Nasyid Instrumental

14 Julai 2013

Polos

Bismillahirrahmanirrahim.

Dari jauh ku melihat gadis polos itu. Dia di masa silamnya. Oh, cemburu rasanya. Betapa dia begitu bersusah-payah menjadikan dirinya solehah. Walaupun bukan di mata manusia.

Aku berada di sisinya, dia menangis tersedu-sedan. Sayu aku melihatnya.
"Orang takkan faham apa yang saya rasa..."

Tangisannya bersambung.
"Saya rasa saya teruk sangat. Saya dah mula berani menyebut nama lelaki. Mendengar mereka menceritakan perihal lelaki itu begini begitu...Saya rasa teruk sangat...Kenapa saya berubah teruk sangat macam ni..."

Memang, dia yang kukenali tak pernah terbit dibibirnya nama mana-mana nama lelaki. Aduhai, rinduku padamu kian berlagu. Dia terlalu malu menyebut nama mana-mana lelaki, agaknya terfikir nama seorang lelaki dalam hatinya pun menyebabkan, dia beristighfar panjang. Merasakan dirinyalah yang paling berdosa.

Ingat kata-kata dia,
"Walau warna apa sekalipun baju seragam sekolah, bukan penyebab menghalang kita dari menjadi solehah."

*********************

Gelisah. Mungkin itu rasa yang cuba kugambarkan pada dirinya saat itu. Malam itu gadis polos itu bangun menunaikan solat taubat.

"Ya Allah, sungguh aku susah hati atas apa yang menimpa aku. Aku dijadikan sasaran fitnah mereka. Ya Allah, jangan kau uji hatiku dengan fitnah-fitnah mereka terhadapku. Jangan biarkan nama dan maruah ku tercalar disebabkan fitnah-fitnah mereka. Aku khilaf, aku silap, aku berdosa Ya Allah. Jangan kiranya Ya Rabbi, disebabkankan kekhilafanku itu, aku diuji dengan fitnah sebegini. Sunggu aku tak mampu. Jauhilah aku dari fitnah lelaki terhadapku"

Air mata yang mengalir di pipi dilap dengan hujung telekung. Allah, sedih aku melihat keadaannya. Dia mahu jadi solehah, tapi ujian yang datang padanya bukan kecil. Terlalu asing buatnya.




Moga dirimu kuat.

http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/hati-labuhan-lelaki-lain/

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...