Nasyid Instrumental

19 Ogos 2013

PYMS. Part 1

Bismillahirrahmanirrahim.
Andai dahulu, corak catatan aku banyak mengkritik pemikiran dan tingkah laku insan lain. Banyaknya silap mereka di mata aku. Maka, akulah insan yang sempurna serba-serbi, kan?

Fikiran aku sedikit caca-marba. Tahu isu semasa, tapi sekadar baca cedokan semata. Tak terbuat research yang mendalam pun. Will be, In Sya Allah.

Cerpen ini sebagai langkah untuk mem'busy' kan diri.  Yelah sementara masih cuti ni.
Sebab.......


Ehemm, Great equation kan?
Cerpen ; PYMS ni singkatan untuk apa? Sirr. Dah habis upload baru boleh dedahkan. kalau bijak boleh teka ^_^

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
PYMS - Part 1

" Kejahatan yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menyebabkan engkau takbur"

*
Januari 2012

Perkataan 'Message' yang tertera di Sony Experia disentuh. Pesanan ditaip laju. Senarai kenalan dipilih dari senarai 'Contact' miliknya. Pesanan itu dihantar pada Dania, Ika, Amni, Izzah, Hawa, Nana, Zida dan Wani 

"In Shaa Allah Kak ;)"
"Orite Kak Laila. Jumpa nanti ya~"
"Boleh kak, tapi ana lewat sikit. Maaf ye"

Dia tersenyum membaca respon positif adik-adik usrahnya. Kebanyakan mereka dapat hadir usrah Sabtu ini di Damai Green Garden. Ini usrah pertama mereka setelah usrah perkenalan tempoh hari. Sukanya dia melihat semangat adik-adik itu. Teringat zaman dia mula-mula mencari sinar tarbiyah di bumi kampus tercinta. Ketika awal kemasukan ke kampus sebagai pelajar Tahun 1,sekiranya tidak mencari majlis ilmu yang konsisten seperti usrah dan talaqqi maka tidak mustahil akan hanyut. Hanyut dalam kebebasan sebagai seorang mahasiswa yang bijak ilmunya tapi malang tak mampu memimpinnya menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa. 

Memori dengan teman sebilik ketika di tahun pertama memaut rindunya. 

"Awak, kita baru je mula menghafaz. Nanti boleh la awak tasmik kan ye?"

"In Shaa Allah, kita pun taklah hafaz 30 juz. Tapi kalau Laila nak minta tolong boleh je bila-bila. Untuk awak semua boleh", Hafzah senyum segaris.

"Iye ke? Seronoknya. Kita teringin nak menghafaz Al-Quran. Tapi selalu rasa tak kuat. Susah nak istiqamah. Mungkin ada hikmah tersirat Allah letakkan kita sebilik. Maksudnya Allah nak suruh awak guide saya menghafaz supaya awak tak lupa kan?"

"Hmm....mungkin". Hafzah angguk sambil tangannya dipaut pada bahuku.

**

Application 'DIARY' dalam notebooknya dibuka. 

"6/8/2012
6:15 pagi
Ruang tamu rumah

Bismillahirrahmanirrahim
Baru 2 minggu kerja sebagai Juruwang di Stesen Minyak Kampung Sentosa. Penat sangat. Hari pertama dah short almost RM20. Ingat waktu mula-mula kerja dulu. Hari ketiga,aku hampir-hampir minta berhenti kerja. First request aku nak pakai skirt hitam labuh instead of seluar. Atau mungkin boss boleh benarkan aku pakai t-shirt hitam separas lutut dalam baju kerja aku. Makcik yang kerja susun barang pula lagaknya seperti bos. Dia jeling maut sebab aku tak masukkan tudung dalam uniform kerja. Alhamdulillah, Puan Alia aka bos nampak aku tak masukkan tudung dalam uniform, tapi dia senyum je. Sejak aku kerja, ma'thurat pagi petang aku cuba sedaya upaya untuk tak tinggal. Entahlah, aku terlalu takut dengan kehidupan. Eh, selama ni apa yang kau lalui bukan kehidupan ke? Hmm, segala-galanya yang aku lalui terlalu asing dan menakutkan. Ngeri tahu tak. Hampir setiap masa kena berurusan dengan orang lelaki yang aku tak kenal. Rokok. Euwwww! Aku rasa tangan aku dah ternoda dah sebab menyentuh benda tu. Pertama kali dalam hidup aku sentuh benda tu. Aku ingat minggu pertama, aku tak layan pun customer yang request rokok. Aku pass pada cashier sorang lagi. Aku tanya kat ramai ustazah hukum jual rokok. Aku jadi terkait pasal hadis pengharaman arak. Orang yang menjual pun bersalah jugak, kan?

**

Dia menyedari sesuatu, dunia yang dia cuba-cuba adalah dunia 360 degree berbeza dengan dirinya. Rasa malunya kian hari kian terkikis.

"Engkau siapa?", matanya dipejam lama. Rasa hatinya membentak-bentak. 

**

Kereta MPV warna silver milik Puan Jamiah berhenti bersebelahan papan tanda 'AIR DAN ANGIN' di kawasan Stesen Minyak Kampung Sentosa.

"Umi, Laila tak sukalah budak cashier tu"
"Kenapa pulak?"
"Laila tak selesa orang lelaki sebut-sebut, panggil-panggil nama Laila. Laila tahu nak buat kerja Laila, dia tak payah nak panggil-panggil. Rimas lah..."
"Yang mana satu?"
"Tu, yang pakai spek tu...."
"Oh. Mesti sebab dia tak hensem. Sebab tu tak suka.", Puan Jamiah bergurau.
"Bukanlah Umi. Laila tak selesa. Pastu, semalam Laila ada tegur dia...."

Puan Jamiah memalingkan wajah kearah anaknya. Riak wajahnya terkejut sedikit manakala not RM10 dihulur pada Laila.

"Laila tegur dia apa?"
"Laila kata, lain kali kalau rasa perkara tu tak penting jangan panggil nama Laila. Laila tak suka. Entah, jadi menyampah pulak dengar nama Laila disebut berulang kali oleh lelaki yang Laila tak kenal. Dahlah dia tu tak solat", jawab Laila penuh emosi.

"Hmm. Mungkin sebab utama Laila tak suka dia sebenarnya sebab dia tak solat kot", Puan Jamiah menyelami jiwa anaknya.

 Laila menghembus nafasnya perlahan, dahinya berkerut memikirkan sesuatu, "mungkin juga mi...........",

Bersambung...

p/s;
Perkara yang paling perit ialah menyudahkan jalan cerita, doakanlah ye.
Satu lagi cerpen pulak untuk hantar ke Utusan, jalan cerita dah ada. tapi masih dalam kepala lagi. =p
(Target kalau menang boleh tolong ayah bayarkan sikit duit kereta.)



2 ulasan:

shafiqah adilla berkata...

cepat habiskan syifaa..nak taw kesudhannya.hehe

syifa berkata...

Wahh.ni yg jd brsemangat nak menulis ni..x sngka adudu baca,,,hehe

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...