Nasyid Instrumental

06 Mei 2011

Coretan Pelajar Terakhir



bismillahirrahmanirrahim...
baru lepas baca iffah syuqaira punya blog, cerita kapal terbang walaupun ringkas tapi memberi makna yang mendalam sangat2 kat aku.time habis baca tu bnyk kali cakap dengan diri sendiri 'ha,betul la tu,betullll sesangat'..rasa mcam post tu betul2 utk aku(ye la kot)..rasa bermotivasi sangat lepas baca.

Time tu tiba-tiba terflashback balik 'saat-saat terindah' sebelum spm.

ingat lagi lepas trial spm, dengan result yang biasa2 saje tu tiba-tiba aku ditempatkan kat kelas ikram(kelas bdak2 pndai)...ada rakan sekelas cakap tahniah sbb dapat masuk kelas tu,waktu tu tak konfom lagi pindah2 kelas ni,baru ura-ura psl tu..ak pun takdelah ambil port sangat....

pastu esok tu cikgu asmah,cikgu matematik aku sebutkan 5 org dari kelas aku masuk kelas ikram..orang yang pertama disebut tu aku, kejap tu tengok balik kat
list nama ikut ranking. nama aku betul2 bawah sekali nombor 32....pelajar yang last sekali. bayangkanlah perasaan aku jadi orang terakhir dalam kelas pelajar pintar .memang rendah diri yang teramat sangat masa tuh.dalam hati da komplen2, asal la mesti sampai no.32, no.31 pun boleh jer....pastu mind aku dah siap set yang akulah pelajar yg paling lemah n serba tak tahu dalam kelas tuh...Allah sahaja yang tahu masa tuh...

2 bulan sebelum spm itu adalah tempoh yang sangat memeritkan!!mmg da tak sanggup jadi budak skolah utk setahun lgi.tak tahula nak cakap macam mana...trpksa brpisah dengan kawan2 yang dah 2 tahun bersama dalam keadaan spm yang akan menjelang tak lama lagi...sesuaikan dengan keadaan baru,cikgu baru yang berbeza cara pengajarannya...ya allah,Tuhan je tahu. kawan2 ok, tapi persepsi aku ni selalu menyangka yang aku dipinggirkan sebab tak pandai..tak sape yang perlukan....dah la aku ni jenis tak mudah rapat dengan orang, tegur gitu2 bolehla...aku masih bole ingat lagi beberapa peristiwa memalukan kat kelas tu..'beberapa' maksudnya lebih dari satu...

sejujurnya aku bukan tak suka kelas ikram,tapi aku memang mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri kat suatu tempat tu...kok iye pun,bagi la tempoh kan...

ingat lagi ngadu kat umi,hehe mcam budak2 kecik pun ade....
umi,syifa' malu sangattt pasal *******(adala satu peristiwa tu).rasa dah taknak dah pegi skolah...tak suka la hidup dalam keadaan macam ni...dah la baru lagi, bende tu jadi pulak kat syifa',org lain yg same baru masuk tak kena pun macam syifa'....

*Allah bagi ujian mengikut kemampuan hambaNya dan mengikut yang terbaik untuk hambaNya...Allah uji aku seorang mengenai peristiwa tu walhal ramai je rakan lain yg same2 bru masuk sebab Allah tahu aku mampu harunginya...dan itu yang terbaik buat aku...mesti ada hikmahnya....

pastu umi balas begini,
"sabarlah kakngah,dari darjah satu sekolah dekat 11 tahun kakngah boleh bersabar...takkan lah dua bulan lagi sekolah kakngah tak boleh bersabar..."

Alhamdulillah berkat sabar,
jalan menuntut ilmu itu sukar dan menduga kesabaran..
dan orang yang terakhir pun masih boleh berjaya kan...
Alhamdulillah!!

Aku petik kata-kata bakal engineer ni, (insyallah sbg motivasi utk diri sndiri)
cerita ni memberi satu pengajaran kepada aku, iaitu tak semestinya kalau kita berada di tempat yang terakhir, tak kira la dalam kelas ke, dalam batch ke, dalam apa sekalipun, kita tak berjaya. Tidak. Tidak sama sekali. Bahkan tak mustahil kalau kita lebih hebat dari mereka yang berada di depan-depan tu.
Akhir kata,ingatan untuk semua!dan diri ini juga.....















4 ulasan:

Iffah Syuqaira berkata...

Ya Allah, kita terlupa pasal syifa' nama terakhir dlm list tu. Mula2 syifa' ckp syifa' rasa mcm kena kat diri sendiri, kita rasa pelik. Sbb result awk ok, tawaran pun ok. Kat mne yg kenanya? Rupanya pasal dulu..

Kita faham perasaan syifa' tu, nk adapt diri dlm dunia baru bukan mudah. Tapi syifa' berjaya jugak walaupun tempoh sgt singkat. Tahniah~!

Lagi satu, kita nk minta maaf sbb masa tu kurang layang syifa'.. agak macam buat tak tahu sikit dengan syifa'.. pentingkan diri sendiri.. sorry sesgt syifa'. Rasa bersalah x tunaikan sepenuhnya amanah cikgu Azlin dgn cikgu Normah. Maaf sesgt.

(tetiba terguna 'kita'. Cam pelik pun ada gak.. hahaha.. :D)

Khairussyifa' Humaira berkata...

hehe..xpe2..
tapi siyes la sejak msuk kelas ikram syifa' jd lebih hardworking..bnyk kebaikannya..
setiap perkara yang syifa' tak suka ada banyak sgt hikmahnya...sbb Allah tahu yg terbaik utk kita...

*fifah, mana ada x layan.ok je...
ntahla, syifa' yg tetibe cengeng semacam.ntah ape ntah.x matang betul...

TiM berkata...

sobs sobs.. akulah yang tak layan kau kan? ishh.. meh kasi selipar satu..

sorilah, tak persana syifa' rasa rendah diri (maklumlah, jauhnyaaa meja kita.haha..)

sorilah kalau ikram macam bagi syifa' tension ke hapa.. tak bermaksud pun nak wat gitu.

V^_~ senyum baru manis!!

Khairussyifa' Humaira berkata...

fatimah,
mana ada..korang sume okay..best...
tapi PERSEPSI syifa' yng mn'control rasa yang syifa' hadapi...

maaflah,kalau ada ikramian yg terasa hati dgn post syifa'...

#syifa tengah senyum la ni...^_^hehe

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...