Nasyid Instrumental

25 Julai 2012

Degree

Bismillahirrahmanirrahim...

Ramai bertanya ke mana aku menghilang?
Aku tak hilang, masih lagi di sini, melalui hari-hari sendiri memujuk diri.

Kenapa tak balas mesej?PM pun tak balas?
Sejak dua minggu lalu, bertalu-talu telefon bimbit aku dan facebook ku dihujani soalan yang serupa.
"syifa' dapat kos apa?"
Maaf, aku tak cukup kuat untuk membalas semuanya. Aku dah cuba.
Orang pertama, kedua, ketiga aku masih lagi mampu untuk hadapinya.
Mungkin ayat yang begitu klise,
 ' aku boleh tipu orang tentang perasaan aku , tapi aku tak boleh tipu perasaan sendiri '
Aku perlukan masa.
Kata umi, " kalau tak nak,jangan buat, jangan paksa"

Jadi, aku setulus hati memohon maaf pada semua.
Sungguh, aku terharu. Terlalu ramai yang mengambil berat mengenai aku.
Cumanya aku masih belum bersedia menempatkan fikiran aku di tempat yang sepatutnya.
Aku cuma merancang, tapi Allah lebih tahu.

Dan ku kira pemilihan kos ijazah itu ada kena-mengena dengan kekuatan subjek ku ketika tamhidi dan sudah pasti SPM juga.

Sarjana Muda Sains dan Kepujian ( Fizik Gunaan )

Buat sahabat-sahabat,
(terutamanya Syafiqah, Ipie, Laila, Azila, Aisyah, Aisyatul, Faa)
Tahniah semua, aku tahu kebanyakan kalian menerima result degree dengan senyuman lebar dan hati yang riang gembira. Alhamdulillah.

Jalan untuk mendapat cita-cita itu terlalu rumit buat aku,
Tetapi Allah pasti merencanakan sesuatu yang terbaik buat aku.

Entah berapa pula titis air mata ketika menulis entri ini.

Tiada ulasan:

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...