my follower

Nasyid Instrumental

27 April 2014

Sandaran Hati

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....

"Syifa, nanti lepas graduation, kerja, nak berjuang kat negeri mana? Kat negeri sembilan ke kat negeri ****?", soal dia tiba-tiba.

Aku mengamati wajahnya sahabatku yang kami gelarnya Dr. Cinta. Soalan untuk menguji diriku barangkali.

"Hmm, berjuang? berjuang mana-mana pun boleh je... Kenapa tanya?", jawabku beserta soalan yang lain.

"emmm, tak ada apa-apa. ." senyumannya meleret.

" Ni soalan, sebagai orang tengah ke?"

"Eh, mane ada la syifa, Saje je tanye.."

****

Sahabatku, jangan bagi aku harapan. Jika harapannya itu datangnya dari manusia. Manusia itu hatinya berbolak-balik. Keputusannya bisa berubah-ubah. Takutnya untuk berharap kepada manusia lantaran sifat manusia itu sememangnya lemah.Mengingatkan aku sebuah kisah Nabi Sulaiman dan semut yang diletakkan dalam botol.

Suatu hari Baginda Nabi Sulaiman A.S sedang berjalan-jalan.  Baginda telah melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Nabi Sulaiman A.S terus mengamatinya, kemudian baginda memanggil si semut lalu bertanya :

“Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?.”

Si semut menjawab, “Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun.”

Baginda Nabi Sulaiman A.S kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata lagi kepada si semut :

“Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu”.

Si semut pun mengikut arahan dengan taat pada perintah Nabi Sulaiman A.S.  Maka, setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman A.S datang melihat keadaan si semut. Baginda melihat  kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak yang berkurang. Baginda Sulaiman A.S bertanya kepada si semut :

“Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?”

“Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan  Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut”.

Allah taught me so;)
Sesiapapun pernah dikecewakan dengan manusia, tapi dengan kekecewaan itu Allah mengajar kita sesuatu. Jangan pernah letak harapan tertinggimu pada manusia. Tarbiyyah Allah menerusi masalah yang kita hadapi. Allah menguji kita pada titik kelemahan kita, bukan pada titik kekuatannya. Ada orang kelemahannya harta, jawatan, perempuan, pelajaran dan lain2. Maka Allah akan uji kita pada kelemahan kita.

Bukankah dunia ini tempat ujian?

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


Wallahua'lam. Taqabbalallahuminna wa minkum.
Hanya Allahlah sandaran harapan.

Saat hati perlu memilih,
Sandarkan pilihanmu pada Allah,
Allahlah sandaran hati.

Lebih detail;

23 April 2014

Rehatnya kita

Bismillahirrahmanirrahim....

Sistem pesanan ringkas ku taip pantas sebaik terjaga subuh itu,


"Salam, awak...saya tak pasti dapat pegi ke tak pagi ni. Saya sakit kepala sikit, semalam saya memandu jauh. Pukul 1 baru pulang. Maaf ye"


Seketika, panggilan daripada sahabatku,
Dia       : Syifa, awak nak pergi ke tak?
Aku      : Hmm, saya sakit kepala. Mungkin semalam memandu lama, saya tak biasa. Malam tadi pun balik lewat.
Dia       : Awak duduk sebelah pun takpe, biar saya yang memandu. *ayatmemujuk*

Dengan berat hati dan demi menjaga hatinya,
"Ok awak. Saya siap-siap ni. 10 minit"

Kemudian, sepanjang permusafiran berbual-bual dengannya. Perasan juga matanya yang merah. Berkali-kali aku tanya,
"Awak ok tak ni?", "Awak sihat tak ni?"

"Okay ja", jawabnya pendek

Lama setelah itu, baru aku tahu bahawa dia semalaman langsung tidak tidur kerana menyiapkan kerja-kerja Islam. Allah~ Saat kita mengeluh kurangnya tidur kita dari kebiasaan, kurangnya kita berehat. Ada sahabat seperjuangan yang langsung tak memikirkan masa rehatnya, masa tidurnya.

Alangkah perasannya kita ;(



قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهَمَا النَّارُ أَبَداً : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ”.

Rasulullah SAW bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah”.    
                                                                                                                          [HR: Tirmidzi]

Wallua'alam. Taqaballahuminnawaminkum.

17 April 2014

Kenapa agaknya orang takut nak buat dakwah?

Bismillahirrahmanirrahim.



Kenapa agaknya orang takut nak buat dakwah?

Jap, sebelum tu. Mungkin ada sesetengah orang allergic dengan perkataan dakwah ni. No worries, let "dakwah" = D(x).

Pernah ada seorang sahabat melayangkan sekeping sticky note yang menyebabkan aku terkesima + termangu + terasa tak layak langsung-langsung nak buat kerja-kerja D(x) ni;-(




 Kau ni orang yang berada di jalan tarbiyah, jalan dakwah. Hebat cakap gitu gini pasal Islam. Pung pang pung pang. Tapi lepas kenal kau, sumpah totally dissappointed dengan perangai kau ni....nampak ja hebat. Puih~Taik kuda~
-Jemah




Rasa nak rebah.T_T (padahal baru sikit je tu...)*apasalahkuda*

Hmm, sebenarnya itulah yang terjadi. Kita(termasuklah yang menulis ni)selalu skeptikal dengan orang yang buat D(x). Kita selalu letak high expectation kita terhadap sesuatu perkara, dan akhirnya kita sendiri yang dikecewakan dengan tafsiran kita tu. Orang yang terlibat dengan D(x) itu begitu begini, seharusnya begini, semestinya begitu begini. Sekali kita terlihat kelemahan dia, kita terus salahkan Islam yang dia bawa. Memang dah tak nampak dah segala kebaikan dia selama ini disebabkan kelemahan dia yang satu tu, kan kan kan?

Abaikan kata-kata Jemah bersama labunya = 'kata-kata peluntur semangat'. Tapi tukarkan ia sebagai kata-kata postitif untuk menjadi seorang yang lebih baik. Memetik kata-kata ulama, ''jikalah dosa itu berbau, nescaya ku tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesani orang kerana dosa-dosaku… ''

Bayangkan pagi-pagi pergi kuliah, bayangkan~
"Weh, berbauuuuu lah kau ni...mesti pagi tadi lagi dah mengumpat...". Serta merta yang seorang lagi pulak kata "Eh, baunya dah melekat pulak kat kau. Tulah su'uzon dengan aku..." Sudahnya semua orang berbau busuk, tak busuk pagi tu, dijamin busuk petang tu juga....

Sebabnya, semua orang adalah pendosa. Dan kita bukan malaikat. Kononnya kita orang tarbiyah semestinya kita ni lebih baik dari orang lain, sebenar-benarnya tarbiyah itu sendiri adalah satu proses - pastinya mengambil masa . Proses ke arah menjadi seorang yang lebih baik. Pesan pada Jemah , "Memang selama ini kalau aku kelihatan hebat dan sempurna, bukan sebab aku hebat dan sempurna. Sifat itu hanya milik Dia. Tetapi sebab Allah tutup kelemahan aku, tutup dengan serapat-rapatnya. Allah izinkan kau lihat kelemahan aku kerana dia nak kau tegur aku supaya aku berubah ke arah lebih baik. Maka tegurlah aku secara berhikmah. Aku manusia kot~ punya hati dan perasaan"


 Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang  baik.  Sesungguhnya Tuhanmu Dialah  yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk 
An Nahl : 125


Kita sedang ditarbiah olehNya tanpa kita sedari.Boleh jadi tarbiyah dari Allah itu dihadirkan dalam bentuk Jemah, Pe'ah dan seangkatan dengannya. Ingatlah, kita buat dakwah bukan kerana Jemah, tapi kerana mendapatkan keredhaan Allah. Jangan minta dikecilkan ujian, sama-samalah pinta hati yang kuat untuk menempuhinya.

Concept of D(x):
PERBAIKI DIRI KAMU DAN SERULAH ORANG LAIN

***

Aku kisahkan apa yang aku yang lalui pada seorang sahabat seperjuangan. Mengharap taujihat, kata penguat semangat. Perjuangan itu bukan sahaja memerlukan semangat tapi konsistensi. Namun, bagaimana mungkin lahir konsistensi tanpa semangat yang diperbaharui. Taujihat sahabatku,

" Syifa', kalau kita baca sirah perjuangan Rasulullah, atas apa yang Baginda lalui. Tak terbanding pun dengan apa yang Rasulullah lalui. Rasulullah kena lebih dari itu. Bukan sekadar cacian, makian tapi lebih dari itu. Di baling batu ketika persitiwa dakwah Rasulullah di Taif, dakwah Rasulullah ditolak, dipulau, mcm2 lagi...."

Allah~
Apalah sangat ujian yang aku lalui berbanding apa yang Rasulullah lalui. 
Aku terbayang sirah-sirah Rasulullah yang kerapkali dikupas dalam usrah kami.
Itulah keutamaannya mempelajari Sirah Rasulullah, dapat menguatkan hati ^_^

"Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman " 
(Hud : 120)

***

Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan aku dalam menyampaikan. Maaf silap salah terkasar bahasa. Kalau ada yang dah tahu, anggaplah aku sekadar mengingatkan. Kalau belum tahu, anggaplah aku sedang memberitahu.

Cuba jawab balik soalan mula-mula tadi, Kenapa orang takut nak buat dakwah? Sebab kita yang mindset susah. Islam kan mudah;)





p/s
jika kita tak mampu menjadi ustaz yang memberi ceramah agama, jadilah pembaca yang memberi manfaat kepada orang lain dengan menyebarkannya

 SEKADAR CADANGAN
 "weh, nak tahu tak yang Nabi Muhammad......."       
 instead of.....
"Hari ni aku nak nasihat/dakwah sikit kat kau..."

Wallahua'lam
Taqaballahuminna wa minkum;)

ceconteng~
"everybody has their own struggles in their life,so be kind;)"
Kalau kita tak boleh memahami, maka jangan menghukum.

Diamnya bukan bererti aku tak mengerti,
Atau terlalu kecil untuk memahami kalian,
Tetapi kerana terlalu kerdil untuk bersuara,
Atau barangkali aku bakal diuji perkara serupa,
Ya Allah, Kau peliharalah keluarga kami;)

Siapalah kita untuk mendabik dada mengaku kuatnya kita selagi kita tidak diuji. Ada ketika Allah uji mereka disekeliling kita, untuk kita belajar sesuatu dari mereka. Matanglah diri.

13 April 2014

Zaman y kurindu;)

Bismillahirrahmnairrahim


Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …

Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan …

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan sampingan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan…

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini …

Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian …

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan wang yang cukup-cukup dan peta yang tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berda’wah di desa sebelah …

Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …

Aku rindu zaman ketika anak usrah menangis karena tak bisa hadir di usrah…

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …

Ya Rabb …

Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …

Ya Rabb …

Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …


Cetusan kata-kata  "Sang Murabbi" KH Rahmat Abdullah