my follower

Nasyid Instrumental

20 Mei 2013

Mekanik

Bismillahirrahmanirrahim...

Last week,
Minggu ujian + dugaan + bebanan bertimpa-timpa

Hari isnin pergi hantar Qaswa ke bengkel berdekatan dengan Dataran Nilai. Bak kata ayah semalam, compressor yang rosak, ayah siap bagitahu lagi harganya RM380 serba serbi, bimbang tertipu.

Jap, ni rupa compressor,


Then, bincang-bincang RM380 harga ganti compressor sahaja.
Tambah lagi RM50 untuk masukkan gas aircond sebab aircond pun problem.
So, total RM430.

Then, encik mekanik tu tanya lagi,
"Filter nak tukar sekali tak?"
Dengan muka blur, "Filter ape?"
"Filter utk minyak kereta...bla bla bla...."

Last-last bagi handphone pada ayah suruh deal. Seriously, filter yang aku bayangkan macam ni...


**Perhatian, ini filter air...

Inilah filter. (ini pun google)

Kemudian, setelah 2 jam, Qaswa punya aircond dah siap dan compressor pun dah diganti. Aku pun bagitahu encik mekanik tu,

"You kasi baiki itu hon sekali lahhh...itu pun rosak", sambil tunjuk pada salah satu abdomen dalaman Qaswa.

"Amoi, itu bukan hon (sambil tersengih-sengih). Itu alarm"

Ya Allah , tak tahu nak letak mana muka. Memang sah-sah aku ni jenis yang tahu drive je,tapi satu benda pun tak tahu pasal kereta.

Survey harga hon pulak, disebabkan aku tak tahu apa masalah hon tu, aku just suruh tukar baru je hon tu. Katanya rm28. 

"takpelah, uncle lain kalilah...takda duit. Tak penting sangat pun"

***
Selepas 2 hari, berhadapan FKP. Ada sebuah kereta ni, sedang reverse kereta sebab nak masuk parking, aku tunggu belakang kereta tu. Jauh lagi jarak kereta dia n aku. Aku pun taklah tukar gear R n tak mengundur ke belakang. Aku teragak-agak sebab bila dia mengundur tu dia macam laju je sampai bila dalam dua jengkal bonet belakang kereta dia n bumper depan kereta aku tu dia slow dan tak bergerak lagi. Dan seharusnya apabila reverse,pemandu perlu menoleh pada cermin sisi dan cermin depan dahulu.

Sekali tuh, pedal minyak dia tekan lagi.

BUMMM!!! (over ke?)

Starting that moment, aku menangis. Almost 2 minutes. Sampai kawan-kawan dalam kereta aku cemas sangat-sangat. Mereka risau aku dah tak boleh drive.

I've no idea, kenapa aku menangis.  

It takes time to remove that from your memory.
But, aku lebih selesa memori itu masih dalam ingatan aku. Setidaknya dengan cara itu aku mengingati mati.

Mungkin itu trauma.

Mengingatkan pada peristiwa 2 hari lepas, 'hon' tu. 
Ambil pengajaran, habis koko terus sahaja ke bengkel untuk baiki hon.
Tapi this time kena RM68. The other RM40 for the relay..

Relay



Function of the relay? (dah macam lecture note pulak dah)

Basically, a "relay" is a switch. When you push the horn button you're triggering the relay which in turn feeds power to the horn.

It's an electrically controlled switch. It allows a small amperage current, controlled by the horn ring, to switch at the relay, rather than the full load going up and down the wiring in the column. The heavy current is somewhat directly taken straight from the battery to the relay, then to the horn, bypassing the column and reducing the arcing and wear there. 


Alhamdulillah, at least I learn something. Ilmu tentang kereta.

Cuma, tertanya-tanya kenapa mereka dipanggil 'mekanik'?
Sebabnya, dalam kos Applied Physics ini kami ada ambil satu subjek dinamakan MEKANIK. Tetapi tak belajar pula pasal relay, filter, compressor dan sebagainya. 

Subjek mekanik yang kami pelajari pasal force, inertia, gravity, energy, torque, speed, velocity dan wave. Mudahnya kami belajar pasal MOTION, bukan pasal abdomen kereta. 

Just wondering ;-)

-----------------------

In Shaa Allah. May Allah ease.
*Minggu ni kuiz mekanik, hubungan etnik, calculus dan bahasa Arab.
*Presentation VIVA, mekanik, b.Inggeris
*Assignment - Wave Vibration(video)

02 Mei 2013

Cerita Adik

Bismillahirrahmanirrahim.




"Angah, hari itu Cikgu Rohana cerita kat Umi. Adik luah masalah kat dia. Dia kata dia mengadu yang dia stress". Pertama kali dengar, rasa macam nak gelak guling-guling. Hehe,tak tahu pulak budak umur 12 tahun ada stress. Lagipun aku nampak selama ni dia macam takde perasaan je. Tahu tengok tv n main games je.

"Pasal apa dia stress?"

"Dia kata, semua adik beradik dia dapat straight. Tapi dia tak dapat masuk kelas A pun. Pastu semua orang harap dia dapat 5A jugak. Dia stress"

***


"Angah, Adik masuk kelas Hambali", beritahu Umi padaku.

"Oh, takpelah, boleh usaha lagi. Tak semestinya tak dapat masuk kelas A tak dapat 5A waktu UPSR", aku menjawab sambil mataku halakan pada si Adik.

"Tahu tak Abang Sin kata apa kat dia?", tanya Umi. Aku dah agak dah budak yang seorang ini kalau tak melaser memanglah bukan dia.

"Abang Sin kata adik seorang je dalam keluarga ni tak pandai", Adik tiba-tiba menyampuk. Mukanya ditundukkan sedikit.

"Alah..takpelah. Waktu Kak Ngah dulu, ada je kawan-kawan Kak Ngah dapat 5A dari kelas B. Tapi dia belajar sungguh-sungguh. Adik nak dapat 5A, kenalah belajar sungguh-sungguh"

***

Sejak hari tu, Umi beritahu yang Adik guna hujah aku setiap kali diejek oleh Abang Sin.
"Kak Ngah kata........"

Hehe. Adik, adik~!

To brothers and sisters out there,
Hormatilah adik-adik anda. Mereka juga punya perasaan.^_^


# Hari ni >
 lepas subuh menghadap buku atas katil > terlelap > pastu pukul 7 kelam kabut gosok baju > entah mana silapnya berlubang kainku kerana seterika > 7.20 mandi > 7.40 siap pakai tudung + stokin > kawan datang bilik dengan baju tidurnya- "Syifa', rinikan takde kelas"

Patutlah hari ni rasa berat sangat badan nak ke kelas.

# Status : Rasa macam nak terbang je balik ke rumah.

01 Mei 2013

Bukan Puitis

Bismillahirrahmanirrahim,
Instead of searching about 'Fuel Cell' for my presentation next week,
I was here. ^_^
*Don't worry, I'm doing multi-tasking.

Dua hari lepas, aku ada menulis tentang sesuatu. Sepanjang 3 muka. Tapi coretan aku itu terpaksa diperamkan sahaja atas sebab-sebab tertentu. Boleh jadi berharga untuk masa akan datang nanti. In Shaa Allah.

Sejujurnya aku agak terkesan dengan apa yang bakal berlaku dua tiga hari nanti. Walaupun belum layak mengundi. Tapi kebimbanganku makin lama makin menjadi-jadi. Dalam keadaan yang adakalanya begitu lemah, iman yang turun naik. Dan soalanku saban waktu,

"Hari ini apa yang aku lakukan untuk kemenangan Islam?"

Hari-hari disibukkan dengan memikirkan assignment, report, tutorial, presentation. Dan aku tahu ada sahabat-sahabat yang begitu padat masanya untuk Islam, sedang aku ini pula siap punya masa untuk membaca novel n dsbgainya.

"Jika Allah ingin memenangkan agamaNya, nescaya teramatlah mudah..tetapi mengapa dakwah panjang sekali dan melalui jalan yang berliku? Tidak lain tidak bukan, ia adalah untuk mengangkat darjat para penda'wah dan pejuang agamaNya, sama ada berakhir dengan KEMENANGAN ataupun tidak. Rasul-rasul sebelum kita telah melaluinya. Maka kita juga harus melaluinya."




Bahkan, aku adakalanya tertanya-tanya. Adakah benar pilihan-Mu Allah meletakkan aku di jalanan ini? Sedangkan aku ini begitu lemah, mudah jatuh semangatnya, suka bersenang-lenang dan tidak lantang bersuara. Ketara sangat aku dan sahabat-sahabat seperjuanganku yang lain.



***



Aku kecewa. Mungkin ada dosaku yang membuatkan segalanya seakan berterabur. Mesej yang cuba untuk aku sampaikan melalui skrip video tak berjaya difahami oleh mereka. Sampaikan ada yang bertanya,

"Siapa yang tulis skrip?", dengan sinisnya.

Aku cuma mengaku dalam hati. I admit, It did not turn to be as I was expexted. I didn't blame on them because I know everyone had already put the best effort for the making of this video.

Sebenar-benarnya, I didn't plan at all to make love story. And the story wasn't focus on LOVE theme. But sadly, that is the only thing people view in the video.

Wait, I do have a confession to make. Aku tak baca novel cinta yang merapu, aku tak baca novel cinta murahan, aku tak baca novel cinta yang takde value Islam didalamnya. Then, It was my first trial of writing script. So, I was trying hardly to make it Islamic as I could.

And I wrote the script as a substitution to their script. Their story was a love story (I could say entirely). And I have a bit conflict to adapt their story in my mind. You can guess the reasons.

For those who are reading my blog, (at least you know something)

Cerita aku mengisahkan pasal seorang pelajar fizik dan niat murninya supaya setiap pelajar ambil sarapan  sebelum ke kuliah. Then, dia terjumpa seorang perempuan yang sakit gastrik dan berniat membantu perempuan tu, dan pada masa yang sama sahabat perempuan tu pulak pernah kehilangan kakak sebab gastrik yang sangat teruk. So, mereka berkolaborasi untuk membantu perempuan tu, namanya Adila dengan cara letak oat kat dalam basikal Adila. Tapi sebenarnya kawan Adila tu yang bagi. Dan setelah sepuluh tahun, dengan kemajuan nanoteknologi, oat tu berjaya dirumus sehingga terhasil kek coklat yang ingredientnya 1oo% oat. Kenapa oat jadi pilihan? Mudahnya sebab oat tu ringkas, sedap dan berkhasiat.

The last part, barulah Adila dan pemuda itu bertemu. Kholas.

But at the beginning, takdepun sebenarnya love part,only at the last scene. Nanoteknologi? You can google by yourself. But unfortunately, tiada pun scene yang menerangkan pasal nanoteknologi, which I believe will be the greatest correlation to physics field.

Have you heard about Safi Rania Gold?
It was manufactured through the nanotechnology. Pernah sekali tu ada desas-desus mengatakan yang Safi Rania Gold ini seakan susuk, maka ia adalah haram. Tapi sebenarnya ia telah disahkan halal oleh JAKIM sendiri, hukum penggunaannya adalah harus.

Orite.
'Ala kulli hal. Seakan aku memberi banyak penumpuan pada kekecewaan aku, diambang-ambang perjuangan sebegini, aku pulak sibuk berfikir tentang perasaan sendiri dan bagaimana pandangan orang terhadapku. It just sharing of thoughts, maybe.

****

Well, I believe it was a need to share this. My experiences,
( parts of the 3 pages)

Kami lantas memberhentikan teksi. Tambang RM12 dihulur. Mahal sangat teksi di Kuala Lumpur, rasanya cuma lima minit kami berada dalam perut teksi, ditolak masa ketika berhenti di lampu merah, mungkin cuma 4 minit. 
Berbual dengan Uncle Taxi, entah dimana silapnya. Manusia yang pergi bersekolah dan ke universiti disalahkan 100%. Kata Uncle, anak-anaknya yang sudah berjaya sampai ke menara gading tidak memberikan harta padanya walaupun masing-masing sudah mempunyai kerjaya. Anak-anak sibuk membayar hutang rumah, kereta dan hutang belajar dahulu. Katanya lagi, jika dibandingkan anak-anak zaman dahulu, tak berpendidikan tinggi tapi tetap menyumbang sedikit pada kedua ibu bapa. 
"Lebih baik tak perlu sekolah! Manusia itu semua sama saja ma...."
Bukan salah pendidikan. Yang bermasalah sistem pendidikan. Oh silap, sistem pelajaran. Yang cuma dipandang pelajaran, bukan didikan dari ilmu yang dipelajari. Sistem yang mengambil untung dari generasi yang bakal mewarisi pemerintahan negara. Sedangkan pusat pemulihan di Sungai Udang Melaka lengkap dengan masjid yang cantik, prasarana yang lengkap dan penghuninya menikmati kehidupan yang selesa. Kami mahasiswa pula berhadapan dengan yuran sebanyak hampir RM1500 setiap 6 bulan/semester. 
Oh, istimewanya kami.
Bukan mencari penyelesaian dengan mengemukakan masalah yang baru, tetapi masalah mungkin boleh selesai andai kata hutang pelajaran tiada. Setidaknya para graduan tidak bermula dengan negatif -RM36000, tetapi dengan sifar. 


Akhiran, Taqaballallhuminna wa minkum.
Wallahua'lam.

#Kefahaman itu suatu proses kan sahabat? Kita boleh terima pelbagai jawapan untuk satu persoalan kita, tapi yang memberi izin untuk faham sesuatu itu Dia. Bukan dia, yg menjawab soalan.