“(Allah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” (Al-Mulk :2)
Nasyid Instrumental
09 Mac 2019
Rindu Pada-Mu
Kita mengharap pagi ini seperti pagi-pagi hari kelmarin yang akan berlalu tenang. Namun, mendung semalam terasa menekan-nekan di jiwa.
"Kenapa ya ada rasa macam ini? Macam sedih", soalnya bercampur luahan rasa.
"Awak semalam pulang jam berapa?"
"Balik lewat. Setelah teman adik mendaftar sekolah. Terus ke meeting. Sampai sini semula jam 12.00 malam"
"Awak penat mungkin".
Nasyid Rindu PadaMu diulang main, melatari perbualan kami, sementara menyeterika pakaian untuk ke tempat kerja.
"Lama tak dengar lagu nasyid daripada Yassin. Best juga"
"Kegemaran. Kerap juga pasang. Suka kerana liriknya"
"Ya..."
"Liriknya sangat mendalam. Perihal keTuhanan. Ada satu bahagian lirik tu, dalam pengaduan kita pada Tuhan, yang kita tak tahu bagaimana hendak gambarkan. Kita tanyakan pada Allah. 'Apakah aku diterima, atau Kau akan membiarkan saja, kerana ku berdosa. Jangan biarkan ku terhina'. Entahlah. Kita rasa macam kita buat amal banyak. Tapi kita tak pasti Allah terima ke tak. Atau Allah biar saja kita ini"
Tangisan dia tiba-tiba makin kedengaran. Kali ini dengan sedu-sedan. Sepi seketika. Tak tahu apa yang lebih patut dituturkan untuk memujuk rasa sedih seorang sahabat.
"Saya takut awak....", dia menangis lagi.
"Saya takut Allah tak bagi hidayah pada saya lagi...."
Muhasabah buat diri, yang entah bila kali terakhir merasa mendung hati dan teresak-esak sebegitu sepertinya kerana risaukan rahmat Tuhan tidak berkunjung pada diri. Yang selama ini keterlaluan meletakkan perasaan sedih pada hal yang tidak sepatutnya. Yang setiap kali merasa berat melakukan amal, tak pernah merasa risau bahawa Allah menarik hidayahNya dari diri. Al-Fatihah buat hati yang lalai dengan dunia.
Punya sahabat yang baik itu juga rezeki.
**
"Tak boleh solat. Tapi tidak bermakna tidak boleh berdoa, bukan?" - Ayah
'Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingatiMu
Rindu padaMu
Sentiasa mendambakan kasih dan sayangmu
Semalam aku bermimpi
Di dalam hujan ku berlari
Berlari mencari memanggil-manggil namaMu
Nama-Mu yang sempurna'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)
“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...
-
'Maha Suci yang menghilangkan segala kedukaan, Maha Suci yang menghapuskan segala kesedihan. Maha suci yang melenyapkan segala hutang....
-
Salah sebuah masjid di Padang Indonesia - Masjid Taqwa Semalam usai pulang habis kerja, singgah solat di Masjid Al-Umm untuk maghrib d...
-
Bismillahirrahmanirrahim, Tasik Danau Maninjau, Bukit Tinggi Beberapa hari lalu, pulang dari permusafiran dari tempat yang damai -...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan