"Angah, hari itu Cikgu Rohana cerita kat Umi. Adik luah masalah kat dia. Dia kata dia mengadu yang dia stress". Pertama kali dengar, rasa macam nak gelak guling-guling. Hehe,tak tahu pulak budak umur 12 tahun ada stress. Lagipun aku nampak selama ni dia macam takde perasaan je. Tahu tengok tv n main games je.
"Pasal apa dia stress?"
"Dia kata, semua adik beradik dia dapat straight. Tapi dia tak dapat masuk kelas A pun. Pastu semua orang harap dia dapat 5A jugak. Dia stress"
***
"Angah, Adik masuk kelas Hambali", beritahu Umi padaku.
"Oh, takpelah, boleh usaha lagi. Tak semestinya tak dapat masuk kelas A tak dapat 5A waktu UPSR", aku menjawab sambil mataku halakan pada si Adik.
"Tahu tak Abang Sin kata apa kat dia?", tanya Umi. Aku dah agak dah budak yang seorang ini kalau tak melaser memanglah bukan dia.
"Abang Sin kata adik seorang je dalam keluarga ni tak pandai", Adik tiba-tiba menyampuk. Mukanya ditundukkan sedikit.
"Alah..takpelah. Waktu Kak Ngah dulu, ada je kawan-kawan Kak Ngah dapat 5A dari kelas B. Tapi dia belajar sungguh-sungguh. Adik nak dapat 5A, kenalah belajar sungguh-sungguh"
***
Sejak hari tu, Umi beritahu yang Adik guna hujah aku setiap kali diejek oleh Abang Sin.
"Kak Ngah kata........"
Hehe. Adik, adik~!
To brothers and sisters out there,
Hormatilah adik-adik anda. Mereka juga punya perasaan.^_^
# Hari ni >
lepas subuh menghadap buku atas katil > terlelap > pastu pukul 7 kelam kabut gosok baju > entah mana silapnya berlubang kainku kerana seterika > 7.20 mandi > 7.40 siap pakai tudung + stokin > kawan datang bilik dengan baju tidurnya- "Syifa', rinikan takde kelas"
Patutlah hari ni rasa berat sangat badan nak ke kelas.
# Status : Rasa macam nak terbang je balik ke rumah.
1 ulasan:
yοu're in reality a just right webmaster. The website loading velocity is incredible. It seems that you're ԁoing any distinctiѵe
trick. Also, The сοntents are mastеrρiecе.
you've done a wonderful job on this topic!
Here is my web-site; Sixpack
Catat Ulasan