Nasyid Instrumental

12 Januari 2013

Pergilah dunia

Bismillahirrahmanirrahim


Perlahan-lahan ku jejak kaki
Terus melangkah untuk mencari
Suatu arah yang masih belum lagi kutemui
Apakah kerana dosa silamku
Masih membayangi diri ini
Hingga tak mampu untuk ku lari dari belenggunya

Apalah daya hamba-Mu yang lemah
Hanya kekosongan jiwa
Penuh hasutan nafsu bergelora
Hanyalah pada-Mu daku berserah
Tunduk dan sujud menyembah
Mengharap ampun-Mu ya Allah

Pergilah dunia
Jauh dari hati ini
Kerana kasihmu hanya sementara
Aku hanya mengharap
Redha Tuhanku
Menemani jiwaku yang lemah tak berdaya


Terasa diri ini
Sentiasa mengadu pada-Mu
Bagai tiada apa
Menghapus dosa-dosa yang lalu


Pergilah dunia
Jauh dari hati ini
Kerana kasihmu hanya sementara
Aku hanya mengharap
Redha Tuhanku
Menemani jiwaku yang lemah tak berdaya.


*****

Hari ini, mengalir lagi. Mengapa mesti begitu ya?
Mereka kata, orang yang bahagia itu mempunyai dua kekuatan. Kekuatan untuk menangis dan bersabar. Tak sangka menangis pun dipanggil kekuatan juga.  

Fizik Moden. Sebelum peperiksaan lagi dah terasa macam nak pitam, pening-pening kepala, terasa sesak dada. Ketika exam, segala formula bercampur aduk, derivation of Schrodinger equation, tak tahu nak kata apa. Jalan pengiraan penuh satu kertas kajang, tapi at the end, tak nampak pun mana jawapannya. Moga ada markah untuk effort yang panjang lebar tu.

Bercerita dengan umiku, cerita pasal keadaan kertas Fizik Moden yang aku jawab pagi itu. Hmm, tak perlu cerita, menambah lagi kelukaan aku tentang kisah semalam. Menghadapi kisah semalam pun dah menyakitkan, mengulang cerita itu ibarat mengalami kisah itu buat kali kedua. Memang sudah tertulis  dalam takdir-Nya bahawa aku tak belajar di Jordan/Maghribi pada waktu dan ketika ini, sungguhpun peluang itu sememangnya pernah terbentang luas dihadapan mata. Allah merancang jalan cerita lain untuk aku, dan ianya lebih baik semestinya.

Ibnu Ataillah pernah berkata, "Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen­deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang." 

Dikejutkan pula dengan sebuah berita, seorang yang aku hormati pendiriannya dalam beragama . Malangnya kini tidak lagi. Benar, tidak sepatutnya aku menghakimi dia dengan kisah silam dia yang aku dengari dari mulut orang lain. 

Mesra dengan perempuan ajnabi, "oh barangkali dia ada urusan agama yang perlu diselesaikan dengannya".

Kecewa. 

"Aish, Syifa' ni ada apa-apa ke?cemburu ea..."

Terpulanglah nak kata apa. Allah lebih Tahu apa yang berdetak dalam hatiku. Moga dia disinari hidayah-Nya. Begitu juga aku. Aamin.



Ya Rabbana, kurniakanlah aku ketenangan hati.

*Kalau tak didunia, barangkali, dia menanti di syurga abadi milik Allah. Kisah Cinta Suci, Di Syurga.




Tiada ulasan:

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...