Bismillahirrahmanirrahim.
Betapa aku rasa sungguh susah kerana terpaksa menunaikan solat dia atas kerusi. Pada usiaku 19 tahun, Allah tarik nikmat kaki pinjaman-Nya. Aku belajar sabar atas dugaan ini, kerana setiap langkah kakiku seakan menekan-nekan rasa sakit pada lututku. Aku bimbang andai ini Ramadhan terakhirku, tapi aku tak merebut peluang menunaikan solat terawih. Aku gagahkan juga untuk solat terawih selepas sahur semampuku, sedaya tubuhku. Semalaman aku tak mampu berganjak dari katil lantaran sakit yang teramat sangat. Ya Allah, kuatkanlah aku, kuatkanlah aku.
Hampir tiga hari, Alhamdulillah kakiku beransur pulih. Bak kata doktor, sakitku ini unknown reason.
Mungkin ini peringatan Allah padaku. Ya Allah, Tuhan saja yang tahu betapa nikmatnya dapat solat berdiri.
Dapat melangkah degan sempurna. Dapat menggerakkan tubuhku untuk duduk, baring, memakai pakaian dengan sempurna, membantu umi melakukan kerja-kerja rumah.
Umi hairan melihatku, pabila doktor tanya sakitku. Aku menangis. Umi kata, "KakNgah yang umi kenal kan kuat" . Satu perasaan yang bercampur baur, ketika sakit aku dapat rasa rahmat Allah padaku. Allah tak biarkan aku sendirian. Aku tahu Allah duga aku dengan sakit sebab dia nak ajar aku satu benda - syukur!
Wallahua'lam.
*Betapa aku sedih melihat manusia, tak malu makan di khalayak ramai ketika ramadhan.
Seandainya dia tak malu lagi pada Allah, setidak-tidaknya malulah pada manusia.
*Betapa aku kasihan pada mereka. Adakah mereka tahu yang pertama kali dihisab adalah solat mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan