Usai diskusi dengan team penyelidikan, aku tulis nota untuk istilah yang aku tak pasti definisi dia. Lebih jujur, aku tak pernah dengar pun istilahnya sebelum ini. Agglomeration rate. Hinggakan aku soal pada Yana, bagaimana ejaannya. Terlalu asing istilah itu bagi aku.
“Cuba Syifa explain kat Yana pasal agglomeration ni. Kenapa beriya study berhari-hari pasal agglomeration”, soal Yana setelah dia lihat nota peta minda aku yang berhelai-helai berkenaan agglomeration sahaja.
“Entahlah, rasa looser gila. After 4 years degree Fizik pun, ini kali pertama Syifa dengar istilah Agglomeration rate”, ujar aku pendek.
Supervisor aku, Dr Amir hanya minta aku kaitkan hasil kajian aku dengan agglomeration rate atau bahasa mudahya bagaimana hasil aku ini dapat menghasilkan kadar penggumpalan yang rendah. Boleh katakan cuma dalam 0.5% daripada kajian sebenar aku. Tidaklah terlalu penting untuk difahami secara details. Sekadar satu proses ringkas kimia, bukanlah major kajian untuk diluaskan kajiannya.
Hasil pencarian aku di sesawang google, menemukan aku pada laman forum dan biografi seorang pakar dalam bidang Agglomeration. Rasa takjub. Kerana fikirkan rasa ilmu kecil yang tak ada apa-apa ini pun boleh sampai jadi satu bidang kepakaran. Luasnya ilmu Allah untuk diperdalamkan.
Kata seorang sahabat, “Syifa, tiada masalahnya pun jika kita tidak tahu semua perkara”.
Dan aku iyakan, benar kerana itulah beza sifat Yang Mencipta dan yang dicipta
Luasnya ilmu Allah untuk dipelajari, bagaimana mungkin manusia merasa bongkak, seakan sudah tahu semua perkara?
11.47 am
12 April 2018
Kerusi atas Bridge intermediate Bangunan Sains Kimia & Bangunan Fizik Gunaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan