Nasyid Instrumental

03 Julai 2011

Persekitaran di USIM

Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau baca tajuk pun dah boleh tahu saya nak cerita apa. Memang sengaja letak tajuk post macam tu, nanti orang taip kat google search sure post ni link teratas,ececeh. Tak pun nanti junior tahun depan nak masuk USIM senang, terus dapat gambaran pasal USIM.

BI'AH SOLEHAH di USIM.



Okay, nama pun Universiti Sains Islam Malaysia yang ditengah-tengah namanya pun ada perkataan 'ISLAM'. Apa yang boleh saya katakan, persekitaran kat sini tak jauh beza pun dengan sekolah agama dulu tak kira la SMA, SMKA, SAM, Maahad ke.Alhamdulillah. Kat sini tak delah nak rasa 'culture shock' sangat(selain jadual yang padat) berbanding kat uni lain. Nak jaga solat, ikhtilat takdelah teruji sangat sebabnya kat sini masing-masing sendiri tahu adab-adab pergaulan lelaki perempuan.

Apa yang paling saya rasa macam 'takjub' kat USIM ni ialah memang susah sangat-sangat nak jumpa muslimat yang tak pakai stokin. So far saya tak pernah jumpa lagi muslimat pergi kuliah tak pakai stokin.



Handsock?

Mungkin 70% muslimat kat sini pakai, ini bukanlah peraturan tapi mostly kat sini pakai.



Tudung?

Dari apa yang yang saya perhatikan setengah (rasanya lebih setengah) pelajar kat sini (TAMHIDI) pakai tudung bidang or tudung labuh. Memang tak dipandang pelik pun kalau kat sini pakai tudung bidang atau tudung labuh. Rasanya kalau kat universiti lain, muslimat yang pakai tudung labuh atau tudung bidang nampak gharib(asing) sangat. Tapi kat sini tak. Kami rasa selesa, sebab ramai yang serupa kami. Seronok sangat!(sebab kami boleh tukar-tukar tudung,hehe)

And ramai jugak pakai tudung biasa-tudung yuna,tudung ekin,shawl,bawal semua la. Asalkan melepasi paras dada.

Ok,setakat ini je nak cerita. Inilah Usim. Insyallah anda bakal menemukan bi'ah solehah disini.

*Nak kena study ni, esok kuiz bio, rabu kuiz chems.

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...