my follower

Nasyid Instrumental

29 Julai 2012

Berlagu Rindu

Bismillahirrahmanirrahim.
('play'kan dulu...)
First time dengar lagu ni - Maafkan Diriku by Rast terus jatuh hati
Terimbau segala memoribilia terindah ketika bersama.




Suatu ketika kita bersama
Melukis mimpi indah
Setia bersama tempuhi segala
Mewarna suka duka
Masa berlalu menguji kita
Keegoanku menyala sengketa

Maafkanlah diriku oh teman
Kerna melukakanmu
Di manakah dirimu oh teman
Ku rasakan kehilanganmu
Sekian lama mencari
Namun kau tak ku temui

Jalanan ini
Ku rasakan sepi
Tanpa kau di sisi
Satu persatu
Langkahku membatu
Kenangan lalu membeku

Saat kau pergi penuh kecewa
Angkuh diriku menurut rasa

Saban hari ku berdoa
Pada yang Kuasa
Kita kan bersua
Untukku menebus segala

Kau terus ku jejaki
Namun kau tak ku temui



The Jubah^_^

 My Study Group + Fatin (pic not here)
Class event (tepi tasik)

Group discussion during our first sem study week

Konvensyen bidadari syurga ^_^

With datin Azila

I called Laila's tudung fashion as toncit style.hehe.


Ya Allah, sampaikanlah rinduku ini padanya.
( TTS4 + E-5-2 ) 

*rindu juga pada roomates, tapi sayangnya tak punya koleksi kenangan kami bersama.


********************************************* 


Entah mengapa kebelakangan ini aku kekontangan idea untuk menulis, kekangan masa dan kerja mungkin.Checklist, dalam tempoh cuti ini aku rasa aku kurang membaca. Selain membaca al-quran dan menyelak majalah islamik dan surat khabar aku belum lagi berjaya menghabiskan sebuah buku dalam tempoh dua bulan ini. Kalau baca pun, tak habis, pastu lompat buku lain.

Btw, ada beberapa perkara yang membuatkan aku rasa tak mampu untuk hadapi dan pikul sesuatu amanah. One of it, aku takut membimbing mereka- kerana aku takut aku sendiri lemah dalam perjalanan menuntun mereka ke arah fikrah muslim hakiki. Ya, kerja naqibah bukan mudah. Aku lebih selesa bertindak sebagai da'ie, pada diri dan orang lain insyallah. Menegakkan Islam dan menghidupkannya dalam diri. Menasihati orang, uslub dakwah secara berhikmah aku belum yakin. Mudahnya, secara praktikal aku belum berjaya aplikasikannya.. Macam penggunaan fire extinguisher. Aku tahu teorinya - tarik picu, halakan nozel pada kebakaran kemudian tekan tuas. Tapi tidak berguna jika aku tak berani gunakannya ketika kebakaran. Faham tak maksud aku?

Dan orang yang perlu dibimbing itu sebenarnya aku. 




25 Julai 2012

Andai ini Ramadhan Terakhirku


Bismillahirrahmanirrahim.

Betapa aku rasa sungguh susah kerana terpaksa menunaikan solat dia atas kerusi. Pada usiaku 19 tahun, Allah tarik nikmat kaki pinjaman-Nya. Aku belajar sabar atas dugaan ini, kerana setiap langkah kakiku seakan menekan-nekan rasa sakit pada lututku. Aku bimbang andai ini Ramadhan terakhirku, tapi aku tak merebut peluang menunaikan solat terawih. Aku gagahkan juga untuk solat terawih selepas sahur semampuku, sedaya tubuhku. Semalaman aku tak mampu berganjak dari katil lantaran sakit yang teramat sangat. Ya Allah, kuatkanlah aku, kuatkanlah aku.

Hampir tiga hari, Alhamdulillah kakiku beransur pulih. Bak kata doktor, sakitku ini unknown reason.
Mungkin ini peringatan Allah padaku. Ya Allah, Tuhan saja yang tahu betapa nikmatnya dapat solat berdiri.
Dapat melangkah degan sempurna. Dapat menggerakkan tubuhku untuk duduk, baring, memakai pakaian dengan sempurna, membantu umi melakukan kerja-kerja rumah. 

Umi hairan melihatku, pabila doktor tanya sakitku. Aku menangis. Umi kata, "KakNgah yang umi kenal kan kuat" . Satu perasaan yang bercampur baur, ketika sakit aku dapat rasa rahmat Allah padaku. Allah tak biarkan aku sendirian. Aku tahu Allah duga aku dengan sakit sebab dia nak ajar aku satu benda - syukur!
Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang malaikat :

✦ Malaikat pertama akan mengambil selera makanan.
✦ Malaikat kedua akan mengambl rezeki.
✦ Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah (muka pucat).
✦ Malaikat ke empat akan mengambil dosanya.

Apabila sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka. Tetapi ALLAH tidak menyuruh malaikat keempat supaya memberi balik dosa hamba-Nya tersebut. .
 Wallahua'lam.
*Betapa aku sedih melihat manusia, tak malu makan di khalayak ramai ketika ramadhan.
 Seandainya dia tak malu lagi pada Allah, setidak-tidaknya malulah pada manusia.
*Betapa aku kasihan pada mereka. Adakah mereka tahu yang pertama kali dihisab adalah solat mereka.

Degree

Bismillahirrahmanirrahim...

Ramai bertanya ke mana aku menghilang?
Aku tak hilang, masih lagi di sini, melalui hari-hari sendiri memujuk diri.

Kenapa tak balas mesej?PM pun tak balas?
Sejak dua minggu lalu, bertalu-talu telefon bimbit aku dan facebook ku dihujani soalan yang serupa.
"syifa' dapat kos apa?"
Maaf, aku tak cukup kuat untuk membalas semuanya. Aku dah cuba.
Orang pertama, kedua, ketiga aku masih lagi mampu untuk hadapinya.
Mungkin ayat yang begitu klise,
 ' aku boleh tipu orang tentang perasaan aku , tapi aku tak boleh tipu perasaan sendiri '
Aku perlukan masa.
Kata umi, " kalau tak nak,jangan buat, jangan paksa"

Jadi, aku setulus hati memohon maaf pada semua.
Sungguh, aku terharu. Terlalu ramai yang mengambil berat mengenai aku.
Cumanya aku masih belum bersedia menempatkan fikiran aku di tempat yang sepatutnya.
Aku cuma merancang, tapi Allah lebih tahu.

Dan ku kira pemilihan kos ijazah itu ada kena-mengena dengan kekuatan subjek ku ketika tamhidi dan sudah pasti SPM juga.

Sarjana Muda Sains dan Kepujian ( Fizik Gunaan )

Buat sahabat-sahabat,
(terutamanya Syafiqah, Ipie, Laila, Azila, Aisyah, Aisyatul, Faa)
Tahniah semua, aku tahu kebanyakan kalian menerima result degree dengan senyuman lebar dan hati yang riang gembira. Alhamdulillah.

Jalan untuk mendapat cita-cita itu terlalu rumit buat aku,
Tetapi Allah pasti merencanakan sesuatu yang terbaik buat aku.

Entah berapa pula titis air mata ketika menulis entri ini.