Nasyid Instrumental

30 Julai 2011

Itu semua rezeki...

Bismillahirrahmnirrahim...




Mula-mula saya nak katakan bahawa,(skemanya=_=")

Saya menulis bukan sekali kali nak pointkan kat orang tertentu. Ok,jauuuh sekali.
Tapi kadangkala ada perkara yang mesti saya beritahu kat orang tertentu, tapi saya tak dapat nak sampaikan, saya rasa menulis adalah cara terbaik. Walaupun mungkin tiada orang yang baca.


Sebenarnya, saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih optimis. Kadang-kadang menulis sesuatu yang menjadi janji pada diri saya sendiri. Yup, tiada siapa yang ingin menjadi seseorang yang 'cakap tak serupa bikin' kan? Insyallah, saya cuba.

Ok dah dah.

Saya selalu terfikir sendirian,

Kenapa?

Kenapa dia punya result SPM biasa-biasa,sedangkan dia sangat bekerja keras untuk dapat result yg bagus.
Kenapa result dia kira cemerlang jugak tapi tak dapat pun UPU.
Kenapa orang tu result SPM dia sama macam aku, tapi dia ditawarkan medik tapi aku tak.
Kenapa orang tu result dia biasa-biasa, tapi dapat biasiswa itu ini.
Kenapa orang tu result dia sangat gempak, tapi dia tak dapat pun mana-mana biasiswa.
Kenapa orang tu result dia 10A waktu spm tapi hanya ditawarkan program diploma.
Kenapa orang tu tolak tawaran biasiwa .....,(mungkin dia dapat dua biasiswa), padahal orang lain sangat berharap untuk dapat biasiwa tu.

Kenapa orang tu SPM dia 6A tapi ditawarkan medik @dentistry.
Kenapa orang tu tolak tawaran pergi luar negara, pastu masuk IPTA kat dlm negara even dia dapat straight A yg plus-plus punya.
Kenapa dia study dua jam sahaja untuk exam esoknya, tapi result dia hampir sama dengan result aku yang study sejak dua minggu lepas lagi.
Kenapa aku tak nampak pun dia study, tapi result dia kalah result aku.


dan macam-macam KENAPA lagi..........


Syifa', itu semua rezeki dia yang Allah dah tetapkan waktu ditiupkan roh lagi. Terima la seadanya. Rezeki awak dia kemudian hari siapa yang tahu.kecuali DIA.

Syifa' nak kejayaan itu sekarang, tapi mungkin Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk awak.Siapa tahu, sekarang belum nampak hikmahnya. Tapi tak lama lagi, percayalah Syifa'...Insyallah....

Umi kata, KESUSAHAN itu adalah guru yang paling garang yang kita tak suka, tapi dialah guru yang banyak berjasa yang kita pasti rindukan dia bila dah berjaya nanti...

#Syifa' buktikan selagi masih ada waktu.....Insyallah^_^
#Dah lama dah takda orang nak bagi semangat, so bagi semangat kat diri sendiri pun jadi la. supaya UP sikit semangat nak study.
#Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...maaf atas kekhilafan hamba....


03 Julai 2011

Persekitaran di USIM

Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau baca tajuk pun dah boleh tahu saya nak cerita apa. Memang sengaja letak tajuk post macam tu, nanti orang taip kat google search sure post ni link teratas,ececeh. Tak pun nanti junior tahun depan nak masuk USIM senang, terus dapat gambaran pasal USIM.

BI'AH SOLEHAH di USIM.



Okay, nama pun Universiti Sains Islam Malaysia yang ditengah-tengah namanya pun ada perkataan 'ISLAM'. Apa yang boleh saya katakan, persekitaran kat sini tak jauh beza pun dengan sekolah agama dulu tak kira la SMA, SMKA, SAM, Maahad ke.Alhamdulillah. Kat sini tak delah nak rasa 'culture shock' sangat(selain jadual yang padat) berbanding kat uni lain. Nak jaga solat, ikhtilat takdelah teruji sangat sebabnya kat sini masing-masing sendiri tahu adab-adab pergaulan lelaki perempuan.

Apa yang paling saya rasa macam 'takjub' kat USIM ni ialah memang susah sangat-sangat nak jumpa muslimat yang tak pakai stokin. So far saya tak pernah jumpa lagi muslimat pergi kuliah tak pakai stokin.



Handsock?

Mungkin 70% muslimat kat sini pakai, ini bukanlah peraturan tapi mostly kat sini pakai.



Tudung?

Dari apa yang yang saya perhatikan setengah (rasanya lebih setengah) pelajar kat sini (TAMHIDI) pakai tudung bidang or tudung labuh. Memang tak dipandang pelik pun kalau kat sini pakai tudung bidang atau tudung labuh. Rasanya kalau kat universiti lain, muslimat yang pakai tudung labuh atau tudung bidang nampak gharib(asing) sangat. Tapi kat sini tak. Kami rasa selesa, sebab ramai yang serupa kami. Seronok sangat!(sebab kami boleh tukar-tukar tudung,hehe)

And ramai jugak pakai tudung biasa-tudung yuna,tudung ekin,shawl,bawal semua la. Asalkan melepasi paras dada.

Ok,setakat ini je nak cerita. Inilah Usim. Insyallah anda bakal menemukan bi'ah solehah disini.

*Nak kena study ni, esok kuiz bio, rabu kuiz chems.

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...