Bismillahirrahmanirrahim..
Kejap sangat masa berlalu, rasa macam baru semalam mendaftar tamhidi. Teringat alkisah waktu mula-mula masuk asrama. Disebabkan rumah aku kira yang terdekat dengan kampus, aku selalu nak jadi yang terawal sekali daftar. So, aku boleh cop katil sendiri, cop meja sendiri, cop almari sendiri. Perfectionis biasa la~
Lepas dah cop, kemas2 katil, bilik. Aku pun ajakla umi beli barang-barang rumah sikit. Sebab time tu..lepas 2 jam aku masuk tu masih lagi takde housemate. Dah habis beli barang-barang, umi pun hantar semula aku kat asrama. Time tu, aku dah ada roomate. Seorang. Namanya Aisyatul.
Tiba-tiba dia tanya,
"Awak khairussyifa' kan?"
"aaa......ha'ah", ter'blur' kejap. Kawan baru ni trus tahu nama penuh lagi tu.
"Hmmm, mana awak tahu?", baru terfikir nak tanya.
"Tu...kita nampak nama awak kat almari n meja awak"
"Hah?", aku pun pandang kat almari. Sah, umi punya keje la ni. Aku nampak sticky note kaler kuning kat almari tu, kat sticky note tu tertera namaku. hehe...
Umi telah meng'obvious'kan bahawa aku tak pernah duk asrama.
Sekarang, sedar tak sedar dah masuk sem 3. Umur pulak 21 tahun, teringat pada sebuah impian. Angan-angan minah jenin ke tak kisah la... nak jadi kaya sebelum usia 20 tahun, lagi 4 hari lagi usiaku menginjak 20 tahun. Hmm, nak jadi penulis la, translator la...bla bla bla...
Pernah dengar pasal ni, 'kefakiran itu menghampiri kepada kekafiran'.
Itu yang sangat-sangat aku takutkan. Nauzubillah. Tiba-tiba teringat lirik lagu altimet, "kalau aku kaya". hehe.... Kat sekeliling aku ramai sangat orang susah, dihina dan dipandang rendah disebabkan kesusahan mereka. Mereka nak ubah cara hidup mereka, tapi mereka berterusan ditindas. Itu tak termasuk kawan-kawan aku tak dapat bayar yuran pendaftaran semester sebab mereka susah. Pernah sekali aku kempen kat kawan-kawan supaya jangan pinjam PTPTN. Aku bagitahu la pro n cons. Percent cukai dan sebagainya. Jawapan kawan-kawan aku...
"Syifa', apa lagi pilihan yang kami ada?", aku tak pernah terfikir pun.
** (luahan hati harga minyak)
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta. Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki? Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh
wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas
mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku taknak
hilang perikemanusiaan....
**
I was successfully registered for sem 3. ^_^
Aku rindu belajar subjek agama.
Aku malu berbicara dengan didasari pemikiran aku yang jahil ilmu agama.
Berbeza belajar agama secara tersusun dengan belajar cedokan semata.
Moga aku lebih serius.
Wallahua'lam.
*aku harap menteri di pengajian tinggi rombak balik tarikh cuti. Aku rasa mcm dah terlalu lama sangat bercuti....
“(Allah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” (Al-Mulk :2)
Nasyid Instrumental
03 September 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)
“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...
-
'Maha Suci yang menghilangkan segala kedukaan, Maha Suci yang menghapuskan segala kesedihan. Maha suci yang melenyapkan segala hutang....
-
Salah sebuah masjid di Padang Indonesia - Masjid Taqwa Semalam usai pulang habis kerja, singgah solat di Masjid Al-Umm untuk maghrib d...
-
Bismillahirrahmanirrahim, Tasik Danau Maninjau, Bukit Tinggi Beberapa hari lalu, pulang dari permusafiran dari tempat yang damai -...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan