“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada
tahap yang boleh dijelaskan?”
“Atom?”
“Sekadar meneka atau apa?”
“Pengetahuanku cuma sampai situ. Mengapa? Ada yang lebih
kecil dari atom?”
“Apa yang di dalam atom?”
“Nukleus – bahagian dalamnya ada neutron dan proton sementara di bahagian
luarnya ada lingkaran elektron.”
“Jika di dalam atom ada nukleus,neutron dan proton, maka
bukanlah atom yang paling kecil pada tahap yang boleh dijelaskan. Lihat, kau
masih lagi boleh menyebut proton,
neutron dan elektron. Ku ulang soalanku, apa
yang paling kecil di dunia ini pada tahap yang boleh dijelaskan oleh
akal manusia?”
“Entah. Tiada kena mengena dengan hidup aku”
“Kau yakin tiada kena mengena dengan hidup kau? Tak cuba
untuk mencari tahu? Atau biar pengetahuan itu mati sampai situ?”
***
Tahun 2018
Dia sengaja menyandarkan bahunya ke kerusi kuliah, separuh
protes. Nota kuliah ‘Relativiti’ direnung dalam-dalam. Kuliah Fizik Moden oleh
Prof Claudia sudah tamat setengah jam lalu namun dia masih tersadai di situ. Cuba
memaksakan sel-sel otaknya mencerna teori dan formula yang baru dipelajarinya. Hairan
betul dia, teori baru sudah ada,mengapa
teori lama tetap juga dimuatkan dalam silibus pembelajaran? Sudah pula itu, teori fizik lama bertentangan
antara satu sama lain dengan teori fizik moden.
“Science is not the truth but approximate to the truth”,
kata-kata Prof Claudia ketika kuliah Fizik Moden menambah celaru otaknya.
Mengapa sesuatu yang belum pasti kebenarannya dimaktubkan dalam buku, disilibuskan
dan dijadikan bahan pengajaran? Jadi samalah ertinya ilmu yang aku pelajari
bercampur-aduk antara kebenaran dan yang bukan kebenaran.
“Sudah habis keluhan kau?”, satu suara muncul dari arah
belakang. Dia duduk selang dua kerusi sebelahku. Patua kami gelarnya. Dia
memang begitu. Muncul tiba-tiba dan memberi pandangannya tanpa dipinta.
“Luls. Mana salam bro!”, tegurku ringkas.
Patua tersengih menampakkan barisan giginya yang teratur. Wajahnya putih bersih dengan janggut
sejemput dan badannya yang sedikit berisi.
“Bagaimana keputusan engkau tempoh hari? Sudah bulat
keputusan?”, soalnya tiba-tiba.
“Aku katakan pada Prof Jailan, berilah aku apa-apa pengajian
di Fakulti Sains, kecuali Fizik. Apa-apalah janji bukan Fizik. Aku rasa Fizik
ini ada atau tak ada pun tak mengubah apa-apa. Aku minta pertukaran ke Biologi
Tulen dan kau tahu apa jawapan Prof Jailan? Dia kata kuota pelajar sudah tidak
ada di pengajian lain di Fakulti Sains. Hairan bukan? Kalau aku betul-betul
mahu, kerusi dan peralatan tak cukup untuk lab dan lain-lain lagi. Dia tanyakan
sama ada aku benar-benar sanggup duduk atas lantai lab jika dia luluskan
permohonan aku. Dan aku sanggup. Setidaknya aku tidak perlu menghadap segala
teori dan formula yang tak masuk akal ini”, ujarku separuh beremosi.
“Begitu sekali ketidaksukaan kau pada Fizik?”, Patua seakan
tergamam.
“Ah, pengajian dari barat ini, aku tak tahu bagaimana
menemukan aku pada hakikat berTuhan ”
“Kau silap mentafsir. Benarkah kesemua ilmu Fizik ini
datangnya dari Barat? Jika semua bakal saintis muslim berfikiran seperti kau,
alamatnya memang selamanya ilmu Fizik itu hanya di tangan saintis Barat.
Bukankah hikmah itu adalah milik orang Islam yang hilang? Aku kira kau patut
kembali kepada ketinggian maksud pada nama kau. AlHazen bin Abdullah Umar. Aku
jadi musykil jika sepanjang hayat kau yang 20 tahun ini andai kau belum atau tidak
pernah memikirkan sejarah atau ketokohan di sebalik nama kau. Kau fikir nama
itu saja-saja diberi tanpa ada sebarang harapan dan pengertian?”
“Jadi, siapa Alhazen?”, soalku.
“Lihat, kau sudah ada ciri-ciri seorang ahli Fizik sejati. Curiousity
itu bagus kau tahu? Itu adalah motivasi untuk saintis dalam meneroka dan
berfikir secara kritikal akan hakikat segala yang berlaku di alam ini. Kau
pernah terfikir macam mana dari sebiji epal jatuh, Newton sampai boleh jadikan
ianya satu penyelidikan saintifik? Kalau orang biasa yang bukan pemikir, yang
terlintas mungkin pai epal atau jika so-called Newton biasa berbangsa Melayu -
cekodok epal atau mungkin tempoyak epal”, Patua mengerutkan dahinya sambil
mengalus-alus janggut, buat muka ala-ala berfikir. Dia arahkan wajahnya padaku,
mungkin dia baru sedar lawaknya tak berapa mengena.
“Kau tak menjawab soalan”, aku mula menunjukkan muka bosan. Sudahlah ceramahnya panjang, lain yang
ditanya, lain pula yang dihurainya.
“Go feed you own curiosity. Sampai bila nak kena spoon-fed. Buktikan
kau hidup di zaman revolusi. Haha”, dia ketawa berdekah-dekah sengaja mengelak
menjawab soalanku.
“Kau cari sendiri, dan kau akan lebih menghargai setiap
kembara kau sehingga temukan jawapannya”, tambahnya lagi. Itulah dia Patua.
Selalu begitu. Dikemukan persoalan demi persoalan dan disuruhnya berfikir tanpa
ingin memberikan jawapan, walhal aku yakin dia sudah tahu jawapannya.
***
“Jom ikut aku!”
“Mana?”
“Senior kau kan ni?”
“Oh, si Patua”, padahal aku baru sahaja sembang dengan dia tengahari tadi.
“Dia buat Physics Coffee Talk di Cabin Cafe”
“Eh jap, aku terfikir kenapa eh semua orang panggil dia Patua?”
“Kenapa?”
“Nama itu pelik bagi aku dan aku tak rasa itu nama sebenar dia”
“Nanti kau tahu jugalah”
Si Muiz ini pun aku kira sama sahaja terikut-ikut dengan cara Patua, apa masalahnya kalau bagitahu aku apa sebenarnya. Menarik juga pendekatan si Patua ini. Gigih betul dia buat coffee talk segala berkenaan fizik.
***
Insyallah bersambung part 2.
Doakan rajin menulis.
Jurnal pun kelaut ni :p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan