my follower

Nasyid Instrumental

08 Mei 2012

Pesanan Buat Yang Masih Menanti

Bismillahirrahmanirrahim...

Kenapa dengan tajuk post kali ini?
Siapa yang dimaksudkan dengan 'Yang Masih Menanti'?
(okay, nanti bakal dijelaskan kemudian )

p/s -post takde kaitan dengan future zauj n sbgnya.

Post kali ini dedikasikan khas buat adik-adik lepasan SPM yang dikasihi.

#nak bahasakan diri - saya atau aku atau akak?


Bagi adik-adik yang dapat offer uni atau kos yang diimpikan.Tahniah diucapkan. Itu baru permulaan. (permulaan yang baik, insyallah)

Manakala bagi adik-adik yang tak dapat offer uni atau kos yang diimpikan,
jangan berdukacita berdukalara, bukalah minda masing-masing. Jangan terus patah semangat, buatlah rayuan dan anggaplah kita dalam golongan yang masih menanti.Ya, menanti sebuah keajaiban dari-Nya. Siapa tahu kan? Nak dengar cerita...

>>Aku ada seorang kawan tu, SPM 3A dapat 2 offer universiti untuk second intake. Plus, one of the universiti tu UM (best uni kat m'sia). Ada lagi, adala kawan aku result SPM 5A(kalau tak silap) dan tak dapat matrik atau UPU lagi kasihan, kemudian dapat offer second intake UIA + kos yang dia nak .  Nak dengar lagi?

Tak payah la. Just be positive!


Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita nak UM, tapi Allah letakkan kita kat uni lain. UM universiti terbaik tapi yang terbaik untuk kita adalah uni yang kita dapat tu, macam aku USIM. Even kalau kita dapat 8 A @ 9 A @ 10 A @ 11 A ke, percayalah Allah dah tetapkan yang terbaik buat hamba-hambaNya. And I trust Allah, USIM must be the best for me.



Let say kalau Form 6 atau diploma. Aku eksyelli lagi prefer buat Form 6 atau diploma. Bukan nak sedapkan hati korang. Tapi hakikatnya pembelajaran Form 6 / diploma lebih fun walaupun tempoh study agak panjang. Fun pada aku bukanlah sekadar nak menghabiskan silibus semata-mata. Macam pra-U /asasi / matrikulasi sebabnya kat asasi satu sem(6 bulan) setiap subjek ada plus minus 12 chapter untuk dihadam. 12 chapter tu biasanya kat zaman sekolah ambil masa 2 tahun untuk dihabiskan. Jadual student asasi pun sangatlah hectic. Korang bakal disibukkan oleh tutorial, note kuliah, assignment, lab report n so on. Jangan beranganlah nak online seminggu sekali. Berangan pun takde masa tau .Tapi jangan risau, lambat laun insyallah korang akan kenal satu fasa yang dipanggil 'adaptation phase'. Relaks la sikit.

Next, mana-mana sahaja uni / tempat sambung belajar yang korang dapat ada pro n kons nya.

Terimalah seadanya dan bersyukur.

" Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepada-Mu"
(Ibrahim : 7 )

Biarkan persepsi dan mentaliti orang lain berkata-kata. (uni ni tak bagus la, sosial la etc). Tak selamanya korang boleh hidup dengan persepsi orang, silap-silap ditenggelamkan. Serius, aku dah ada pengalaman pasal ini. Persepsi orang pernah merubah keputusan aku. Bukan menuduh, tapi terpengaruh. Mungkin.Dan jangan biarkan persepsi membunuh rasa syukur kita . Alhamdulillah ada tempat nak sambung belajar kan?

Biarlah mereka, takyah dok ambil peduli sangat. Yang penting apa yang korang bakal lalui.


Yang paling utama. DOA.
Buat 'Yang Masih Menanti', menantilah dengan penuh sabar.
Kalau bukan untuk intake kedua, mungkin untuk degree.
Yakinlah. Perancangan Allah itu yang terbaik.=)


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah kamu kepada Alla s.w.t dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.”
(Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Alban)


Bilakah doa kita akan dimakbulkan?
Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu…
Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, Dia ingin mengujimu.
Apabila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu…..


1 ulasan:

ili ajeerah berkata...

Terima kaseh buat entry ni :)