Nasyid Instrumental

11 Jun 2012

Lughah

Bismillahirrahmanirahim

Sem 2. One word.
Alhamdulillah.



Teringat ketika Semester 1 dulu, esok paper Arab.
Malam tu aku menangis menatap buku Bahasa Arab.
Bermonolog dengan buku,
" Ya Allah! Apa yg saya dah lakukan pada kamu. Saya cinta kamu tapi saya terlupa nak dalami kamu sepenuh hati. Kamu, maafkan saya".

Janji saya pada diri, walaupun aku tak terima tawaran belajar Bahasa Arab di timur tengah tapi tak bermakna aku tak bersungguh belajar bahasa Arab di sini.

Namun, ianya tak mudah. Aku diduga ketika Semester 1. Seorang ustaz yang sepatutnya mengajar kami b.arab tapi serupa tidak mengajar kami bahasa Arab. Subjek Feqah barangkali. Bukan aku tak suka belajar feqah (boleh jika diselitkan), tapi aku dambakan ilmu bahasa Arab. Pada pendapatku, ustaz lebih gemarkan membincangkan hukum-hukum ketika beribadah yang melibatkan perkara-perkara cabang. Sehinggakan  dilabel bid'ah sekiranya mengamalkan bacaan yaasin pada khamis malam jumaat kerana bukan amalan Rasulullah. Kadangkala 2 jam kelas tutorial tidak sentuh langsung silibus bahasa Arab. Diringkaskan cerita. Aku bertanya pendapat ustaz mengenai USRAH selepas tamat kelas, sejujurnya aku cuma menguji fahaman ustaz kerana aku mendengar desas desus fahaman yang dibawa ustaz agak berlainan. Desas desus tu bukan aku seorang je tahu, malah ramai juga yang tahu. Tapi tak sangka ustaz telah melabel aku sebagai pengikut jemaah.

Dan pada kuiz akhir, aku hampir tak dapat lupakan sampai sekarang. Setiap orang ditanya soalan yang berlainan, diskriminasi yang aku tak dapat terima. Kawan aku ada yang ditanya mengenai diri, ahli keluarga dan pekerjaan sahaja. Tak ulangkaji pun dapat jawab. Sedangkan aku dan bebarapa orang pelajar ditanya mengenai soalan yang serius aku tak faham langsung. Satu kelas juga tak faham. Dan aku satu-satunya pelajar yang ditanya berkenaan nahu. Alhamdulillah aku dapat jawab walaupun tak berapa sempurna.

Dan result akhir semester 1 untuk subjek bahasa Arab, hmm, aku tak nak komen.
Mungkin ada hikmahnya. Cuma yang pasti result pun automatik akan jadi diskriminasi.
Pelajar yang disukai, boleh jadi A dalam tangan.

Walaupun aku usaha yg terbaik, tapi Allah kata bukan rezeki aku. Maka itu bukan rezeki aku. Manusia cuma pengantara.

Dan again Alhamdulillah, Allah dah tunjukkan kebenarannya pada Sem 2. Terlalu jauh bezanya. 

Bak kata pepatah Arab, ‘Kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil dapat dicapai.
Lumrah manusia berbeza pendapat. Ada yang beradab dan ada yang kurang beradab dalam menghadapi perbezaan pendapat. Tidak kurang ada yang bersikap ilmiah dan ada pula yang senang menyerang dengan bahasa menghukum, emosi dan logik.



Kerana itu SAW bersabda : “Barang siapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya, maka Allah akan fahamkan dia dengan agamanya.” 
(Hadis riwayat Ahmad).

Wallahua'lam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setiap yang berlaku, ada hikmah yg tersembunyi..

^^

orang yg berilmu, belum tentu faham islam....... tetapi orang yang faham islam sudah tentu berilmu.

Tanpa Nama berkata...

^^ setiap yang berlaku itu, ada hikmah yang tersendiri

hehe...

orang yang tinggi ilmunya belum tentu faham islam......tetapi..
orang yang faham islam, sudah tentu tinggi ilmunya

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...