my follower

Nasyid Instrumental

23 Mei 2011

Dia Lebih Tahu



Kadang kala kita berdoa untuk kuat,
Tapi banyak pula dugaan yang datang.

Kita minta cerdik,
Tapi masalah pula yang datang.

Kadang kala kita minta kebahgiaan,
Tapi huru hara pula yang menjelma.


Dugaan menjadikan mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru hara menjadikan kita tabah..

SUBHANALLAH.......


Betapa besarnya kuasa Allah,
Semua ada hikhmahnye.

Telah berkata Jibril a.s
''Wahai Tuhanku,Engkau sampaikanlah hajat hambamu''
Maka Allah berfirman
''Biarkan hambaku itu,kerana Aku mencintai rintihan suaranya.

Annas Ibni Malik r.a

06 Mei 2011

Coretan Pelajar Terakhir



bismillahirrahmanirrahim...
baru lepas baca iffah syuqaira punya blog, cerita kapal terbang walaupun ringkas tapi memberi makna yang mendalam sangat2 kat aku.time habis baca tu bnyk kali cakap dengan diri sendiri 'ha,betul la tu,betullll sesangat'..rasa mcam post tu betul2 utk aku(ye la kot)..rasa bermotivasi sangat lepas baca.

Time tu tiba-tiba terflashback balik 'saat-saat terindah' sebelum spm.

ingat lagi lepas trial spm, dengan result yang biasa2 saje tu tiba-tiba aku ditempatkan kat kelas ikram(kelas bdak2 pndai)...ada rakan sekelas cakap tahniah sbb dapat masuk kelas tu,waktu tu tak konfom lagi pindah2 kelas ni,baru ura-ura psl tu..ak pun takdelah ambil port sangat....

pastu esok tu cikgu asmah,cikgu matematik aku sebutkan 5 org dari kelas aku masuk kelas ikram..orang yang pertama disebut tu aku, kejap tu tengok balik kat
list nama ikut ranking. nama aku betul2 bawah sekali nombor 32....pelajar yang last sekali. bayangkanlah perasaan aku jadi orang terakhir dalam kelas pelajar pintar .memang rendah diri yang teramat sangat masa tuh.dalam hati da komplen2, asal la mesti sampai no.32, no.31 pun boleh jer....pastu mind aku dah siap set yang akulah pelajar yg paling lemah n serba tak tahu dalam kelas tuh...Allah sahaja yang tahu masa tuh...

2 bulan sebelum spm itu adalah tempoh yang sangat memeritkan!!mmg da tak sanggup jadi budak skolah utk setahun lgi.tak tahula nak cakap macam mana...trpksa brpisah dengan kawan2 yang dah 2 tahun bersama dalam keadaan spm yang akan menjelang tak lama lagi...sesuaikan dengan keadaan baru,cikgu baru yang berbeza cara pengajarannya...ya allah,Tuhan je tahu. kawan2 ok, tapi persepsi aku ni selalu menyangka yang aku dipinggirkan sebab tak pandai..tak sape yang perlukan....dah la aku ni jenis tak mudah rapat dengan orang, tegur gitu2 bolehla...aku masih bole ingat lagi beberapa peristiwa memalukan kat kelas tu..'beberapa' maksudnya lebih dari satu...

sejujurnya aku bukan tak suka kelas ikram,tapi aku memang mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri kat suatu tempat tu...kok iye pun,bagi la tempoh kan...

ingat lagi ngadu kat umi,hehe mcam budak2 kecik pun ade....
umi,syifa' malu sangattt pasal *******(adala satu peristiwa tu).rasa dah taknak dah pegi skolah...tak suka la hidup dalam keadaan macam ni...dah la baru lagi, bende tu jadi pulak kat syifa',org lain yg same baru masuk tak kena pun macam syifa'....

*Allah bagi ujian mengikut kemampuan hambaNya dan mengikut yang terbaik untuk hambaNya...Allah uji aku seorang mengenai peristiwa tu walhal ramai je rakan lain yg same2 bru masuk sebab Allah tahu aku mampu harunginya...dan itu yang terbaik buat aku...mesti ada hikmahnya....

pastu umi balas begini,
"sabarlah kakngah,dari darjah satu sekolah dekat 11 tahun kakngah boleh bersabar...takkan lah dua bulan lagi sekolah kakngah tak boleh bersabar..."

Alhamdulillah berkat sabar,
jalan menuntut ilmu itu sukar dan menduga kesabaran..
dan orang yang terakhir pun masih boleh berjaya kan...
Alhamdulillah!!

Aku petik kata-kata bakal engineer ni, (insyallah sbg motivasi utk diri sndiri)
cerita ni memberi satu pengajaran kepada aku, iaitu tak semestinya kalau kita berada di tempat yang terakhir, tak kira la dalam kelas ke, dalam batch ke, dalam apa sekalipun, kita tak berjaya. Tidak. Tidak sama sekali. Bahkan tak mustahil kalau kita lebih hebat dari mereka yang berada di depan-depan tu.
Akhir kata,ingatan untuk semua!dan diri ini juga.....