Nasyid Instrumental

26 Mac 2015

[ Antara Cinta dan Perlu ]

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum :)

Short entri.

***

"Awak, mana lebih baik, kita buat sesuatu itu atas dasar CINTA atau kita buat sesuatu sebab kita PERLU?"

" Tentulah cinta"

" Sebab?"

"Kalau kita buat segalanya atas dasar cinta, kita tak rasa terpaksa."

"Hmm, okay. Contohlah, katakan awak suka memasak. Cintakan melakukan pekerjaan 'memasak' tapi suatu hari awak rasa awak dah tak cinta pekerjaan memasak, jadi adakah awak akan berhenti? Sedangkan mungkin ketika itu anak-anak awak  perlukan sesuatu untuk dimakan, dan awak PERLU juga memasak...."

"Err,  buat atas dasar PERLU kot lagi baik"

" Awak, kita berkehendakkan cinta dalam setiap perlaksanaan. Namun, seorang yang matang akan melaksanakan sesuatu bukan mengikut kesukaan dan kecintaannya sahaja. Jika kebetulan perkara yang menjadi kecintaan kita itu adalah keperluan, alhamdulillah. Andainya jika bukan perkara kecintaan kita yang menjadi perkara yang perlu dilaksanakan, mohonlah dengan Dia untuk dikurniakan kecintaan pada perkara yang perlu kita buat"

:)


Sama sepertimana situasi ku,

Tak suka buat asssignment dan proposal thesis, Tak cinta. Tapi perlu juga buat.
Pohonlah pada Dia untuk dihadirkan rasa cinta untuk buat proposal dan thesis.


#tahun3

Tiada ulasan:

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...