Assalamualaikum.
Rindu.
Amat rindu untuk menulis. Cuma, pada kebiasaanya, untuk menulis rupanya perlukan sesuatu kekuatan, kekuatan dalaman melawan bisik hati sendiri barangkali. Dan berulangkali diasak dengan nilaian diri sendiri,
"Eh, kau bukan baik sangat pun nak tulis pasal agama-agama"
T_T
Benarlah andai dosa itu berbau, aib tersingkap, mana mungkin aku temui tempat jauh untuk berlari menyembunyi diri. Bersembunyi, atas malu pada manusia. Malu pada Allah?
Dan apa yang sering terlintas di benakku,
"Ya Allah, alangkah baiknya jika tebalnya rasa malu pada ajnabi tu membuahkan rasa malu padaMu"
Pesan seorang murabbi,
Setiap kali terfikir ingin bermaksiat dan melakukan dosa, jangan fikirkan besar mana dosa dan maksiat itu, tapi fikirlah bahawa hakikatnya DENGAN SIAPA KITA BERMAKSIAT SEBENARNYA.
***
Sebuah muhasabah yang aku ingin kongsikan. Moga Allah pelihara aku dari sifat riak ujub dan membangga diri, Nauzubillahiminzalik.
Allah. Sayu aku memikirkannya.
Umi : Angah checkla jadual,umi nak tempah tiket flight umrah bulan disember.
Aku : Hmm, bulan disember tu angah kena settle present poster untuk thesis dulu umi.
Umi : Bila tu tarikhnya?
Aku : 16 Disember. Pegi setelah tu tak boleh ke umi?
Umi : Tak tahulah nak. Tarikh yang diberi pegi sana sama ada 8 Dis, atau 12 Dis. 10 hari baru pulang Malaysia balik.
Aku : Umi, habis tu angah ni macam mana, angah tak pegi ke cana umi?
Ayah : Minta la present awal dulu posternya berbanding kawan2 yang lain.
Aku : Mana boleh ayah, panel examinernya semua orang luar, present serentak hari yang sama. Kalau tak present. Angah tak boleh nak grad tahun depan tu. Macam mana umi, takkan angah seorang tak ikut pergi...:(
Umi : Angah doalah pada Allah, moga Angah dipilih Allah sebagai tetamuNya untuk pergi umrah kali ni...Jika memang benar Angah adalah tetamuNya, Insyallah ada tu Allah sediakan sebaik-baik jalan keluar...
*menangis dalam hati*
Kalau memikirkan layak,
Allah, memang tak layak aku sebagai tetamuNya~
Izinkan aku Ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan