Nasyid Instrumental

19 Ogos 2009

mengumpat


Hari ini, pagi-pagi lagi umi dah bagitahu yang ada orang ngumpat saya. Umie tahu pun dari along. Dalam hati,panas jugak la sekejap. Rasa macam dikhianati. Dan pagi tu jugak telah menjejaskan mood saya, masuk van pun senyap je. Biasanya saya memang senyap pun tapi hari ni senyap sebab sesutu telah menyebabkan saya senyap. Dah dekat 10 minit tu, lepas saya fikir-fikir balik. Saya tertanya-tanya sendiri,

"apsal lak aku nak rasa sakit hati ngan diorang...diorang yang ngumpat aku, tapi aku tak rugi pape pun. malah, pahala orang yang ngumpat aku tu pulak pindah kat aku...nape pulak kena sedih-sedih...patutnya aku cakap terima kasih kat diorang.."

dan waktu tu teringat pulak kata-kata Saidina Abu Bakar yang digantung kat depan kolam semenanjung kat sekolah saya. Jadilah seperti pokok. Biar ditendang, disepak, dicaci maki, dibaling dengan batu sekalipun, pokok tetap menjatuhkan buah-buahan kepada manusia. Alhamdulillah, saya dapat layan mereka macam biasa, macam saya tak tahu apa-apa. Dan masih lagi mampu tersenyum.

Lagi satu, saya ada dengar tazkirah pagi kat IKIM dua tahun lepas, ustaz tu kata, apabila kita tak maafkan orang, kat akhirat nanti orang tu akan menunggu kemaafan daripada kita sehingga timbangan pahalanya lebih berat daripada timbangan dosanya. Cuba bayangkan, kalau orang yang kita umpatkan tu tak tahu pun kita ada mengumpat dia. Macam mana tu?? Lainlah sekiranya kita maafkan semua orang di sekeliling kita, habis cerita...ingat rabbi yassir wala tu'assir, Allah memudahkan sekali-kali tidak meyusahkan.... sama la ertinya apabila kita mudah maafkan orang, Allah akan membuka hatinya untuk memaafkan kita...

Jadi, mungkin selama ini ada dosa-dosa saya yang tidak terlerai disebabkan perkara ini. Saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah mengenali saya atas kekhilafan dan kesilapan sama ada saya sedar mahupun tidak. MAAF SEMUA...ana asif 'ala kulli hal

NOTA COMEL
hari ini saya bawa balik kotak biskut muzik dari koop untuk kucing saya(kucing keluarga) yang baru bersalin malam semalam. Empat ekor anak dia,tapi seekor dah mati,yang warna putih sebab kesejukan-malam tadi hujan...kesian Circle,saya dapat rasakan kesedihan yang bersarang di hatinya walaupun saya sendiri belum jadi ibu lagi...hehe


Tiada ulasan:

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...