Nasyid Instrumental

30 Ogos 2009

I LoVe YoU


"I LoVe YoU"


Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betoi... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya...
Cantik uuuui yai... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...



Bahagie nye dapat pakwe macam die...
Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/S - andai anda seorang muslimah...
Mesti seronok kan, kalau pasangan kita berfikiran camtu...
Then kalau anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati cam gitu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye..

P/S dr Nabil - Lu Pikirlah SenDiri

-------------------------------------------------------------------------------
di copy paste dari blog org lain....sekadar perkongsian...

29 Ogos 2009

Mohon disebarkan!!!

Salam ceria wahai muslimin muslimat...Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina buk anny a dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerak anny a, yg membentuk salib. Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan
syazwani romeli: salam ceria wahai muslimin muslimat...Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina buk anny a dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerak anny a, yg membentuk salib. Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan
MenSetting NIAT, MengUpgrade IMAN, MenDownload SABAR, MenDelete DOSA, MengApprove MAAF & MengHunting PAHALA, Agar kita Getting GUEST LIST Masuk SURGA-Nya.

.................................................................................................................................................................

Waspadalah terhadap website
dibawah ini kerana ia adalah dakyah
orang kristian yang telah mempersoalkan kebenaran
al-Quran, Hadith danIslam....


1)http://www.answering-islam.org...

2)http://http://www.aboutislam.c...

3)http://www.thequran.com...

4)http:/ /www.allahassurance.com...

Laman - laman tersebut telah sengaja
dibuat oleh kaum Yahudi laknatullah
telah menyebarkan pemahaman yang salah
tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam

Sekali lagi, mohon agar pesanan ini dapat
disebarkan....

27 Ogos 2009

~BETUL dan SALAH~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...
Entah kenapa tiba-tiba hati tergerak untuk menulis sesuatu...
mngenai "BETUL" dan "SALAH"
Sekadar memberi pengertian dan membangkitkan pemikiran mengenai perkara ini...

Dalam hidup ini,
kita tak selalunya melakukan perkara yg betul
apa yang kita lakukan pun tak boleh memuaskn hati semua org
dan kadangkala apa yg kita lakukan, betul dimata kita
tapi di mata orang sebaliknya...

Dalam hidup ini,
kita selalu nampak kesalahan dan kelemahan orang lain
tapi kita jarang sekali memerhatikan kesalahan kita sendiri
Dan apabila kita yg melakukan kesalahan
tak terasa perkara yang kita lakukan itu salah
sehinggalah kita lihat orang lain melakukan kesalahan yg sama

Dalam hidup ini,
cara kita berfikir berbeza-beza
banyak perkara yang kita tak setuju
tp tak semestinya perkara yg kita tak setuju tu perkara yg salah
dan tak semestinya perkara yg kita stuju tu perkara yg betul

----------------------------------------------------------

maafla, ana tulis umum saja...
hidup kita tak sentiasa buat prkara yg betul...kita semua tak sempurna...
jadi berilah peluang dan kesempatan utk seseorang itu berubah
sebab kita sendiri melakukan berjuta-juta kesalahan dalam proses menjadi manusia sempurna
kesalahan mengajar kita mngenal apa yg betul dan terbaik utk kita...

~~selingan~~
saje-saje nak tulis...hmm,kalau kita add seseorang dlm ym, friendster, myspace atau apepun..
orang tu deny atau tak approve...bersangka baiklah dengan orang tu bahawa dia menjaga hubungan dan pergaulan antara lelaki & perempuan / mengelakkan ikhtilat....lebih-lebih lagi sekiranya kita tiada urusan penting...biarlah dia dengan cara dia,kita dengan cara kita...asalkan tidak melanggar syariat islam...


yg menulis pun tak sempurna
khairussyifa'

24 Ogos 2009

Bahagia


Bismillahirrahmanirrahim..
Pernah suatu ketika, kita merasakan bahawa seperti ada sesuatu yang hilang dalam diri kita...
Nak kata kita tidak gembira,hampir setiap hari kita ketawa...
Kehidupan kita pun okay saja di rumah,di sekolah..
keputusan peperiksaan pun tdaklah mengecewakan
tapi entah mengapa kita masih tercari-cari sesuatu dalam diri kita
Yang dulu pernah kita miliki...
Kegembiraan itu luaran,yang orang nampak kita gembira..
tapi hakikatnya, dalaman kita serabut...
Hanya Allah saja Maha Mengetahui..
Yang kita hilang selama ini adalah KEBAHAGIAAN...
kita tidak dapat melihatnya sampai kita dapat merasai nikmatnya
kebahagiaan itu adalah suatu ketenangan

bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir tapi rupanya maknawi
terpendam bagai permata di dasar hati

Ia hadir di saat-saat kita menemui ketenangan...
Dan kita perasan kita boleh menemuinya melalui satu cara
iaitu taqarrub ilallah..mendekatkan diri pada Allah..
dan solat dengan khusyuk adalah ubatnya...
Nak sebut dari huruf k pertama sampai k terakhir memanglah mudah...
tapi nak melaksanakannya hanya Allah yg megetahui...

Disini ana nak berkongsi 5 perkara mencapai khusuk dalam solat

i. al-tafahhum
>>>maksudnya memahami dan menghayati makna-makna bacaan dalam solat
ii. al-takzim
>>>merasa kebesaran Allah seolah-olah berada di hadapanNya
iii.al-haybah
>>>meghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah
iv.ar-rajak
>>>mengharap rahmat dan ibadat diterima Allah
v.al-haya'
>>>perasaan malu terhadap Allah kerana kekurangan dalam ibadah dan kelewatan menunaikan janji

Konklusinya,kunci kekusyukan solat itu adalah memahami makna-makna bacaan dalam solat itu sendiri.Sekian, wallahuaa'lam,segala yang baik dtg dari Allah,yang buruk datang dari kelamahan ana sendiri.

22 Ogos 2009

Telah Ku Pilih Jalan-Mu



Bismillahirrahmanirrahim....
Post kali ni nak kongsi sebuah sajak.
Sebenarnya sajak ni telah diedarkan oleh seorang hamba Allah.(syukran yer..)
Setiap kelas dapat,ana cuma tolong tampal kat ruangan tazkirah kelas..
Mula-mula tu sekadar baca, tiada perasaan ape pun.
Tapi ada suatu hari tu, waktu kemas-kemas PMK,
ternampak balik kertas sajak tu...
Entah kenapa perasaan tu sayu sangat
Sedih pun ada apabila baca balik sajak tu...
Siapalah kita ni yang mampu menolak anugerah itu.
Sekalipun beribu-ribu kali menolak rasa hati..
Tapi Allah lah yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati kita


TELAH KU PILIH JALANMU

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku
di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.


21 Ogos 2009

pandangan mata selalu menipu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
dan pandangan hatilah yang hakiki sekiranya hati itu bersih..

Pernah tak kita jatuh hati pada seseorang kerana pandangan matanya??
dan kerana matanya...
hari-hari yang kita lalui terasa sungguh indah
apabila sehari tidak bertemu, alangkah kecewanya kita
dan hidup kita seakan tanpa semangat
kita belajar tapi fikiran kita menerawang pada si dia
mimpi kita juga terisi dengan angan-angan yang belum pasti...

Kita seringkali terlalu yakin dengan diri kita,
bahawa kitalah yang lebih tahu menafsir fikiran sesorang melalui matanya
kita yakin bahawa dia memahami sms 'pandangan mata' yg kita lontarkan
seolah-olah dia menreply isyarat hati kita
sedangkan dia cuma manusia biasa
tiada kelebihan sixth sense dan sebagainya
barangkali juga dia beranggapan bahawa itu cuma mainan
mainan fikiran dan perasaan
untuk melekakan dirinya supaya berfikir tentang perkara yang belum pasti lagi
dan apabila kerap memikirkannya
terbawa-bawa ke alam mimpi dan angan-angan
terbayang senyumnya, pandangan matanya, wajahnya
terus-menerus menjurus kita ke arah zina hati

jika suatu hari nanti,kita putus asa
putus asa untuk memendam perasaan
adakah tidak mustahil untuk meluahkannya???
nothing is impossible right??
jadi bermulalah misi untuk menyatakan cinta yang terpendam
ehem,ehem..begini...
(dalam bentuk sms,memandangkan sekarang ni kan zaman teknologi moden)

Dania:
Salam...daniel,awk bzy x skrg??
Daniel:
x...npe?
Dania:
sy ada prkara nak bgtau awk.sy harap awk brsedia nk dgr ape yg nk sy bgtau ni..
sy ni jenis susah nak jatuh cinta kat org...lebih2 lg org yg baru sy kenal.
Daniel:(buat-buat tak faham)
pastu?
Dania:
sy suka kat awk...
Daniel:(setelah 15 mnit)
Dania,kita memang rapat...tapi sebagai kawan je..ak harap kau faham

jadi,skrg ni...
saya nak tanya pendapat mengenai apa yg Dania rasa??
apabila jatuh cinta ibarat dunia ni kita yang punya
tapi bila kecewa, kita rasa macam ...........(ntahla, sbb xpenah rasa)

di sini saja nak timbulkan persoalan,
sebenarnya apa jawapan yang kita harapkan??
adakah jawapan seperti ini...

"aku pun suka kau gak..."
"nak couple x??"
"kalau macam tu,esok jugak keluarga aku dtg hantar rombongan meminang,boleh??"

~will be continue....



19 Ogos 2009

mengumpat


Hari ini, pagi-pagi lagi umi dah bagitahu yang ada orang ngumpat saya. Umie tahu pun dari along. Dalam hati,panas jugak la sekejap. Rasa macam dikhianati. Dan pagi tu jugak telah menjejaskan mood saya, masuk van pun senyap je. Biasanya saya memang senyap pun tapi hari ni senyap sebab sesutu telah menyebabkan saya senyap. Dah dekat 10 minit tu, lepas saya fikir-fikir balik. Saya tertanya-tanya sendiri,

"apsal lak aku nak rasa sakit hati ngan diorang...diorang yang ngumpat aku, tapi aku tak rugi pape pun. malah, pahala orang yang ngumpat aku tu pulak pindah kat aku...nape pulak kena sedih-sedih...patutnya aku cakap terima kasih kat diorang.."

dan waktu tu teringat pulak kata-kata Saidina Abu Bakar yang digantung kat depan kolam semenanjung kat sekolah saya. Jadilah seperti pokok. Biar ditendang, disepak, dicaci maki, dibaling dengan batu sekalipun, pokok tetap menjatuhkan buah-buahan kepada manusia. Alhamdulillah, saya dapat layan mereka macam biasa, macam saya tak tahu apa-apa. Dan masih lagi mampu tersenyum.

Lagi satu, saya ada dengar tazkirah pagi kat IKIM dua tahun lepas, ustaz tu kata, apabila kita tak maafkan orang, kat akhirat nanti orang tu akan menunggu kemaafan daripada kita sehingga timbangan pahalanya lebih berat daripada timbangan dosanya. Cuba bayangkan, kalau orang yang kita umpatkan tu tak tahu pun kita ada mengumpat dia. Macam mana tu?? Lainlah sekiranya kita maafkan semua orang di sekeliling kita, habis cerita...ingat rabbi yassir wala tu'assir, Allah memudahkan sekali-kali tidak meyusahkan.... sama la ertinya apabila kita mudah maafkan orang, Allah akan membuka hatinya untuk memaafkan kita...

Jadi, mungkin selama ini ada dosa-dosa saya yang tidak terlerai disebabkan perkara ini. Saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah mengenali saya atas kekhilafan dan kesilapan sama ada saya sedar mahupun tidak. MAAF SEMUA...ana asif 'ala kulli hal

NOTA COMEL
hari ini saya bawa balik kotak biskut muzik dari koop untuk kucing saya(kucing keluarga) yang baru bersalin malam semalam. Empat ekor anak dia,tapi seekor dah mati,yang warna putih sebab kesejukan-malam tadi hujan...kesian Circle,saya dapat rasakan kesedihan yang bersarang di hatinya walaupun saya sendiri belum jadi ibu lagi...hehe


18 Ogos 2009

saya nekad


Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,setelah menimbang beribu-ribu kali untuk membuat blog. Akhirnya saya nekad untuk ada blog saya sendiri. Banyak perkara yang selalu bermain-main di kepala saya setiap kali hasrat hati ini hendak dilaksanakan. Antaranya,

"adakah benda ni akan melekakan aku nanti??"
"layak ke aku ni menasihati orang??"
"aku ni bukannya pandai sangat buat ayat...nanti merapu-rapu nanti"

Tetapi hari ni saya temui kekuatan baru dalam diri saya. Saya dah fikir masak-masak. Insyallah, saya akan cuba memotivasikan diri saya sendiri melalui wadah ni. Untuk menasihati orang lain, saya akan nasihat diri saya dahulu. Walaupun sekadar copy and paste dari laman web atau blog orang lain.Insyallah...doakanlah saya..

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...