Nasyid Instrumental

15 Mac 2014

Psikologi Umi

Bismillahirrahmanirrahim

Minggu ini aku tak pulang menemui umi dan ayah. Ada kerja yang menuntut untuk konsentrasi sepenuhnya untuk diselesaikan dan dihantar pada minggu ini. Kebiasaanya aku tetap akan pulang walaupun cuma sejam. Melihat wajah umi dan ayah. Membantu umi dengan kerja-kerja rumah. Satu kebahagiaan yang tak ternilai.

Minggu lalu, aku terlibat dengan English Debate untuk Piala Naib Canselor. Makanya, aku pulang sedikit lewat, sebaik sahaja kumpulan aku tak terpilih untuk ke suku akhir. Oh, betapa aku berharap untuk tidak ke suku akhir supaya aku dan teman-teman sekumpulan dapat pulang ke hometown tercinta~ Tambahan sms umi ke nombor handphoneku, terasa mahu accelerate terus sampai ke rumah, taknak langsung berhenti kat tol.hehe. SMS yang sebenarnya membawa mesej yang sama iaitu menyuruh aku pulang....

"Salam angah, apa khabar debate angah?Hari ini angah balik tak?"
"Salam angah, balik tak petang ni?"
"Angah jadi balik tak?"

Aku mengerti, umi sangat memerlukan aku ketika itu. Memerlukan teman untuk berbicara, mengadu letih dan sakitnya dengan kerja dan hal ehwal rumah yang biasanya hanya diambil tahu oleh kaum hawa sahaja. SMS umi mengingatkan aku pada sepupuku yang petah berkata-kata yang sibuk mengajak aku kedai setelah aku baru lulus lesen memandu.

"Kak Ngah, kak ngah nak pergi kedai ke?"
"Kak Ngah nak pergi kedai mana?"
"Bila Kak Ngah nak pergi kedai"
"Jadi ke kita nak gi kedai?"

Itulah zikir dia dari pagi, dan petang itu baru aku membawa dia ke kedai.

Saat aku lalu di kawasan kejiranan, kelihatan kereta Livina X-Gear seakan milik umi. Betapa aku mengharapkan umi yang membawa kereta itu. Aku lihat kucing melintas jalan, kalau umi yang melihatnya, pasti dia akan mengomel seolah-olah sedang memberi nasihat penuh keibuan pada kucing itu, "Dah berapa kali dah umi pesan, main tepi-tepi, nanti kena langgar......". Kucing memang dah lama menjadi sebahagian dari diri umi.

Aku teringat, suatu masa, hatiku berdebar-debar, kebimbangan, seakan sesuatu yang buruk terjadi pada umi. Aku hubungi umi, rupanya umi tengah susah hati sebab Unchang dah 2 hari tak balik rumah.

Aku selalu berfikir, apabila aku pulang ke rumah, kerana umi memerlukan aku. Aku silap. Aku memerlukan umi lebih daripada umi memerlukan aku.

Ketika remaja lain punya sahabat karib sebaya tempat mencurah masalah, perasaan dan kebimbangan. Sahabat karib aku sejak aku menaftar di sekolah menengah ialah Umi. Umi tak pernah jemu dengar kisah aku walaupun entah berapa kali aku cerita kisah yang sama. Di saat aku lemah, susah nak bezakan voltaic cell dan electrolytic cell, di saat aku gagal untuk tukar kos pengajian, di saat aku kecewakan diri aku dengan keputusan yang aku buat, di saat aku rasa down sebab tak mampu nak buat Wave Vibration. Umi tetap ada di samping aku.

Dan di saat aku kecewakan umi dengan keputusan aku, umi tetap ada memberi semangat untuk aku terus melangkah dan mendepani masa depanku. ;-)

Ya Allah, kurniakanlah rahmat dari sisi-Mu kepada umi dan ayahku.

#pura-pura kuat menahan rindu dengan tidak menelefon umi cuti ini.

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...