my follower

Nasyid Instrumental

16 November 2012

'Baby Dumping'

Bismillahirrahmanirrahim,

Teringat perbualanku dengan seorang sahabat pada suatu petang di bus stop.  Ketika menunggu bas tiba, kami pun cerita pasal kerja tutorial english kami, antaranya kena buat short paraghraph. Tajuk yang paling menarik perhatian kami berdua ialah mengenai "baby dumping".

"How can be done to the increasing problems of baby dumping?"

Aku pun cerita mengenai apa yang pernah dibaca dalam sebuah majalah, mengenai kempen 'save sex', not 'safe sex'. Walaupun aku pada mulanya agak malu untuk menulis sesuatu yang begitu matang sebegini. Tapi ini tanggungjawab aku terhadap realiti yang sebenarnya berlaku. Adakah kami mahasiswi Islam sekadar berpeluk tubuh melihat memerhati apa yang telah berlaku ?

Kami tahu kami perlu berbuat sesuatu. SESUATU.

Sebelum itu, biarlah aku jelaskan istilahnya,
'save sex' - to save it after marriage and it is legal in ISLAM.
'safe sex' - doing it safely. There's an association gives condoms to the society, as a way to resolve the baby dumping.

Itu benar.

Aku bercerita betapa aku menulis essay dengan begitu emosi.
"Mengapa anak kecil yang tidak berdosa ini mesti dikorbankan demi menangkis aib yang dilakukan ibu bapa mereka?"
"Adakah anak kecil ini sudah tidak layak diberi nilaian kemanusiaan sehingga dilayan sebegitu?" 

Mengingatkan aku pada suatu peristiwa yang cukup menghancur luluhkan hatiku saat bekerja sebagai cashier petronas. Dan peristiwa itu barangkali permulaan, klimaks cerita ...melahirkan bayi luar nikah. Selama ini aku berasa begitu selamat dengan persekitaran Islam yang ku nikmati, tanpa aku sedari masyarakat di luar sana berada dalam kondisi yang amat menakutkan.

Usai aku bercerita, sahabatku dengan lembut memanggil namaku, "Syifa'.."

"Hmm..", aku menoleh kearahnya.

"Hari tu kami tolong makcik kami key in nama pelajar dalam kelas dia. Makcik kami tu guru kat sekolah rendah kat Kedah. Sekolah makcik kami tu macam kat kawasan perkampungan jugaklah. Pastu, kami perasan kat senarai nama,yang ramai nama pelajar ni tiada nama bapa. Kami pun tanya makcik kami, makcik kami kata yang tiada nama bapa itu semua anak luar nikah", sahabatku yang kelahiran negeri jelapang padi ini terbiasa membahasakan dirinya 'kami'.

"Eh, bukan kalau yang tiada bapa tu bin kan dengan Abdullah ke?", spontan aku bertanya.

"Itulah, sekarang dah tak. Sebab ada je yang ber'bin'kan Abdullah tapi bukan anak luar nikah."

"Oh yeke. Kiranya nama diorang akan ada satu nama je lah?"

"Hmmm....pastu Syifa' tahu tak yang tiada nama bapa tu ramai sangat. Kami sendiri terkejut. Kalau dalam kelas tu ada 30 orang, hampir 20 orang tiada nama bapa. Kiranya dalam kelas tu 10 orang je anak halal."

Aku terdiam.

Itu yang berlaku di kawasan perkampungan, di bandar pula bagaimana?

Bukan statistik baby dumping, mahupun nama anak tanpa bapa.
Tapi isunya, ZINA yang bermaharajalela. Itu puncanya.

Kata Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor,
" Jangan biarkan sehari pun harimu berlalu tanpa memikirkan Islam".

Allahua'lam.


Tiada ulasan: