my follower

Nasyid Instrumental

02 Disember 2010

Last Breath

Bismillahirrahmanirrahim....


Each soul has its Given Date.............
Who knows tomorrow could be my day.....or your day....

AL-FATIHAH buat allahyarham datukku yang baru sahaja pulang ke rahmatullah pada 15 november di Arafah...
Atuk dapat husnul khatimah....ditempatkan di perkuburan Ma'ala bersama para syuhada'.....Subhanallah! Sayangnya Allah pada atuk....


08 Oktober 2010

Asing

Bismillahirrahmnirrahim...

Allah bagi dugaan pada mereka yang mmpu....
insyallah aku akan cuba,
seboleh mungkin....
berpantang maut sebelum kalah....
kalau mereka boleh hadapinya, kenapa tidak aku??

amni
syera
syimah
qeen
mira nani
yanie
azra
paa
bid
kinah
ruby
nisa'
aida
piqah
shikin
fifah...

Sayunya,
it never be the same without all of you...
all the best ya...

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

insyallah ianya terbaik buatku....Aaamin....


19 Ogos 2010

i thought i can change them

Bismillahirrahmanirrahim...
rase-rase macam dah lama sungguh tak berusik blog ni..
musim peperiksaan....kene tahan nafsu sikit...
internet ni kalau sekali bukak bukan satu jam..
habis masa kat depan pc je nnt

semangat ni selalu turun naik...
kadang-kadang rasa macam malas sangat...
teringin gak nak pergi kem ke,motivasi ke..
atleast boleh refresh sikit jiwa ni..
kenapa la skolah tak buat kem krohanian tuk form5?
asyik akademik je...

*****************
untuk sesiapa...

saya harap ada seseorang di sisi saya,
yang akan tegur saya setiap kali saya buat salah,
yang akan tegur saya setiap kali saya tak jaga pandangan mata
yang akan tegur saya setiap kali volume suara saya tinggi depan lelaki,
yang akan tegur saya supaya saya tak banyak bercakap
(bnyk cakap,banyak salahnya,banyak dosa)
yang akan tegur saya setiap kali saya marah,
yang akan sabarkan saya...setiap kali saya disakiti...

zalimnya saya...letak kritirea macam tu kat sahabat saya...
tapi saya sangat berharap 'to be who i used to be'...
sesiapa je,nampak saya salah...
jangan bersetuju dengan ape yang saya buat...
tegur saya...

teringat kata-kata seseorang....
dalam satu situasi,
sama ada kita yang mengubah persekitaran
ataupun kita sendiri yang larut dalam persekitaran tu...

rasanya saya yang kedua tu...

i thought i can change them,
but they changed me...

saya baru tersedar..

help me....





10 Jun 2010

ke mana perginya?

Bismillahirrahmanirrahim...

LAGU KEDAMAIAN- brothers
Sahabat ...
Duniaku kini tiada ceria
Hilang entah ke mana
Detik-detik yang ku lalui
Penuh duri

Bilakah segalanya akan berakhir
Kedamaian kan muncul kembali

Mengapa tangisan itu
Masih terdengar lagi
Adakah tiada siapa peduli

Sahabatku ...
Bersabarlah dengan ujian Tuhan
Natijah kealpaan
Kepahitan yang kau lalui pasti berakhir
Kedamaian kan muncul kembali

tangisan itu
Masih terdengar lagi
Tiada siapa peduli

Di mana nilai kemanusiaan
Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan


Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Di bumi yang telah gersang
Tumbuh pohon nan subur

Di mana nilai kemanusiaan
Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan

Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan...

Masing2 sedia maklum dari akhbar mahupun majalah...
makin hari isu ni makin bertambah pula...
Ustazah ana ada kata, yg media patutnya tak besar-besarkan isu ni...
sbb kita perhatikan isu pembuangan bayi selalu kat front page...
then hampir tiap2 hari ade jer isu ni...lama-lama orang dah jadi lali dengan semua ni.
malah yg membuang bayi pulak fikir yg mereka tu takdelah jahat sangat sebab ramai lagi yang buang bayi. Lagi satu, 'buang bayi' tu dah jadi macam solusi kepada mereka yang mengandungkan anak luar nikah. Dah jadi macam satu equation pulak..



tapi kalau tak dedahkan pun tak boleh juga...masyarakat tak tahu realiti yang berlaku kat negara kita...

berikut adalah kronologi pembuangan bayi....

  • 26 Mac 2010-Mayat bayi yang masih bertali pusat dibuang di jalan padang Tembak, Kampung Melayu Subang dengan sebelah tangannya bercerai dari badan dan digonggong anjing dari sekawanan anjing.
  • 21 Mac 2010- seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui basah kuyup dan tersangat lemah di Ipoh.
  • 15 Mac 2010- Mayat bayi lelaki ditemui di dalam plastik sampah berhampiran surau sebuah stesen minyak di Klang.
  • 6 Mac 2010 - Mayat Bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang berdekatan pasar di Kuching.
  • 13 Februari 2010 - Mayat bayi yang masih terlekat dengan uri dan tali pusat ditemui dibuang dan dibakardalam sebuah tong sampah di Kelantan.
  • 10 februari 2010 - mayat bayi perempuan yang dihurung semut ditemui di masjid di Melaka.
  • 8 februari 2010 - mayat bayi perempuan berbungkus plastik ditemui ditanam di belakang sebuah kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  • 26 November 2009 - Mayat bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Hulu Selangor.
  • 4 November 2009 - Kepala bayi tanpa badan yang telah berulat dijumpai di tempat pembuangan sampah di setiu, dipercayai telah menjadi santapan binatang.
  • 18 Oktober 2009 - Mayat bayi perempuan ditemui di asrama kosong di Pontian, Johor.
  • 5 Oktober 2009 - Mayat bayi cukup sifat ditemui terapung di Sungai Pinang, Georgetown.
  • 13 Ogos 2009 - mayat bayi lelaki yang disangka bangkai kucing ditemui dalam mangkuk pengepam tandas di tandas sekolah Menengah Sains Pokok Sena.
  • 16 Jun 2009 - Mayat bayi perempuan dikerumuni ulat ditemui dalam plastik sampah di sebuah surau, Kajang.
    • 17 mei 2009 - mayat bayi dalam tong sampah, Kuala lumpur.
    • 21 Mac 2009 - Seorang bayi lelaki ditemui di kawasan pembuangan sampah dekat mersing, Johor.
    • 15 Mac 2009 - satu mayat bayi lelaki dan satu janin yang belum cukup sifat ditemui dalam dua beg plastik yang dibuang di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
    • 8 Januari 2009 - Mayat bayi lelaki yang berbungkus surat khabar ditemui di Kg Raja, Cameron Highlands.

    *Bagaimana ye caranya untuk menunjukkan yg kite memang PEDULI isu ni???sebab kaitan mereka dengan kita ialah ISLAM...tak nak maruah islam terus diinjak-injak oleh musuh islam.

    *Jika ibu-ibu di Palestin dengan sukarnya mempertahankan nyawa anaknya supaya suatu hari nanti anaknya menjadi penerus perjuangan islam. Tapi di Malaysia....

    06 Mei 2010

    Exam = Tahu + Mahu + Mampu

    Exam bukanlah hanya untuk menguji apa yang kita TAHU...tetapi apa yang lebih penting ia mencetus MAHU ...dalam menuju kearah MAMPU mendekatkan diri kepada-Nya dengan apa yang kita TAHU.

    30 April 2010

    Aminulrashid ditembak semasa memandu?

    Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

    Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

    Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

    Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

    Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

    AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

    Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

    Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

    Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

    Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

    Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

    Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

    Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang…

    sumber: perisik-rakyat / Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

    21 April 2010

    kerana permata itu...

    bismillahirrahmanirrahim....

    Pernah tak rasa macam nak lari jauh-jauh...tak tahu kemana..yang pasti JAUHHH...
    ye,lari jauh-jauh dari jadual kehidupan yang terlalu padat ...
    lari dari masalah-masalah yang rasa macam tak sanggup tuk terus hadapinya...
    lari dari kekecewaan...(hmm,kita berhempas pulas,org lain yg dapat peluang...kenapa agaknya?)
    lari dari homework yang rasa-rasa macam takde masa utk selesaikannya...memang pun, tanggungjwb selalu melebihi masa yg ada...
    lari dari tuisyen yang bertindih-tindih...dan ada tu yang tak dapat pergi...
    lari, lari, lari dan terus berlari....

    kadang-kadang tu rasa nak pergi suatu tempat...tempat yang tinggi...gunung kinabalu, gunung datuk atau ape saja la....nak jerit sekuat hati, sepenuh tenaga...nak lepaskan semua masalah yang terbuku...'terkamus' di hati....

    percayalah masalah tetap takkan selesai...
    yang kita dapat cuma KEPUASAN...betapa lemahnya kita ni...

    ntah macam mana tadi terfikir pasal PERMATA....
    katakanlah....
    dalam dunia ni ada satu pokok tu penuh dengan permata....
    maka seluruh dunia heboh memperkatakannya....
    akan kecantikannya, nilainya,keunikannya...
    tapi bak kata pepatah hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam...
    jadi tak semua yang berusaha untuk mendapatkannya...
    hanya yang benar tahu nilainya bersusah payah, bergolok gadai untuk pergi ke tempat pokok permata tu...
    salah seorangnya termasuk 'aku'...
    walaupun pada mulanya aku tak rasa yang permata itu begitu berharga...
    tetapi atas susah payah ibu ayahku, jerih lelahnya, hartanya yang telah dilaburkan untuk mendapatkan permata itu...
    akhirnya aku bersemangat....
    maka,persaingan untuk mendapatkan permata itu semakin sengit....
    aku berani gambarkan 'jutaan' yang cuba dapatkannya....
    pelbagai cara mereka gunakan...
    bukan galah dulu2...tapi alatan elektronik yang begitu canggih...
    manakala aku tetap berusaha...
    terloncat-loncat mungkin....
    berbeza mereka yang sedia dikurniakan tangan yang panjang, kaki yang panjang...
    hanya sekali capai, sekali loncat...permata telah pun di genggaman mereka...

    "kejayaan seseorg bukan kerana tuahnya,tapi usaha yang dlakukannya"

    sedangkan aku....
    harus terus kuatkan semangat....
    melompat-lompat sambil tanganku mencapai permata itu....dan terus berusaha....
    walaupun berulangkali aku jatuh....luka,aku ubati....dan terus mencuba....
    yang penting aku tidak berhenti....
    kerana kegagalan sebenar apabila aku berhenti untuk mencuba.....
    kadangkala terfikir juga, "bila la segalanya akan berakhir?", "aku tak tertanggung lagi".....

    dan apabila hari berganti hari, bulan berganti bulan....sampailah ke suatu waktu yang telah dijanjikan-Nya...kejayaan menjadi milikku....
    "nothing is easy in this world"
    nak berjaya pun susah....nak gagal pun susah....
    kesusahan yang akhirnya kejayaan itu jauh lebih manis.....
    ibu ayah tersenyum melihat permata di genggaman ku....

    Kalau lah mereka tahu harga sebuah senyuman itu sangat bermakna buatku....

    ......................................................

    mungkin cerita ini agak tergantung....
    tapi selamilah betul2 cerita ini...
    andaikan permata itu ILMU....

    "Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan laut menjadi tinta,
    ditambahkan kepadanya tujuh laut setelah ia kering, niscaya kalimat Allah tidak
    akan habis ditulis.Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana"
    (al-luqman -27)

    teristimewa buat pelajar iaitu aku juga Tingkatan5 di seluruh dunia.....kita berjalan seiringan...moga cerita ini menjadi motivasi buat kita....
    *if u can't fly, run. if  you can't run, walk. If you can't walk, crawl, but by all means, keep moving.( Dr. martin Luther King)

    17 April 2010

    pencuri hati?

    Bismillahirrahmanirrahmnirrahim....



    MAMPUKAH AKU?



    وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
    Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
    Surah al-Isra': 32

    01 April 2010

    hanYa keraNa 1 KLik!!!nauzubillah..........

    Bismillahirrahmanirrahim...
    kalau baca entry saya mengenai 'link blog,dapat pahala?'....
    inilah artikel yg saya maksudkan...alhamdulillah dah jumpa balik artikel ni...
    Saya MOHON sangat agar baca artikel ni sampai habis!

    **************************************************

    Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut. :

    Mahfumnya::
    Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. :
    “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”

    (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

    Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

    Mahfumnya: Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
    “Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) 2 pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun." (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

    Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.Zack dan YahoogroupZack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.

    Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.Berganda-gandaUntuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.

    Cerita Qabil- Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat.

    Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

    Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

    Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.


    sekadar perkongsian...
    perkara yang kecil macam ni selalu kita terlepas pandang....
    renung-renungkan...

    25 Mac 2010

    Aku ori bukan fotokopi!


    Bismillahirrahmanirrahim...
    sebenarnya lagu 'aku ori bukan fotokopi' untuk gadis2 di raudhatussakinah...
    kalau perasan lagu dibawah ni hadis,dalam PQS ada belajar...
    nak senang hafal hadis,nyanyi je lagu ni..

    Aku Ori Bukan Fotokopi
    Munsyid : Devotees


    كُلُّكُمْ رَاعٍ
    وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ
    فَالإِمَامُ رَاعٍ
    وَهُوَ مَسْؤُولٌ
    وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِهِ
    وَهُوَ مَسْؤُولٌ
    وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا
    وَهِيَ مَسْؤُولَةٌ
    وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ
    وَهِيَ مَسْؤُولَةٌ
    أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ
    وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ


    *Terjemahan:
    Setiap orang diantara kamu adalah penjaga
    Dan setiap orang diantara kamu adalah bertanggungjawab
    Maka Imam itu penjaga
    Dan dia adalah bertanggungjawab
    Lelaki itu penjaga keatas keluarganya
    Dan dia adalah bertanggungjawab
    Perempuan itu penjaga keatas rumah suaminya
    Dan dia adalah bertanggungjawab
    Hamba itu penjaga keatas harta tuannya
    Dan dia adalah bertanggungjawab
    Yang pasti setiap orang diantara kamu adalah penjaga
    Dan setiap orang diantara kamu adalah bertanggungjawab


    Engkau Ori, bukan fotokopi
    Tanyalah hati, sedarkan diri
    Rambut berduri, jatuh cicak mati
    Naik motor seperti tak ingat mati

    Jadilah Ahli Sunnah
    Tinggalkan Ahli Punnah dan Ranah

    Engkau gila budaya metal
    Atau gila penyakit mental
    Nak kata siswi, tapi tak sesuai
    Nak kata dewi, tak sampai piawai

    24 Mac 2010

    FaceBook : Photo tagging yg mengundang DOSA!!


    Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

    Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

    Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

    Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

    Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

    Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

    Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

    Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

    Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

    Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

    Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

    *dicopy paste dari blog seseorang...

    23 Mac 2010

    Link blog, dapat pahala?


    Bismillahirrahmanirrahim...

    'link' facebook samalah ertinya 'link' blog...

    Dan yang masih menjadi persoalan bagi saya dalam hal alam maya ni....mungkin tak berapa berkait sangat dengan tajuk,tapi masih ada kena mengena...

    saya selalu perhatikan walaupun blog dakwah, tapi letak gambar orang yang tidak menutup aurat dalam blog tu,tak kesah la atlet ke ape. setiap orang yang singgah ke blog tu akan lihat gambar x menutup aurat kat blog dia. Kiranya empunya blog ni mendedahkan kepada pembaca blog dia kepada maksiat.

    bayangkan gambar tu dicopy paste dari bloggers lain,kemudian dipostkan kan blog mereka..then,gambar tersebut disaksikan pula oleh reader blog mereka. dah berapa pasang mata dah lihat gambar tu...
    sumber dosa tu dari mana kalau bukan dari blogger yang pertama td...

    Ingat lagi tak kisah pembunuhan Habil? kes pembunuhan yang pertama dalam sejarah manusia.Manakala Qabil pula menjadi pembunuh pertama dalam sejarah manusia. Selagi mana pembunuhan berlaku di bumi Allah ni, Qabil berterusan dapat dosanya.

    *dibaca dari iluvislam,insyallah kalau terjumpa artikel ini lagi,saya post.

    sekadar renungan..

    14 Mac 2010

    answering you~

    Bismillahirrahmanirrahim...
    saya nak buktikan pada dia,saya masih mengambil berat lagi mengenai dia...
    dia masih lagi di hati saya.That's why now i'm answering you...

    1) Adakah anda rasa HOT ?

    takdela...biase je...

    2) Upload wallpaper pc/laptop yg anda guna sekarang ?
    lain kali je la..saya sangat berpuas hati dengan wallpaper skrg..

    3) Cerita pasal gambar .
    suka buat peace..tapi org kata takleh buat sebab menyerupai org yahudi(kalau tak silap)

    4) Bila kali terakhir anda makan pizza ?
    pizza hut boikot....org makan roti pizza kat koop je.Ayuh kayakan koperasi sekolah!(nnt korg jugak dapat komisen)

    5) Lagu terakhir anda dengar ?
    Ghuraba'

    6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini ?
    deleting mail yg tak berkenaan...

    7) Selain nama sendiri , anda dipanggil dengan nama apa ?
    kak ngah...-adik2 je

    8) Tag lagi 8 orang .
    tag ni bukan paksaan...terpulang la nak buat atau tak...
    1.Izzah Atika
    2.Farah Sakinah
    3.Kak Madhiah
    4.Afifah Shabri
    5.Anis Husna
    6.Fateeha
    7.Amanina Amran
    8.kak Nurul Huda

    9) Siapakah org no. 1 kepada anda ?
    kawan rapat dari sek. rendah...my twins..

    10) Katakan sesuatu mengenai orang no. 5
    tak ramai org macam dia...cara dia berfikir sangat berbeza...out of the box...

    11) No. 3 ada hubungan dengan siapa ?
    idk...privacy is the best policy

    12) Bagaimana pula dengan no. 4 ?
    bestfriend juga since primary...one word- "genius"

    13) Pesanan buat orang no. 6 ?
    saya suka kawan dengan kamu walaupun kat sekolah jarang tegur sangat...maklumla masing2 sibuk..

    14) Kata-kata cinta buat org no. 2 ?
    apa-apa pun yang mereka tafsirkan mengenai cinta,itu hanya kulit sahaja...cinta yang sebenar tidak tergambar hanya dengan kata-kata...saya tak tahu bagaimana nak nyatakn betapa saya cinta kat kamu krn ALLAH..^_^

    15) Adakah org no. 7 dan no. 8 mempunyai persamaan ?
    mereka jauh di mata saya...may Allah bless them always...

    16) Berikan 5 perkara yg anda tau mengenai orang yang men-tag anda
    Kita dipisahkan oleh jarak dan masa yang membuatkan kita terasa JAUH..ye jauh...
    -dia takkan tersenyum ketika dia dalam masalah...
    -jiwang,other word romantic...
    -my soulmate...di mata je jauh,di hati TIDAK!
    -birthday dia tak lama lagi..
    -usrah saya..

    17) persamaan antara kambing dan lembu ?
    haiwan kurban...boleh buat kari...rendang pun boleh...

    18) Perasaan anda buat tag nie ?
    saya sangat terharu. saya fikir kamu tak ingat kat saya lagi. Saya selalu risau saya takde di sisi kamu di saat kamu memerlukan saya,alhamdulillah kita sama usrah,at least saya berpeluang jumpa kamu...

    buat kamu,FITRAH ILYANA ABD HALIP...rasa macam baru semalam kita bersama...

    JAUH
    MIRWANA

    Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
    Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih

    Doaku semoga dirimu bahagia

    Aku yang kini jauh
    Damba keampunanmu
    Khilaf antara kita
    Kan terlerai akhirnya

    Bersama kasih kita dan cinta

    Moga berbahagia meniti harimu yang indah
    Setia kunanti tiba saatnya kitakan bersua

    Doaku semoga dirimu sejahtera

    Aku yang kini jauh
    Damba keampunanmu
    Khilaf antara kita
    Kan terlerai akhirnya

    Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
    Dirimu tak pernah kulupa
    Terus kunanti setia
    Saat Indah kita bersama

    Bersama kasih kita dan Cinta

    Takut riak,lebih baik buat atau tak??

    Bismillahirrahmanirrahim...
    Alhamdulillah internet sihat juga akhirnya...


    Berkenaan tajuk di atas....
    Hmm,katakanlah kita berada dalam situasi ni,

    "kita nak sedekah duit kat masjid...tapi waktu tu masih ramai orang lagi dalam masjid. nanti kalau aku sedekah mesti terdetik di hati perasaan riak..kalau macam tu kiranya aku tak ikhlas la nak bersedekah...sedekah aku pun sia-sia je....lebih baik tak payah...lain kali je la aku sedekah...time org tak ramai dalam masjid..."

    ok, kita sedekah sekarang kerana ALLAH ataupun kerana MANUSIA?
    kalau kita sedekah kerana manusia, kerana takut dilihat manusia....itu dikira syirik kecil...
    Kalau dalam situasi begini, teruskan saja dengan niat kita....

    Oh ye,berkata mengenai NIAT...

    Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman, 'Jika hamba-Ku berniat melakukan keburukan, jangan kalian(para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya. Jika ia telah melakukannya, tulislah dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya kerana-Ku,tulislah untuknya satu kebaikan. Jika ia berniat melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan. Jika telah melakukannya, tulislah untuknya(ganjaran) sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda"

    (riwayat al-Bukhai no.6126 dan Muslim no.131)

    Sekalipun ternampak 'kotak derma' ,berniat nak derma tapi tak derma lagi pun dapat pahala...

    Insyallah,apa yang kita perlu lakukan baca "A'uzubillahiminassyaitonirrajim" sebelum atau ketika bersedekah (ataupun apa sahaja ibadah) supaya syaitan tu tak sempat nak bisikkan mantera ajaib dia...

    Akhir kalam...
    peringatan buat diri dan semua,
    SELAMAT BERAMAL....




    08 Mac 2010

    SARARISA GIVEAWAY 2010

    Bismillahirrahmanirrahim...
    buat kali keduanya saya menyertai giveaway...
    kali ni hadiah lebih menarik seperti yang boleh dilihat di pic di ats ni,
    antaranya:

    ~ 60++ fancy button
    ~ 1 set love sticker
    ~ 3 set wooden heart shape
    ~ 20pc satin flower
    ~ alphabet confetti
    ~ love confetti
    ~ flower shape sequin
    ~ 2 pc butterfly memo clip
    ~ 15pc assorted eva foam applique
    ~ lace border flower
    ~ 2pc love cross stitch
    ~ 1 pc love applique
    ~ DAN JUGA HADIAH MISTERI MENANTI......jeng x3

    syarat-syarat pun senang,boleh tengok sararisa blog...
    ok,kalau nak join giveaway ni kena cepat sebab tarikh tutup dia 11 mac ni...
    cepat!!

    hope to be the luckiest one...Aameen....
    kalau memang rezeki kita menang jugak kan??^_^

    that's all for now...
    *homework +math x siap lg ni...

    07 Mac 2010

    L.E.B.A.H



    Bismillahirrahmanirrahim...
    Alhamdulillah,setelah berfikir berhari-harian akhirnya saya diberi kekuatan untuk meluahkan sesuatu pada seseorang.(belum lagi...insyallah)

    Teringat kata Imam Al-Ghazali:-(lebih kurang begini maksudnya)

    Sekiranya kita terlihat ada lebah hinggap pada tubuh sahabat kita. Adakah patut kita biarkan sahaja?atau kita menegurnya. Kalau kita tidak tegur,barangkali lebah itu memberi mudarat kepada sahabat kita.

    Maksudnya di sini:
    Katakanlah sahabat kita ada melukakan hati kita(mungkin dia tak sedar). Adakah patut kita mendiamkan diri demi menjaga hatinya?ataupun kita bersemuka dengannya dan cerita apa yang kita tak puas hati dengannya. Kalau kita tak tegur, siapa tahu pada masa akan datang dia akan mengulangi perkara yang sama pada orang lain. Kalau macam tu, kita telah mendedahkan dia kepada kemudharatan yang lebih besar. Tergamakkah kita buat sahabat kita begitu?

    Kalau kita menegur, janganlah over ibarat memulangkan paku buah keras padanya. Kita menegur demi kebaikan dia.

    Duhai sahabat,
    ukhwah yang terbina kerana Allah,
    takkan mudah goyah disebabkan dugaan kehidupan,
    Insyallah segalanya pasti ada penyelesaian,
    Cukuplah Allah segalanya buatku...
    Uhibbukilallah....

    *jadilah ibarat pohon. Sekalipun dibaling dengan batu tetapi tetap menghasilkan buah.

    kemenangan setelah kegagalan


    Bismillahirrahmanirrahim....
    First of all,setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah,Al-Khalik yang memberi kita nikmat kemenangan setelah bertahun-tahun kegagalan. Bersyukur juga kerana sempat merasai nikmat hari sukan yang paling best kat sekolah shams. Tak pernah merasai kegembiraan seperti ini. Kasihan Along komplen sebab waktu dia dahulu tak semeriah ni. Sedikit sebanyak suasana hari sukan di shams hari ni dapat menyaingi suasana hari sukan kat sekolah SRI dulu. Rindunya....

    Kemenangan yang tak disangka-sangka apabila rumah biru muslimin mendapat markah tertinggi. Pada mulanya agak kecewa dan patah hati untuk letak harapan yang terlalu tinggi untuk rumah biru. Perbarisan tak menang. Hias khemah pun tak menang. Padahal usaha-usaha yang semua ahli rumah biru terutamanya batch form5
    (Abidah,Aiman,Saddiq,Mahadi,Intan,Hazirah,Sakinah,Hasyimah, kak mun dan ramai lagi...)
    rasa macam tak patut di balas dengan kekalahan. Tahniah buat semua.

    Oh ye,orang kata maskot Doraemon tu bawa tuah. Sejauh mana kebenarannya tak tahulah.
    *tiba-tiba teringat kata-kata si pemakai maskot Doraemon tu selepas kemenangan,"kak..kitorang bakar je doraemon ni.."Aisy,dia tak tahu betapa susahnya buat bende tuh..(walaupun saya tolong cket2 je...)

    tadaa...inilah hasilnya......


    atlet rumah biru tak ramai.kesian, orang yg sama je lari.


    **sedihnya tak dapat pergi Muslimah Stage.Sudahla ini tahun terakhir saya kat sini.huhu..

    PENANTIAN RUMAH BIRU BERAKHIR JUGA. KAMI MENANG BERGAYA. SYABAS SEMUA.
    ahli rumah biru sila comment^_^


    24 Februari 2010

    Muslimah Stage

    Bismillahirrahmanirrahim...
    Setelah sekian lama penantian...
    akhirnya, Muslimah Stage jadi jugak diadakan...sempena MRIS(Minggu Remaja Islam)
    Muslimin Stage pun ada jugak tapi tak nak 'highlight'kan sangat..
    ye la biasanya pun memang muslimin je konker stage tu...

    Saya 100% setuju Muslimah Stage tu diadakan,
    sebab tahun lepas classmate perempuan saya dah bincang2 dah,

    "weh, kalau kumpulan nasyid perempuan ada kat skolah ni kau nak join tak??"
    " nak!nak!"
    "eh boleh ke ada kump nasyid perempuan kat skolah agama?pastu kita kan dah memang ada kump nasyid lelaki..."
    "aku dengar ustazah kata.....(ayat2 utk mengukuhkan fakta masing2)"

    saya ingat sampai part tu je.
    insyallah kalau Muslimah Stage tu diadakan, pasti ianya berasingan dengan kaum adam.
    Atau dengan erti kata lain, pentas tu muslimah punya jadi seluruh dewan tu MESTI muslimah sahaja...
    Pasti programnya sungguh menarik. Saya tahu ramai muslimat yang ada bakat bersajak , bersyair, berlakon, nasyid dan macam-macam lagi tapi malu. Jadi,dengan cara ni bakat mereka tu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik dan tepat.

    Kalau boleh tak nak lah student2 SHAMS selepas sekolah join ujibakat akademi fantasia, raja lawak mahupun apa sahaja program realiti tv sekarang(akademi al-quran tu lain ye..)...
    terutamanya yang muslimat. Alasannya kerana di sekolah dulu mereka langsung tak diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka..

    Harap-harap Muslimah Stage ni memberi impak yang berbeza...Aamin.
    Insyallah,islam kan flexible...


    16 Februari 2010

    cakap...cakap

    Bismillahirrahmanirrahim...
    apa sahaja tujuan kita ber'blog'...
    hati-hati ye...
    pastinya untuk kebaikan dan yang terbaik buat diri kita...
    jangan wujudkan persengketaan melalui 'blog'...
    sudahnya blog dipersalahkan.
    sedangkan 'blog' hanyalah alat,kita yang mengawalnya..

    akhir kata,
    besar bezanya....
    CAKAP APA YANG KITA TAHU
    dan
    TAHU APA YANG KITA CAKAP...

    Setakat ini sahaja,teguran buat mereka.Juga teguran buat diri saya sendiri....Ilal liqa'

    02 Februari 2010

    Naughty girl?

    Bismillahirahmanirrahimm...
    lihatlahlah apa yg saya dapat di internet kali ni...
    gambar si kakak mengerjakan si adik...heheh


    Kalau tengok sekilas ingatkan anak patung yang kena cakar....^_~hehehe

    Tanda Kematian


    TANDA 40 HARI
    Tanda akan berlaku sesudah
    waktu Asar. Bahagian pusat kita
    akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
    daun yang tertulis nama kita
    akan gugur dari pokok yang letaknya di
    atas Arash Allah SWT.
    Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
    tersebut dan mula membuat
    persediaannya ke atas kita, antaranya
    ialah ia akan mula mengikuti
    kita sepanjang masa. Akan terjadi
    Malaikat Maut ini akan
    memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
    jika ini terjadi, mereka
    yang terpilih ini akan merasakan
    seakan-akan bingung seketika.
    Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
    seorang tetapi kuasanya untuk
    mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
    jumlah nyawa yang akan
    dicabutnya.
    TANDA 7 HARI
    Adapun tanda ini akan diberikan hanya
    kepada mereka yang diuji dengan
    musibah kesakitan di mana orang sakit
    yang tidak makan secara
    tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
    TANDA 3 HARI
    Pada ketika ini akan terasa denyutan di
    bahagian tengah dahi kita
    iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
    tanda ini dapat dikesan maka
    berpuasalah kita selepas itu supaya
    perut kita tidak mengandungi
    banyak najis dan ini akan memudahkan
    urusan orang yang akan
    memandikan kita nanti.
    Ketika ini juga mata hitam kita tidak
    akan bersinar lagi dan bagi
    orang yang sakit hidungnya akan
    perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
    dikesan jika kita melihatnya dari
    bahagian sisi. Telinganya akan layu
    dimana bahagian hujungnya akan
    beransur-ansur masuk ke dalam.
    Telapak kakinya yang terlunjur akan
    perlahan-lahan jatuh ke depan dan
    sukar ditegakkan.
    TANDA 1 HARI
    Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
    kita akan merasakan satu
    denyutan di sebelah belakang iaitu di
    kawasan ubun-ubun di mana ini
    menandakan kita tidak akan sempat untuk
    menemui waktu Asar keesokan
    harinya.
    TANDA AKHIR
    Akan berlaku keadaan di mana kita akan
    merasakan satu keadaan sejuk
    di bahagian pusat dan ianya akan turun
    ke pinggang dan seterusnya
    akan naik ke bahagian halkum.
    Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
    kalimah syahadah dan berdiam
    diri dan menantikan kedatangan
    malaikatmaut untuk menjemput kita
    kembali kepada Allah SWT yang telah
    menghidupkan kita dan sekarang
    akan mematikan pula.
    Sesungguhnya mengingati mati itu adalah
    bijak
    Saling berpesan2lah sesama kita..