Semoga penulisan ini bermanfaat. Bila duduk berjauhan, baru terasa rindu.
(rindu tak nak bagitahu, sebab pride-not-to-tell-directly-that-you-miss-someone)
Istimewa buat sahabatku, Cik Ninja ^_^
[ Cik Ninja dan Lobak Masterchef ]
Dek kepadatan jadual kami berdua, selalunya kami tak bekesempatan untuk berbual panjang sungguhpun kami sebilik, tilam sebelah menyebelah, berkongsi bilik mandi dan almari. Dia sibuk. Aku juga sibuk. Masing-masing saling mengerti jadual kami sebagai mahasiswi yang tak hanya terikat pada tiga K - katil, kafe dan kuliah. Aku tambah se 'K' lagi, korea. Pengertian mahasiswa menurut kami jauh lebih luas lagi.
Tetapi, ada susunan yang begitu cantik dalam jadual hidup aku dan Cik Ninja, iaitu jadual memasak kami. Setiap hari khamis, aku dan Cik Ninja akan berkelentang-kelentung di dapur menyiapkan hidangan tengahari. Selalunya Cik Ninja masak main dish, ala-ala masterchef gitu. Aku pula, kalau itu resipi dia, maka dia akan in-charge . Kalau resipi aku, akulah yang in-charge. Tetapi kalau dibandingkan resipi Cik Ninja yang ala-ala masterchef itu, kalah lah resipi aku. Sempurna dengan hiasan serba-serbi. Cili merah segar dihiris garis halus, membentuk seakan kelopak bunga. Wah! Kata Cik Ninja, dia belajar dari abangnya yang merupakan tukang masak di sebuah hotel.
Kebiasaanya ada topik yang kami bualkan. Ketuk-ketuk Masterchef ala-ala Ustajah Pilihan. Eh? Masih terngiang-ngiang topik yang kami bualkan ketika itu, saat kehangatan pilihan raya kampus melatari suasana kampus kami.
" Kenapa eh, bukan Si Peah yang bertanding pilihan raya kampus. Tetapi orang lain pula yang bertanding.", ngomel Cik Ninja sambil menumis bawang putih dalam kuali.
"Kenapa pula?", saja bagi peluang Cik Ninja ngomel panjang lebar lagi.
"Yelah, tak fahamlah dengan corak permainan certain orang ni, kalau letak Si Peah tu confirm menang. Ni alih-alih orang lain pulak yang bertanding. Takut tak menang je nanti"
"Adalah tu hikmahnya yang kita tak tahu", jawabku pendek.
"Hmm...", Cik Ninja cuba mencerna dalam maksud ayatku.
"Cik Ninja, awak pernah dengar tak pasal Khalid Al-Walid jadi panglima perang pada Zaman Khulafa' Ar-rasyidin Abu Bakar?"
"Pernah dengar jugak, kenapa nya dengan Khalid Al-Walid?", soal dia.
"Yelah, waktu Zaman Abu Bakar, Khalid Al-Walid jadi panglima perang. Kemudian waktu Zaman Umar Al-Khattab sebagai Khalifah, Saidina Umar pecat Khalid Al-Walid sebagai panglima perang dan digantikan dengan Abu Ubaidah. Kemudian ramai orang muslim ketika itu tak puas hati dengan keputusan Saidina Umar. Tetapi sebaliknya berlaku pada Khalid Al-Walid, dia terima dengan hati yang tenang dan terbuka dengan keputusan Saidina Umar Al-Khatab dan tetap taat dengan kepimpinan Saidina Umar. Seakan sama kan dengan yang berlaku dengan situasi kita?"
Cik Ninja tersenyum seakan mengiyakan. Aku mengikis kulit lobak. Kemudian lobak yang diletakkan secara melintang itu kupotong untuk dimasukkan kemudian ke dalam main dish yang sedang dimasak Cik Ninja.
"Dan Cik Ninja tahu tak apa yang menyebabkan Saidina Umar Al-Khatab buat keputusan begitu?", aku cuba menguji Cik Ninja.
"Hmm, mungkin Saidina Umar Al-Khatab tak nak Islam itu menang bergantung pada kekuatan individu?", teka Cik Ninja.
"Exactly my dear. kerisauan Umar Al-Khatab itu sangat bertepatan dengan keputusan yang dilakukan pada ketika itu. Sebab, orang-orang Islam ketika itu sampai kata,
'kalau Khalid Al-Walidlah panglima perangnya, confirm kita menang'.
Saidina Umar Al-Khattab dia nak didik orang-orang muslim ketika itu, pergantungan selayaknya itu hanyalah pada Allah walaupun untuk sekecil-kecil perkara. Bukan sebab kekuatan, kelebihan dan kehebatan yang terdapat pada individu itu yang menyebabkan kita yakin kemenangan itu berpihak pada kita. Tapi semuanya atas izin Allah juga kemenangan atau mungkin kekalahan", aku seakan bersyarah di dapur.
"Hmm, sama sangat dengan situasi kita. Perancangan dan sisi pandang kita mana mungkin lebih baik dari perancangan dan sisi pandang Dia, kan?", ulas Cik Ninja matang.
"Okay kan lobak ni Cik Ninja. Dah boleh masuk dalam ikan wap?"
"Jap. Lobak awak tu...", muncung Cik Ninja pada lobak yang siap berpotong tersusun atas landas. Bulat-bulat leper.
"Kenapa?", soalku tak mengerti.
Dia terus menghiris tepi lobak, menjadi bergerigi-bergerigi. Barangkali malas menerangkan padaku. Generasi Y yang banyak berwhy.
"Kena eh buat macam tu? Orang tak perasan pun. Masuk perut sama ja....", aku buat muka.
"Kenalah. Masak itu biarlah berseni", Cik Ninja buat penegasan.
"Okaylah, okaylah. Next time, lobak rupa macam tu".
'Lobak Masterchef' , ajukku dalam hati, tak rajin nak berhujah dengan Cik Ninja perihal lobak semata. Al-maklumlah, perut pun dah berkeroncong, boleh jadi Cik Ninja juga kutelan.
Alhamdulillah, tengahari penuh ilmiah bersama lauk Ikan Wap yang berkhasiat, lobak bergerigi Cik Ninja, sayur kobis dan sambal belacan untuk dinikmati seisi rumah sewa.
Sekian.
Dari Sahabat Cik Ninja, yang masih belajar dari Cik Ninja untuk berseni dalam masakan.
Pesanan untuk Cik Ninja Hattori-kun, :p
Kalau kita rasa apa yang datang pada kita itu, datangnya dari manusia, susunan dan aturan manusia, memanglah kita terasa lemah. Tapi jika kita yakin apa yang datang pada kita, datangnya dari Allah, susunan dan aturan Allah. Yakinlah, Allah sentiasa ada.
(Rindu nak gaduh kat dapur, dengan Cik Ninja yang cerewet..haha)
****
Firman Allah dalam ayat 25 surah at-Taubah :
لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّـهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ ۙ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ ۙ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ ﴿٢٥﴾
-> Remind me of the perang hunain event. Kita bangga dan yakin dengan KEKUATAN bilangan tentera yang ramai kita boleh menang. Tanpa meletakkan keyakinan setulusnya pada Allah yang memberi kekuatan.
Tak salah bersandar kekuatan pada manusia, tapi jangan lupa sumber kekuatan dan pergantungan yang utama itu Allah.
Taqaballahuminna waminkum
***
Ceconteng,
Esok, ada test Laser Technology.
Baru baca 2 chapter. Ada lagi 2 chapter to struggle with.
Early esok, need to get back to Nilai.
Proposal tak mula buat lagi, aihhh...
Doakan.
***
Saje nak jugak menulis, dah lama terperap dalam otak hehe...
Assalamualaikum
***
I have a message to someone.
I never give hope to anyone.
As I know how hard being dependent to a person, then that particular person do not have the answer that you are waiting for.
I never give you hope, I left it to Allah.
Then believe in Allah too, if you're hoping for my answer.
It could be yes or no. I neither know what comes around in the future,
Allah, save me from fitnatirrijal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan