Tak sangat. Maksud aku golongan yang betul-betul 'stick' dengan tudung bulat.
Macam aku, kadang-kadang je pakai tudung bulat.
Ada beberapa peristiwa yang berlaku membuatkan aku terfikir berulang-ulang kali nak pakai tudung bulat.


Kat surau, selepas solat. Kami macam biasa bersalam-salaman. Dan kebanyakan mereka salam aku siap cium tangan sekali. Diorang ingatkan aku akak-akak JAKSA(senior USIM yg jaga kebajikan pelajar tamhidi).
Takkan la nak larang diorang, eh buat apa cium tangan, saya pun tamhidi~

Dah biasa sangat peristiwa macam tu berlaku kalau aku pakai tudung bulat. Mungkin pakai tudung bulat menjelaskan kematangan seseorang.

Dan kalau join program sebagai fasilitator, kebanyakan diorang terus je panggil kami dengan gelaran 'ustazah'. Aku faham. Itu untuk memudahkan urusan komunikasi. Aku pun panggil je orang dengan panggilan 'ustaz'(if muslimin), mudah!

Frankly, aku bukan tak suka. Cuma setiap kali ada orang panggil aku dengan gelaran 'ustazah' seakan-akan ada satu suara dari dalam yang menggelakkan aku.

Eleh kau, nak jadi ustazah~
Tak layak la weh~
Solat pun kau lambat-lambatkan~
Solat pun tak khusyuk~ macam2 benda dunia kau ingat!
pandangan mata kau pun tak terjaga
~


Fine. Suara yang memperlekeh-lekehkan aku. DAN setiap kali itu juga akan terflash back segala memori kejahilan dahulu. Sungguh! Diri ini memang tak layak.

TAK LAYAK dipanggil ustazah.

Dan begitu juga masa depan aku. Aku tak mahu dipanggil ustazah pada masa akan datang. Panggilan itu seakan satu fobia bagi aku. Waktu dapat tawaran MAINS ke timur tengah dahulu. Memang benda ni yang berputar-putar dalam fikiran aku. (stop giving alasan Syifa'!)

Untuk dipanggil 'ustazah' untuk seumur hidup? Aku rasa tak layak.


Tapi hendak terbang ke timur tengah memang cita-cita aku. Aku sendiri tak faham mengapa aku buat keputusan begitu, keputusan untuk tidak pergi ke sana. Orang kata itu adalah jawapan istikharah aku. Sejauh mana kebenarannya???(biarkan persoalan itu pergi~isk)


Secara peribadi, ustaz/ah = seorang yang memiliki ilmu pengetahuan agama yang mendalam

or else

seseorang yang ada degree/diploma dalam bidang agama

or else(ni anggapan orang)

orang yang belajar kat timur tengah, sungguhpun dia ambil medic@dentistry

Tanggapan orang memang MENAKUTKAN. Selalu menakutkan.
Bila kita pakai tudung bulat/ labuh, people expect us to know more than others.
Bila kita study kat timur tengah, people expect us better than those who studying locally.


BUT(terbayang motivator menjerit kat mic=))


sampai bila asyik fikir apa orang fikir tentang kita.(2 kali fikir)
sampai bila??Macam tu tak kemana la kita...sama je di takuk lama.

One phrase yang sangat membantu~
Honestly, aku makin sukakannya...

"ADA AKU KESAH??"


eleh kau tu dulu itu ini.......... kita jawab : Ada aku kesah???


People, berhentilah menghakimi aku yang dahulu. Aku nak berubah.
Myself, please husnozon with me.


SALAM MAAL HIJRAH semua...~


***Masih adakah peluang kedua??insyallah~aku ingin terbang!


Another one, sumthin' to be ponder!

apa guna berubah andai masa lalu jua yang dihakimi...