Melihat pada timeline post terdahulu.
Paling tidak satu entri sebulan... tapi sekarang dua tiga bulan baru satu entri.
Kenapa ye begitu? Dan aku jadi seolah-olah jauh dari dunia penulisan.
Kurang membaca barangkali.
Menulis bukan sekadar menyampaikan tahu, tetapi memaknakan tahu dalam diri.
Ada seorang teman, saat aku mengadu perihal semangatku yang makin hari menjunam ke dasar. Seakan-akan aku lihat cahaya dari puncak. Aku daki puncak itu, tetapi apa yang kulalui semakin gelap dan hitam.
Kata dia," Awak, tak semua orang sedar apa yang dia lalui. Ada orang apabila diuji sebegini, dia tak rasa apa-apa. Alhamdulillah, awak kena bersyukur, awak sedar apa yang berlaku dalam diri awak"
Aku diuji dengan sesuatu yang boleh aku istilahkan dahsyat. Membuatkan aku tertanya-tanya sendiri, benarkah aku yang mengawal diriku sendiri (atas izinNya)?
Kata aku, " Saya boleh buat apa awak?Kalau saya hanya tersedar, tapi saya tak boleh nak bimbing semula diri sendiri"
"niat untuk berubah perlu disertai usaha ke arahnya"
Easy steps, perkongsian dari Habib Najmuddin, yang paling penting untuk berubah...
1)Niat yang benar
2)Bermujahadah bersungguh-sungguh
3)Serahkan segala urusan kepada Allah, In Shaa Allah
"Faiza 'azamta fatawakkal 'allah"
Pesanan untuk penulis,
"mungkin ada ketikanya kita merasa lemah, apabila apa yang kita tulis dan kita coretkan diuji dengan sehebat-hebat ujian, kita bukan setakat jatuh, tapi tersungkur dek kotoran-kotoran disekeliling kita. jatuh berulang-ulang kali. Hinggakan hati kita berbisik, mampukah engkau ini berdiri tegap semula? Hati berbisik lagi, engkaulah golongan da'ie, yang mengaku diri dai'e, yang Allah maksudkan dalam surah assoff ayat 2-3. Yang mengatakan sesuatu yang tidak kau lakukan. Ayat yang engkau lazimkan dalam usrah engkau, bukan untuk mengingatkan mereka. Tapi mengingatkan engkau. Daie pun manusia, yang pastinya berbuat dosa, dan sebaik-baik pendosa adalah mereka yang bertaubat...."
**
Pernah sekali, aku menghadiri ifthar + ceramah. Penceramah itu pelajar juga barangkali. Hebatnya dia berkata-kata. Dengan nada dan suara seolah-olah penceramah yang biasa muncul di kaca televisyen. Apa yang aku lakukan saat itu? aku main game di telefon bimbitku. Serbasalah. Aku berhenti bermain sejenak, aku mengangkat kepala, memandang pendengar-pendengar lainnya. Semua sama, tiada fokus, berjenaka, berbual mesra dan ada yang seperti aku juga. Aku berusaha menangkap butiran yang disampaikan. Mengapa ya? Ibarat angin lalu... tak jengah ke hati aku?
Muhasabah seketika.
"Kalau sesuatu yang datangnya bukan dari hati, mana mungkin akan jatuh ke hati?"
atau
"Tak mungkin menerima cahaya ilmu kerna dosa, maksiat dan hitamnya hati?"
Terbayang wajah adik-adik usrahku seorang demi seorang. Mungkinkah aku da'ie seperti itu? Memberi sesuatu kerna 'we have to give something' rather than 'we need to give something'.
We need to give something for ummah. Let's healing for the sake of ummah.
"Islah nafsak wad'u ghairak, Perbaiki diri kamu dan serulah pada orang lain. "
Did anyone wonder why using wa instead of qobla (maksudnya : sebelum)? So that it gives meaning perbaikilah dirimu sebelum menyeru orang lain. Sebab perkataan wa itu maksudnya seiring. Kamu perbaiki diri kamu dan di masa yang sama berdakwahlah pada org lain. Easy dakwah, dakwah bilHal - dakwah with good manners ^_^
"heal and you will be healed
break every border
give and you will receive
It's nature's order"
healing = شفاء
Wallahua'lam.
#taking time to recover, i'm in healing process.
(menjawab x persoalan kenapa tak update blog? ^_^)