my follower

Nasyid Instrumental

20 Oktober 2017

Ibrah Pagi di Bukit Senaling


Bismillahirrahmanirrahim.

Butang 'Search' di sebelah kanan bawah dekstopnya ditekan.
Perlahan.

Yiruma - My Memory.

Mencari perasaan yang hilang dikambus kesibukan bekerja dengan mesin dan material. Mungkin.

***

Baiknya hari ini seperti selalu, dapat berjumpa sahabat, recharge iman.
Jauh lebih baik dari hari-hari yang dihabiskan dengan gadjet dan novel.
Waktu begini memang kuat benar ingatan pada bait-bait Saiyyid Badiuzzaman An-Nursi,

zaman ini adalah zaman menyelamatkan iman.

Selamatkan iman dengan hiking dan tenggelamkan diri dengan beauty of nature.  Cerita sepanjang hiking dari  sembang fasal perjuangan, baitul muslim, life planning, kewangan sehinggalah alam kerjaya. Terima kasih kerana mengembalikan rasa yang pernah hilang, rasa untuk berubah jadi lebih baik.

Bahagia ditemukan dengan sahabat-sahabat yang baik.


***

Luahkan pada teman, kekecewaan kerana entah buat kali ketiganya menolak tawaran untuk meneruskan pengajian master. Dan kali ini berbelah bagi dengan urusan interview biasiswa untuk certificate dalam bidang finance.

"Minggu hadapan saya ada second stage interview scholarship untuk certificate. Entahla, berbelah bagi, sebab akan lari dari bidang. Saya akan terjun pula ke bidang Finance. Memang dalam planning nak further in deep dalam fizik sebenarnya..."

"Awak kena ada big why kenapa awak buat sesuatu keputusan.."

"Sebab sekarang ini, apa yang saya fikirkan lepas habis degree, saya tak rasa dengan degree yang saya ada, membolehkan saya dapat apa yang saya harapkan. Tak capai expectation saya.."

"Awak kena belajar kawal expectation awak.."

"Bukankah untuk punya satu expectation itu satu perkara yang positif? Jadi dengan adanya expectation kita ada cita-cita berbanding perkara rutin yang kita jalani..."

"Saya tak cakap yang awak jangan letak sebarang expectation untuk diri awak. Saya just kata untuk awak belajar kawal expectation awak. Dan awak nak tahu satu perkara, ini abang saya share dengan saya yang menyebabkan saya fikir banyak kali untuk buat decision sambung master...

Cuba awak tanya diri awak,
dengan degree yang ada sekarang, sejauh mana sebenarnya yang awak telah menyumbang?

Lebih-lebih lagi dalam bidang awak?"

Senyap sunyi tanpa kata.

Muhasabah paling dalam.
At certain point, I just don't know what to expect in my life.

Wallahua'lam. Semoga penulisan bermanfaat.

Mencari kekuatan untuk membumikan sebuah muhasabah selain usaha menyambung tulisan cerpen-cerpen lalu, masihkah ada silent reader? Ok bye.

 
The hikers


Catatan Hari Lahir
Genap 24 tahun, tipulah tiada kerisauan.
Sedang usia terus meningkat.
Moga pencarian diri menemukan pada Cinta yang tak pernah mengecewakan.

Kuatkan hati,
Mana mungkin rasa sendiri, jika kau ada cinta-Nya di dalam hati.

2.18pm
21 Oktober 2017
Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM, Bangi



01 Jun 2017

Bedah Buku : Politik Kandang

Bismillahirrahmanirrahim.

Nothing much to say. Just a short entry in the middle of lunch break of my lengthy office hour.  I've no intention to write a long journal, haha, I've done it in my instagram post, so sorry.

Having a bad day at my work place and feel like expressing. The boundary that I made for all these years, I broke it in a single day. And yet I lose that sensitivity to the circumstance. Pretending to be strong, seeking Him and His guidance. What I've told myself after that day,

"Allah,today I crossed that boundary. I feel bad for my soul. After what I've done, do you still pleased  with me?"


Tears.




***

Just to share my book review from my instagram - Animal Farm (I've read the malay version though) Tapi ngengada nak jugak tulis BI. haha. Translated to BM - Politik Kandang. I bought during my PBAKL trip at ITBM booth with 40% discount because I'm the regular customer ;p. Cost me about RM20++. I finished my reading not more than 1 hour and half. My sharing just to evoke and recommend u on this book, not to summarize the whole story. I admire how the writer criticize the reality of human behavior in politics but in an animal story telling.



"PBAKL kali ini kita tak dapat baucar buku, so grab satu buku ja dari ITBM - Buku Animal Farm (Politik Kandang)😅 Kalau sebelum ni, beli dan baca juga buku2 tema politik ILHAM BOOKS. Tetapi kebanyakannya tak berjaya habiskan baca dan skip tajuk😪

Tetapi buku ini, rasanya baca tak sampai 2 jam pun. Baca pun waktu santai2 - baca time tea break dan sementara tunggu azan pun boleh ^_^
.
Penceritaan tersuratnya berlatar kandang binatang yang mengalami revolusi pemikiran untuk mencapai kebebasan kebinatangan (lulz) , yang tersiratnya ialah teguran sinis terhadap realiti manusia dalam dunia politik. Ayat mudahnya, kalau manusia pun begitu, maka apa yang membezakan mereka dengan binatang?

Bila kaitkan dengan politik semasa, aku setuju juga. Sisi pandang politik sekarang mengamalkan binary code. Tak 1, maka 0. Jika satu pihak menang, maka pihak satu lagi mestilah kalah. Jika satu pihak benar, maka secara automatik pihak yang satu lagi di pihak yang salah. Merasakan pihak dia paling benar, maka pihak yang lain semuanya salah. Politik bila nak naik, maka pihak yang satu lagi harus jatuh. Politik label melabel, Win Lose dan saling menjatuhkan.
.
Kan bagus kalau dua2 pihak boleh win win dengan bekerjasama, mengapa perlu hingga menjatuhkan?"


Taqaballahuminna waminkum. 
Not a good entry book review though.

*next sharing of book review : insyallah on Dr Maszlee Malik Novel. 

23 Mac 2017

Musim Walimah

Bismillahirrahmanirrahim.


Tahniah atas masjid cinta yang terbina *tumpang bahagia*

Assalamualaikum.

Kelas sirah malam itu baru sahaja berakhir. Jam dikerlingnya, sudah jam 10.30 malam. Biasa waktu ini jika usai kelas tak terus pulang, panggilan telefon dari Umi pasti dia terima.

Buku Sirah Raheeq Makhtum pada muka surat 338 diletakkan penanda plastik. Tadi Ustaz Maulana Abdullah menyambung subtopik minggu lalu,berkenaan Perang Bani Nadir. Perkara yang ia amat cintakan dalam pengajian Sirah ialah terasa begitu dekat perjuangan Rasulullah itu dengan dirinya. Memuhasabah perjalanan hidup dirinya dengan perjalanan hidup kekasih Allah.

"Allah, kecilnya perjuangan aku. Tak terbanding langsung dengan perjuangan Rasulullah"

Highlighternya dikemaskan dalam pensel case. Perempuan separuh abad dikiri kanannya disantunnya. Salam dihulur, pemanis budi.

"Makcik, saya balik dulu ya"

"Eh dah nak balik dah? Moreh lah dulu...."

"Lambat sangat dah sebenarnya makcik, masih anak dara ni umi ayah risau bila balik sorang.."

"Lah yeke, Hati-hati ya..."

Dia mahu berangkat pulang. Mobile data dibukanya sebentar bimbang ada pesanan dari uminya. Pesanan aplikasi Whatsapp berdesup masuk. Salah satunya dari group whatsapp zaman belajar di universitinya. Dibuka dan dibacanya sepintas lalu. Gambar pasangan pengantin berbusana putih terpapar.

"Tahniah Muhammad dan Zaujah. Barakallahulakum wa barik 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair."

Dan bersamanya lebih kurang 40 ucapan yang sama di copy paste oleh sahabat-sahabat yang lain. Agak dah. Kalau rancak dalam group sama ada orang announce walimah atau betul-betul dah walimah.

Hailah. Musim walimah dah rupanya.

Dia bergegas meninggalkan kelas pengajian. Enjin kereta dihidupkan perlahan. Radio dikuatkan volumenya.

"Isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata
Penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan 
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan"

T_T

****

Ceconteng
I just want to escape. A while. Escape anything related with marriage. Until the time I am ready to face all these thing.

When you're ready? 

When I'm totally healed and begin to trust people.
Image result for islamic tumblr Allah deserve with you

Taqabbalahuminnawaminkum. May time heals the wound~

10 Februari 2017

Ajari Aku MencintaiMu

Bismillahirrahmanirrahim


Ajari Aku MencintaiMu (Opick) 

Ajari aku mencintaiMu dalam lelah
Ajari aku mencintaiMu dalam duka
Karena jiwa kadang rapuh bosan tak setia
Ajari aku mencintaiMu

Dalam hitam gelap langkah diri yang meraba
Dalam hitam gelap hidup rindukan cahaya
Hadirlah Kau dalam sunyi sentuh dengan cinta
Terangi kalbu sendu yang rindu kepadaMu

Waktu kan berlalu
Waktu tak kembali
Berharap berarti
Sebelum ku mati

Ajarilah aku untuk mencintai
Setulusnya hati sepenuh jiwa ini

Mesti takkan pernah mungkin
Untuk hati kan sempurna
MencintaiMu sepenuh jiwa

Ajarilah aku untuk mencintai
Setulusnya hati sepenuh jiwa ini




Taqaballahuminna wa minkum~


Ceconteng
Trying to slowly detach myself from 3 things: TV, Instagram, Facebook (I put limit time a day for fb). People will never know your struggle towards Him. 

Akhir zaman ini, nak menundukkan pandangan itu bukan suatu usaha yang mudah ya T_T

07 Februari 2017

Cerpen : Mujahidah Musfirah [PART 1]

Bismillahirrahmanirrahim.
Godek-godek cerpen lama, lalu terjumpalah cerpen ni. Seingat aku, cerpen ini ditulis ketika masih Sem 3 pengajian, Tahun 2. Zaman tiada whatsapp, facebook pun kena log in di dekstop. Cerpen yang aku tak berapa gigih nak habiskan penulisan. Hehe. Selalu masalah begitulah, satu, susah nak cari tajuk cerpen yang sesuai. Kedua, nak habiskan penulisan. Idea dah ada. Nak cari mood tu yang sukar.

Terimalah cerpen yang tak seberapa ni. Harap tiada yang perasan ya (sebab nama watak) . Biasa penulis memang kuat berangan, memikirkan eh apa ya kesudahannya, walaupun sebenarnya kisah sendiri atau sahabat di sekeliling aku. Selalu cakap, kan best kalau kesudahannya begini, kesudahannya begitu. Cuma itulah cerita hidup ini, tak seindah yang ditulis oleh manusia. Tetapi disitulah keyakinannya, pada cerita yang ditulis oleh ALLAH. Barangkali jauh lebih indah dan bahagia, tapi Allah nak kita rasa pahitnya dahulu, agar kita lebih menghargai kebahagiaan. Setiap kisah cinta itu ada perjuangannya :)  *sekian membebel*

p/s - aku selitkan sekali nota haraki


Cerpen : Mujahidah Musfirah 



Pulang dari meeting, hati Musfirah kacau-bilau. Geram bercampur sakit hati dan marah dengan tindakan seseorang. Tak sepatutnya dia bertindak sebegitu pada orang bawahannya.

"Dia suruh kita proaktif, alih-alih kalau kita bagi cadangan sikit pun dia tak terima. Nampak sangat perlekehkan idea orang lain", luah Musfirah. Ada getaran pada suaranya.

"Hmm, kalau memang dia sudah ada jawapan dalam kepala, tak perlu provok orang lain untuk bagi idea. Apa dia nak idea kita mesti 100% sama dengan apa dalam kepala dia?", tambah Rodhiah pula.

Musfirah memutar stereng ke kiri, kereta pacuan empat roda Proton Saga menghala ke kiri setelah lampu isyarat bertukar hijau.

"Lain kali kalau mana-mana sahabat bagi idea tu, dia patut tanya pendapat sahabat-sahabat yang ada kat situ sekali. Bukan buat keputusan ikut sesuka hati. Lagi satu, dia patut hormat keputusan yang ana buat. Dia tak patut persoalkan di khalayak tentang kenapa ana memilih untuk meletak jawatan tadi. Ana rasa seolah-olah ana ini dimalukan".

Rodhiah sekadar mengiakan, dia pun tidak berpuas hati dengan cara Farhan mengendalikan meeting itu tetapi dia tidak mahu menambah minyak pada api yang sedang marak. Farhan bukanlah orang yang diamanahkan tetapi dia berlagak seperti dialah orangnya. Sahabat karibnya, Hadi, kata mereka macam orang suruhan Farhan. Luaran Hadi memegang jawatan. Hakikatnya, dia dikawal oleh perancangan dan idea Farhan. Lihat saja pada meeting itu.

Alasan yang dikemukan oleh Musfirah sewaktu ditanya Farhan terngiang-ngiang di telinganya. Dia sedikit serba-salah dengan Hadi. Dia hanya sekadar mereka-reka alasan itu setelah diprovok dan disindir oleh Farhan.

"Ana tak fahamlah kenapa enti nak tukar orang. Atas sebab apa enti nak tukar?"

"Ana tak boleh", pendek jawapannya.

"Enti sibuk sebab apa je?", ayat itu seolah-olah petir menyambar. Seisi yang hadir di bilik meeting turut terkejut dengan soalan yang diajukan oleh Farhan.Sesungguhnya si Farhan ini sengaja nak mengenakan Musfirah.

"Ana sukar berurusan dengan muslimin......", terpacul bait-bait yang tak sepatutnya dilontarkan.

Kedua-duanya terdiam, baik Farhan mahupun Musfirah.


'Ana tahu ana tak pegang apa-apa jawatan dalam kampus seperti enta. Tak perlu nak zahirkan yang ana sebenarnya terlalu lapang dan perlu diberi kerja. Jangan lantik ana hanya kerana ana tidak memegang jawatan. Berilah pada yang layak dan terbaik. Ana tak perlu kelihatan atas sebab jawatan semata', desis hati Musfirah.

Kalau ikutkan perasaan marah dan emosi yang kurang stabil, mahu saja dia berbalah dengan lelaki itu. Tapi dia tahu, dia takkan beroleh apa-apa faedah, malah akan mencalarkan imej muslimahnya sahaja.


***

Patut ataupun tidak. Dia sedikit ragu-ragu. Kalau dengan menghantar satu kiriman SMS (Short Messaging System) dapat menjernih kembali hubungan kerja kedua-belah pihak, maka dia patut. Sejujurnya, dia pun tidak pasti dengan tindakan ini. Dia cuma rasa kalau dia tak salah, maka menjunamkan harga dirinya sahaja meminta maaf pada lelaki.

"Rod, patut ke ana jelaskan pada dia? Enti rasa ada kemungkinan tak dia terasa dengan statement ana?", tanya Musfirah.

"Mungkin. Alasan enti macam ditujukan pada dia. Sebab enti kan selalu berurusan dengan dia"

"Ana patut tengok riak wajah dia apabila ana cakap macam itu. Jadi, ana tak perlu meneka sama ada dia terasa ataupun tidak", ulas Musfirah pendek.

Dia menaip-naip SMS di telefon bimbitnya.

"Salam Hadi, ana harap enta tak salah faham fasal ana nak tukar jawatan dengan orang lain. Tiada kaitan dengan enta pun. Cuma ana rasa ada orang yang lebih layak & lebih baik untuk melaksanakan tugas itu berbanding ana. Fasal alasan kenapa ana nak tukar, ana reka-reka saja sebab mereka provok ana tanya sebab ana minta tukar. Sebenarnya ana okay je bekerja dengan enta. Apa-apa pun, selamat menjalankan tugas dengan orang baru. Ana minta maaf salah silap ana sepanjang kita bekerja. Wallahua'lam."

Mesej panjang lebar usai ditaip, dihulurkan pada Rodhiah untuk dibaca.

"Okay tak Rod? Tak emosional sangat kan?"

"Okay je", balas Rodhiah pendek.

Butang 'send' pada skrin disentuh.

Sending to Hadi Ketua SDK.


***

Mimpi semalam agak aneh. Entah prosedur apa entah yang cuba diilhamkan oleh mimpi Musfirah.

Kata mimpi. Perlunya pada orang tengah.

Apakala terjaga dari mimpi itu, badan terasa panas. Matanya perit. Mimpi itu satu petunjuk yang agak rumit. Musfirah sekadar mengabaikan saja, halnya kerana itu  mimpi tidur petang impak meeting yang agak stress dan mengecewakan. Barangkali dia terlalu memikirkannya sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi.

Hari-hari berikutnya dilalui sedikit menekan perasaan.

"Musfirah, enti kenapa macam tak gembira?", aju Rodhiah.

Soalan yang dituju padanya membuatkan dia terperasan bahawa dia merasa terganggu sedikit dengan apa yang berlaku.

"Emm, penat kot", Musfirah masih buat-buat menulis di meja belajar.

"Takkanlah, orang lain pun habis kelas lewat malam juga. Enti pulak dah macam Majnun yang membawa diri ke hujung dunia biarpun Laila di depan mata"

Musfirah menoleh pada sahabatnya. Sesedap madah berbicara menyamakan dirinya dengan Si Majnun, si gila cinta. Malah, mengaku pula dirinya jadi si pujaan hati bernama Laila.

"Masalah ana tiada kaitan sedikit pun dengan Majnun. Ana bukan putus cinta okay", Musfirah buat muka tak puas hati.

"Kalau tak putus cinta, tell me", pujuk Rodhiah dengan kening yang dinaikkan sedikit.

"Tell you what? I've nothing to tell", mata Musfirah dilarikan ke tingkap.

"Masalah itu ditakdirkan untuk kita kadang-kadang bukan untuk diselesaikan, tapi untuk hidup bersamanya"

"Jadi, enti fikir masalah ana ini memang ditakdirkan bukan untuk diselesaikan?"

"Up to you darling", lembut Rodhiah menjawab.

"Nanti-nantilah. Ana nak cerita pun tiada mood. Belum cerita, tapi fikiran dah terasa penat sangat"


***

Buku-buku atas meja disusun kemas di penjuru meja mengikut urutan saiznya. Susunan buku itu ditenungnya. Lima minit lamanya. Buku 'Wabak Sepanjang Jalan' karya Dr. Al Syed Muhammad Noh menarik perhatiannya.

Wabak Pertama, Al Futur.

Menurut penulis, al-futur merupakan suatu penyakit yang mungkin menimpa para "amilin", bahkan ada amilin yang sudah pun ditimpa penyakit ini. Tahap al-futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.

Dinyatakan dalam buku tersebut, antara salah satu sebab al-futur ialah terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh.

Kesan al-futur bakal menyebabkan dakwah Islam itu terpaksa melalui jalan yang panjang,beban yang berat dan pengorbanan yang banyak. Terbayang betapa jauhnya dahulu si pedagang terpaksa melalui jalan Laut Afrika Selatan sebelum Terusan Suez di Mesir dibuka untuk laluan pedagang.

Pesanan Nabi SAW,
"Sesungguhnya terdapat seorang hamba yang melakukan amalan ahli neraka padahal ianya adalah ahli syurga. Dan terdapat seorang yang melakukan amalan ahli syurga padahal ianya adalah ahli neraka. Sesungguhnya segala amalan itu dinilai pada penghujungnya."

Buku yang pada asalnya sekadar diselak-selak seakan menusuk dalam hatinya. Dia berdoa di dalam hati, moga dijauhkan daripada penyakit al-Futur. Matanya dipejam. Mungkin ini hikmahnya.

" Enta tak payah fikir sangatlah fasal itu. Banyak lagi perkara yang perlu enta risaukan. Janganlah enta sibukkan diri enta dengan perkara yang remeh-temeh macam ni", Farhan menepuk bahu Hadi berulangkali.

"Ana tahu ini yang terbaik buat ana. Musfirah pasti bersebab buat begitu. Dan ana rasa, enta tak patut perli dia depan sahabat-sahabat lain".

"Hadi, cuba enta fikir balik. Dia tiada sebab yang kukuh pun buat keputusan begitu. Rasa macam nak tarik diri, tarik diri. Semudah itu. Itu bukan kali pertama dia buat begitu, enta tak ingat? Usahlah enta termakan dengan dolak-dalih dia tu. Ana kenal sangat jenis manusia sebegitu. Enta tak rasa tak adilkah, di saat sahabat-sahabat lain dipertanggungjawabkan dengan jawatan dan tugas dakwah yang banyak. Dia pula fikir cara yang bagaimana untuk mengelak daripada dipertanggungjawabkan", tutur Farhan sedikit emosi.

"Ana tak nak bersikap penghukum. Dan ana rasa mungkin itu yang terbaik buat masa ini.", Hadi menghulurkan buku di tangannya kepada Farhan.

"Apa ni?"

"Untuk entalah. Bacalah yang ana dah lipat tu. Wabak keenam"

"Tengoklah kalau ana ada masa", jawab Farhan acuh tak acuh. Lantas dia berlalu pergi dengan buku ditangannya.


***

Setelah membuat pesanan di Kafe Bonda yang terletak tidak jauh dari kolej kediamannya, Farhan melabuhkan punggung di kerusi. Tidak lama kemudian, matanya tertangkap pada kelibat seseorang yang sedang bersusah-payah mengeluarkan kotak dari but kenderaan jenis Proton Saga berwarna merah. Dia bergegas ingin membantu.

"Cik, mari saya tolong..."

"Eh, tak mengapa..."

"Nampak macam berat, kalau.......", perkataan yang bakal keluar dari mulut Farhan seakan terkunci saat gadis bertudung labuh berwarna coklat itu menoleh kepala ke arahnya.

Sepi seribu bahasa. Suasana tegang meeting tempoh hari kembali menerjah. Masing-masing cuba meneutralkan rasa sendiri.

"Enta tak perlu susah-susah. Ana biasa angkat sendiri", suara Rodhiah memecah kesunyian. Dia sebenarnya segan berbual berdua sebegitu, mujur ramai orang di kafe.

"Enta sudah terbiasa berada di atas, enta bukan peduli masalah orang di bawah", luah Rodhiah tiba-tiba.

"Apa maksud enti?", Farhan mengerutkan dahi, cuba mencerna maksud kata-kata Rodhiah. Dia tetap juga ingin membantu walaupun huluran bantuan darinya seakan tidak diraikan Rodhiah. Kotak itu diangkat keluar dan diletak atas trolley barang yang tersedia di situ.

"Tiada apa-apa", tutur Rodhiah.

Usai mengangkat keluar kotak-kotak itu, Farhan menuju ke kafe semula ingin menyambung hajat perutnya minta diisi. Kakinya dilangkah dengan slow motion. Kata-kata Rodhiah seakan pita perakam yang ditekan butang play berulang-ulang kali.

 "Farhannn!!!!!"



bersambung....


Ceconteng
Aku mengimpikan aku lebih banyak perjalanan musafir, supaya bertambah baik penulisanku dalam menggambarkan latar sesuatu tempat dan suasana. 

(doakan aku thabat dalam penulisan T_T, tetapi yang paling utama nak thabatkan hati pada ketaatan dan perjuangan)


02 Februari 2017

Bedah Buku : Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, baru usai menghabiskan sebuah buku lagi (semalam sebenarnya). Gelakkan diri sendiri, kerana untuk buku senipis ini ; 99 muka surat, saiz muka surat seperempat A4 pun sampai ambil masa dua minggu untuk khatam kulit ke kulit.

*Serasa banyak masa habis ke gadget ;(



Hasil dari pembacaan buku 'Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna' yang aku boleh simpulkan, kesimpulannya sama seperti mana dalam buku 'Peranan Muslimat di Medan Amal Jama'ie', tiada yang bercanggah iaitu,

keutamaan seorang perempuan itu adalah sebagai ratu rumah tangga ^_^

Jika buku Peranan Muslimat di Medan Amal Jama'ie menerangkan secara teori dan falsafahnya seorang perempuan dan di mana keutamaannya, buku ini adalah praktikalnya yang didatangkan melalui role model seorang isteri kepada seorang pejuang. Namanya, Lathifah Ash-Shuli.

Buku ini mengangkat nama Lathifah Ash-Shuli, kerana pernah namanya dipersoalkan, dimanakah peranan Lathifah Ash-Shuli dalam gerakan dakwah yang dibawa oleh suaminya?

Dan sangkaan aku sebelumnya juga begitu - bahawa yang sebenar-benar terlibat dalam gerakan dakwah adalah apabila nama kita sebaris dengan nama muslimin gerakan, apabila kita turun sama ke lapangan siasah dan dakwah. Kita tidak merasakan apa-apa saja tugas di rumah itu adalah juga lapangan dakwah dan siasah buat para muslimah, cuma medan nya yang agak berbeza.

Selari dengan catatan pengantar penulis yang aku rasakan kena bahawa,

" Kesibukan dakwah Imam Hasan Al-Banna yang demikian berat, tidak mungkin dapat berjalan dengan baik jika isterinya pun turut keluar untuk terjun dalam kesibukan yang serupa. Intinya adalah pembahagian peranan yang seimbang antara suami dan isteri, serta bagaimana si isteri tetap mengutamakan tanggungjawabnya sebagai ratu rumah tangga berbanding yang lain"
(Muhammad Lili Nur Aulia)


Sebelum ni tipulah tak pernah komplen,
"Adik beradik lelaki, kalau nak keluar main bola, main keluar gittue ja, takdalah ada orang nak tanya, apa kerja rumah yang dah selesai sebelum keluar"

Sebab kebiasaannya, umi akan tanya dulu pada aku/adik perempuan,
"Nak keluar pergi program ni, kerja apa yang dah settle?", maka kalutlah aku siapkan list thing-being-done sebelum keluar rumah. At least selesai satu atau dua jenis kerja, barulah ada green light keluar rumah.

Maka, setelah ini, pesan baik-baik pada diri sendiri, Sebelum keluar ke lapangan dakwah, selesaikan dulu kerja-kerja di rumah. Kitalah ratu rumah tangga, walau seberapa tangkas pun kita di luar rumah.(sentap kan T_T)


Taqaballahuminna waminkum.


**

Ceconteng

Eh, kenapa pendek sangat bedah buku?
Kalau saya tulis panjang-panjang, baik awak baca ja buku tu =_="
Btw, saja tulis review pendek bagi evoke keinginan membaca buku ini, moga ianya membantu :)

Road to Turki, eh? 

24 Januari 2017

Ceritera Iman



Bismillahirrahmanirrahim.
Headache. After a day with abundance of data and then straight to KAFA class. But, deciced to write something instead.

Bila tekanan itu ada, barulah bersungguh cari kerja ya tak. Balunlah semua position ada perkataan QA engineer dalam jobstreet. My daily routine : checking on jobstreet. Tekanan juga, lebih-lebih lagi sejak pulang dari HMM5K. *nangis* *takmau cerita*

**

Alhamdulillah last week, complete another Buya Hamka's book, "Merantau ke Deli". Actually two books, hehe. Another one was "Terusir". Ini antara my #2017goals : baca 50 buku setahun bersamaan satu buku seminggu.  Alhamdullah, masih on track lagi :)

I wrote my short review on Goodreads app about "Merantau Ke Deli",

"Saya bersyukur dilahirkan dengan darah campur Minangkabau dan Jawa. Dan bertambah syukur, saya tak dibesarkan dengan cara fikir Minangkabau - mengikis harta dll. Seakan mengorek catatan pada susur galur keturunan sendiri.

Buku yang menyokong perempuan pada setia dan semangat yag tidak mudah mengalah. Dan penyesalan lelaki yang tak pernah harga kesetiaan seorang perempuan. Elok sangat dibaca oleh lelaki, yang bercita-cita poligami, yang hanya fikir soal keseronokan, bukan pada tanggungjawab dan komitmen"

Jika buku Angkatan Baru mengkritik perempuan,maka buku ini pula menyebelahi orang perempuan. Bererti Buya Hamka tak berat sebelah dalam karyanya. Ada satu perkara, yang aku tertanya-tanya, masih ada lagi ya suku Minangkabau di Malaysia yang masih kuat berpegang pada adat sebegitu sekali? Suku Biduanda mungkin, wallahua'lam. Jika suku dari keluarga kami (Suku Tiga Nenek), kami tidak lagi mengamalkan adat Minangkabau, terbukti apabila kesemua adik-beradik Umi bernikah selain dari orang suku.

Buku Terusir? Tak tahulah, tragis sangat. Yet, aku lihat istimewanya corak penulisan Buya Hamka adalah pada kritikan tersirat dalam sebuah karya. Bukan seperti kebanyakan novel yang direct message atau terus masuk nasihat panjang lebar dalam penulisan.



DOA IMAN

Alkisahnya, siang tadi, berkongsi dengan anak murid berkenaan beberapa doa selepas solat . Mereka dimestikan untuk hafaz doa selepas solat, so, sebab aku ini sejenis yang suka bercerita. Doa ini cerita pasal apa, doa ini maksud dia apa, plus, kenapa kita kena baca doa ini bla bla bla. Sampailah part, doa ini, doa agar tak dipesongkan hati :

Image result for doa iman
Tanya mereka begini,

" Agaknya kenapa kita kena baca doa ini? Kenapa? Jika hari ini kita beriman, iman kita dalam keadaan baik, hari esok, 10 tahun lagi, kita ada jaminan tak iman kita juga dalam keadaan baik seperti hari ini? Kita ada jaminan tak waktu kita mati, iman kita baik seperti iman kita pada hari ini?"

"Lemahnya kita manusia ni, kita nak dikekalkan dalam keadaan beriman pun, kita masih lagi kena minta pada Allah, sebab itu, selepas solat, kita kena lazimkan minta pada Allah supaya Allah pelihara iman kita, moga iman kita dalam keadaan baik sentiasa"

Tersentap sendiriT_T
Sebab pernah rasa diuji dengan lemahnya iman saat bersendiri. Lemahnya iman kerana menyangka selama ini diri kuat kerana diri sendiri. Rupanya lagi mudah diri teruji. Sebab kurangnya rasa bergantung pada Dia, agar iman terpelihara.

Malu pada diri sendiri.
Kadang merasakan, itu cara Allah menegur melalui kalimah yang keluar dari lidah sendiri.

Taqaballahuminnawa minkum

17 Januari 2017

Rezeki

Bismillahirrahamanirrahim,
Assalamualaikum,

Terfikir, alangkah baiknya jika kerja tiada keterikatan dengan gaji. Tak berkeperluan pada elaun atau wang kertas, cuma niat ingin membantu.

Tiada kerisauan pada rezeki hari esok kerna kita tahu sentiasa ada rezeki Allah tertulis buat kita. Dapat buat apa yang dicinta tanpa ada manusia persoal slip gaji dan jaminan kerja. Tiada tekanan. Dapat terus saja buat kebaikan. Biarpun kerja kecil namun berkat, hati lapang dan bahagia. .

Pesan pada diri hari-hari, rezeki Allah tak akan pernah habis. Insyallah ada rezeki hari ni. Haiwan yang menjalar di atas muka bumi semua telah dijamin rezekinya.

Maka, sebagai hambaNya, wajarkah terlalu runsing rezeki utk hari esok? :)

****

Ceconteng.

"Dulu, waktu ambil kos fizik, nak kerja apa?"

Terpaku. Hanya menjawab dalam hati, "Jika saya belajar kerana kerja, saya dah lama berhenti"

May Allah ease me, saya cuma ingin menjadi seseorang yang bermanfaat buat ummah.
Baru selesai interview guru fizik di MRSM Serting Hilir. Doakan, jika itu yang terbaik buat agama, perjuangan dan masa depan saya serta keluarga saya.

Taqaballahuminna waminkum

16 Januari 2017

Bedah Buku : The Story of Great Wife Aisyah

Bismillahirrahmanirrahim

Image result for the story of great wife Aisyah

Alhamdulillah first book for 2017.
Buku ini berkesinambungan dgn buku sebelum ini "The Story of Great Husband ; Muhammad".Cuma kali ni, buku cerita perihal Aisyah, isteri kesayangan Rasulullah. Buku ini terlalu fakta dibandingkan buku sebelum ini yang aku rasa lebih santai dan seolah-olah story-telling. So, gigihkan juga habiskan baca walaupun berhari-hari.

Satu yang aku sedari, baca Sirah berkenaan Rasulullah dari buku sebelum ni, disitu aku lihat segala-galanya yang baik dari tingkah laku dan akhlak baginda. Tak hairanlah sebab buku sirah cerita pasal Rasulullah. Tapi, buku ini, tajuknya perihal Aisyah sebagai seorang isteri. Namun, aku lihat, kisahnya Aisyah, tapi yang juga terlihat jelas adalah betapa baiknya akhlak Rasulullah melayan isterinya, walau dengan ketidakmatangan tindakan Aisyah sekali sekala. Baiknya Aisyah kerana dididik oleh suami sebaik Rasulullah.

Kadang, kita cuba menafikan, "Asiah nikah dengan Firaun. Dia masih lagi isteri dan perempuan solehah. So, kalau kita asasnya baik, tak kesah bagaimana pasangan kita, kita tetap jadi baik dan solehah", gitu ka? Nope. Iman kita tak seteguh Iman Asiah.


Image result for isteri solehah tumblr

Sebab itu, pentingnya seorang wanita itu dibimbing oleh suami yang baik akhlaknya. Seorang isteri itu mencerminkan bagaimana didikan suaminya ^_^

Wallahua'lam, Taqabbalahuminna wa minkum