Nasyid Instrumental

24 Jun 2011

Bas oh bas...




Bulan ni entah kenapa asyik rasa nak update blog je, padahal sebelum ni masa cuti lama lepas spm tak update pun. Sejujurnya dulu memang tiada idea walaupun banyak masa terluang. Tapi sekarang, banyak idea,banyak benda nak dikongsi , banyak benda nak dicomplaint tapi kesuntukan masa pulak. Itulah masa lapang sebelum sempit.

Sekarang ni bila dah sibuk, rasa berharganya tidur malam yang nyenyak dan cukup dahulu. Rasa berharga wireless network kat rumah, memandangkan kat kolej kediaman takde wireless network mahupun kafe siber. Tapi insyallah coming soon bulan depan(dengarnya macam tulah).

Suasana kat tempat baru, insyallah makin boleh sesuaikan diri dengan jadual waktunya yang padat. Itulah nak tak nak kena terima dan hadapi. Mana-mana IPTA pun memang macam tu. Sekarang baru terasa rindu kat zaman sekolah yang dapat balik pukul 2.30ptg.

Ok, sebenarnya ada perkara menarik yang ingin saya kongsikan.

Mengenai BAS.


Mungkin ada yang menyangka saya menulis mengenai bas sebab ianya ada kaitan dengan kehidupan baru saya sekarang ni. Mungkin juga, memandangkan itulah pengangkutan utama kami(tamhidian) ke kampus utama. Lainlah mereka yang ada kereta.=_="

Ok,sebelum tu,
PERINGATAN: Ini rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.
(hopefully tak terjadi di USIM, dimana para saintis islam dilahirkan. Aamin)

Katakanlah situasinya berlaku begini.
*Saya gunakan kata ganti nama diri 'Saya' supaya lebih mudah difahami.
Pada suatu petang, lebih kurang dalam pukul 5.30 petang semua pelajar sebuah IPTA telah tamatkan kelas terakhir mereka. Saya dan kawan saya Siti terus pergi ke tempat perhentian bas kat dalam kampus itu. Ketika itu memang dah ramai pun yang tunggu bas. Masing-masing kalau boleh nak sampai awal ke rumah. Dah tunggu lebih kurang sepuluh minit, saya dan kawan saya mengambil keputusan untuk solat asar dahulu.

Setelah kami berdua selesai solat asar, kami pun bergegas semula ke tempat perhentian bas tadi. Kami dapati kesemua pelajar telah tiada di tempat tersebut menunjukkan mereka telah pun naik bas yang sebelum ini. Yang kelihatan cuma sebuah bas yang masih lagi menunggu penumpang-penumpang terakhir masuk. Alhamdulillah, sewaktu kami bergegas ke sana, ada lagi lebih kurang 15 orang pelajar perempuan di hadapan tempat menunggu bas,mungkin mereka juga lewat atas sebab yang sama .

Sebaik pintu bas dibuka, kami dapati semuanya lelaki. Tempat duduk bas kesemuanya sudah penuh, tapi ruang-ruang berdiri di tengah-tengah isi bas belum lagi terisi. Pemandu bas menyuruh kami naik kerana katanya ini bas terakhir,bas seterusnya pada pukul 7.00 malam nanti. Kami pelajar perempuan dengan langkah kaki yang berat melangkah masuk ke dalam bas.Bayangkanlah kami seramai 15 orang pelajar perempuan masuk ke bas lelaki.Rasa nak telefon teksi pun sanggup. Baru tiga,empat orang pelajar perempuan masuk, bas seakan penuh. Sebabnya pelajar perempuan hanya sanggup berdiri di tangga bas sahaja. Saya dan kawan saya masuk-masuk je dah paut kat besi bas sebelah pemandu bas, aisy tak sanggup kami SEMUA berdiri di tengah-tengah laluan bas yg penuh pelajar lelaki dalam keadaan bas yang tiada tempat pemegang di sebelah atas. Buatnya bas tu kat selekoh tajam, Nauzubillah. Tapi kami semua akhirnya naik juga bas tu, memandangkan bas seterusnya hanya datang 1 jam lagi.

Pada ketika itu, saya berasa sedikit bengang kerana lelaki-lelaki yang duduk di seat paling hadapan tidak memberikan kami ruang untuk berdiri.Sedangkan kami bersesak-sesak di tangga kerana tak sanggup berdiri berdekatan dengan mereka. Apalah salahnya row pertama tu dikosongkan supaya kami semua tidak perlulah berdiri di tengah laluan bas. Kami tak kisah sebenarnya terpaksa berdiri tapi alangkah moleknya sekiranya perlanggaran lelaki perempuan itu dapat dielakkan. Saya hampir-hampir tersentuh seorang muslimin ketika roundabout sungguhpun saya puas sudah menginjak ke tengah bas. Kalaulah muslimin benar-benar peka ketidakselesaan kami.

Perlukah saya bersemuka dengan muslimin di row hadapan supaya memberi kami ruang ataupun mengelak ke tepi apabila bas berada di selekoh. Terdetik dalam hati saya, 'memang tiada lagikah lelaki yang gentleman dalam bas ini?'. Terfikir juga, kalaulah abang saya ataupun adik lelaki saya berada di dalam bas ini, sudah tentu mereka takkan membiarkan saya berdiri di antara lelaki-lelaki bukan muhrim(dalam keadaan sebegitu). Atau mungkin juga muslimin tidak terfikir andai yang berada di situasi itu adalah adik atau kakak mereka.

Namun saya masih percaya, simpati mereka ada, tapi bukan 'empati'.Tapi kenapa?
E-G-O probably?

Honestly, apa yang saya dapat concludekan disini.
' Arrijal qhawwamuna 'alannisa' '.

Mereka yang sepatutnya melindungi muslimat, lebih-lebih lagi mereka yang sudah sedia mengerti dari zaman sekolah menengah dulu batas-batas pergaulan lelaki perempuan. Masing-masing dulu pun dari sekolah agama juga kan. Sebab mereka dari sekolah agamalah kami harapkan untuk faham. Kalau dari sekolah biasa kami tak hairanlah andai situasi ini berlaku...


Seperti yang saya tulis di atas, ini cuma SITUASI. Nilailah sendiri.


>>>
Sudah beberapa hari saya fikirkan persoalan ini, andai dalam train, bas perkhidmatan awam yang didalamnya ada warga tua,wanita mengandung dan kanak-kanak. Adakah mereka yang sihat walafiat ini bersedia memberi tempat duduk mereka untuk golongan-golongan ini? Sebab saya pernah menghadapi situasi di luar sana di mana kanak-kanak sekecil umur 3-4 tahun terpaksa duduk di tangga bas dan mencangkung di lantai bas sedangkan lelaki yang sihat walafiat tu duduk di kerusi betul-betul di sebelah anak kecil ini mencangkung. Apalah salahnya pangku si anak kecil ini kalau benar sayang melepaskan tempat duduk tu.Tertanya juga, kemanalah perginya nilai kemanusiaan mereka......


#Akhir kata, saya mohon maaf ,tiadalah niat saya untuk mengecilkan hati atau menjatuhkan sesiapa.Tapi inilah yang sebenarnya berlaku. Kalau ada kata-kata saya yang silap, sila perbetulkan dengan hikmah.

3 ulasan:

aegy berkata...

"those who believe & work righteousness, Tubaa is for them and beautiful place of return"
*tubaa-happiness
(Ar-Ra'd)(13:29)

pelajar tamhidi berkata...

28 JUN 2011...
Kejadian yg sama jg berlaku...semalam kitaorang blk pukul 7 dek kerana tunggu bas selama 1 jam.....dan sampai kknc kul 7-15....

saya harap saudari x salahkan pelajarlelaki....
kerana ada juga lelaki yg gentleman yg mahu beri tempat duduk kat perempuan, dan cuba saudari bayangkan kalau dlm satu bas tu semua perempuan dan hanya beberapa org lelaki je yg terpaksa menaiki bas perempuan...diorang pun macam kita jugak...tak sanggup nak berdiri di tengah2 perempuan...tetapi melalui pengalaman , perempuan mmmg x akn berganjak drpd tempat duduk dan beri tempat kepada lelaki sekiranya kita bangun bg tempat duduk kat lelaki, kita kena berdiri...sama goes to lelaki....
diorang pun nak duduk, penat....

tapi perkara sebaliknya pun boleh berlaku gak, ada je lelaki yg sanggup berdiri atau duduk bertiga sebab nak kasi tempat duduk kat perempuan, so x leh salahkan diorang sebenarnya....

perempuan pun sama je...

Khairussyifa' Humaira berkata...

Syukran pelajar tamhidi atas pendapat kamu, at least saya dapat tahu sesuatu bhwa tak semua muslimin begitu dan mengubah mentaliti saya sedikit-sebanyak.

Mungkin betul juga masih ada lagi lelaki yang gentleman, tapi kebetulan bukan pada hari itu @ bas itu...atau mungkin juga lelaki yang gentleman itu terlalu penat lalu terlelap dalam bas tanpa mengetahui muslimat berada dalam bas sehinggakan mereka tak perasan kedudukan kami yang begitu hampir dengan mereka....husnuzon, insyallah...

>>honestly, saya memang agak bengang jugak sebab berdiri dalam keadaan sebegitu hampir sekali dengan muslimin dalam bas. Mungkin itu faktornya...

*asifni sekiranya ada kata-kata saya yang silap@mengecilkan hati.

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...