Nasyid Instrumental

10 Januari 2019

Syair Rabiatul Adawiyah

Bismillahirrahmaniirahim



Syair dibawah ini dipetik daripada buku Rabiatul Adawiyah, tulisan Muhammad Athiyah Khamis. Ku pinjam daripada Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM.

"Kekasihku tidak ada yang menandingi-Nya
Hatiku hanya tercurah pada-Nya
Kekasihku tidak nampak padaku
Namun dalam hatiku tidak pernah lenyap"

"Oh kegembiraanku, tujuan dan harapanku,
Engkau semangat hatiku
Engkau telah memberikan kebahagiaan padaku
Kalau bukan kerana mencari-Mu
Tidak kujelajahi negeri-negeri yang luas ini
Betapa banyaknya limpahan nikmat kurniaan-Mu
Cinta pada-Mu tujuan hidupku"

Petikan bawah ini pula ku rasakan begitu dalam maksudnya, dipetik perbualan Rabiatul Adawiyah dengan temannya. Antara yang ku catit dalam diari setelah tamat pembacaan buku Cinta Sejati Wanita Sufi, Tulisan Widad El-Sakkakini.

Tampak oleh saya, ketika membaca percakapan-percakapan yang pernah dia lakukan dengan teman spiritualnya Rabah Al-Quways, bahawa ketika melihat Rabiah mencium salah satu daripada keluarganya dan dengan halus memeluknya rapat-rapat, dia menyangka bahawa selama ini Rabiah pasti telah kehilangan perasaan keibuannya.

Sahabatnya, Rabah begitu kaget melihat temannya itu mencium anak itu, dan mengatakan ;
"Subhanallah, saya tidak tertifikir ternyata ada ruang kosong yang ditinggalkan di dalam hatimu untuk mencintai seseorang selain DIA"



Malang sekali, aku tidak menyalinnya habis, tentang bagaimana jawab balas dan reaksi Rabiatul Adawiyah setelah itu. Kamera handphoneku telah penuh kapasitinya dan aku harus bergegas pula menghadiri usrah di Fakulti Sains & Teknologi.

When no words able to explain that feeling. Turn to Him. Turn to Him. Insyallah everything will be fine.

Syifa

Tiada ulasan:

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...