my follower

Nasyid Instrumental

06 Oktober 2014

Men Are From Mars, Women Are From Venus

Bismillahirrahmanirrahim,
Jujur, tak mampu nak habiskan baca buku ini. "Men Are From Mars, Women Are From Venus" ditulis oleh John Gray. Sebenarnya buku ini dah lama elok tersusun kemas atas rak buku di rumah, tetapi tak tergerak pula hati untuk membacanya. Cuma, 2 hari lepas, disebabkan sakit perut memulas-mulas dan membuatkan aku hanya terbaring di sofa, tergerak pula mengambil sebuah buku sebagai bahan bacaan untuk meredakan rasa sakit dan bedtime story mungkin, hehe. (Hikmah sakit supaya banyakkan membaca)

Ini bidang umi, psikologi perbandingan jantina gitu. Aku pun tak berapa arif. Umi ada mencadangkan sebuah buku lagi tajuknya, "Relasi Gender", buku berbahasa Indonesia, penulis dari sana. Bukunya kata umi lebih terperinci dan mendalam tentang perbandingan gender ni. Aku kenal buku-buku umi, dari segi warna kulitnya dan kedudukannya di rumah. Cuma, tak berapa rajin membaca buku bercorak fakta. Selak-selak rajinla.Nak baca, kena siap buat nota warna-warni Insyallah tak tidur time baca.

Aku boleh katakan buku ini lebih sesuai dibaca buat orang yang sudah ada niat ke arah pembentukan peribadi muslim yang kedua ; baitul Muslim. Sebab kebanyakan bab-bab di dalamnya lebih kepada membetulkan silap faham isteri terhadap suami dan suami terhadap isteri setelah beberapa tahun bernikah. Oh, lebih baik untuk orang yang dah bernikah sebenarnya. Aku sendiri baca buku ini, terasa macam kurang menjejak sikit pada realiti, sebab 'men' yang aku bayangkan adalah lelaki-lelaki di sekeliling aku seperti ayah, along, muhsin dan adik. Maka, aku hanya baca sebahagian bab yang aku rasa ada kaitan dengan aku ja...(panjang pulak merepek..)

Ketika baca tu, banyak kali jugalah dalam hati tu, "Oh no wonderlah diorang buat gini gini gini..".

 Aku cuma nak share berkaitan bab kedua dalam buku tu,
"Mr. Fix-It dan Jawatankuasa Home-Improvement" (aku baca BM ja..;)



Aku rasa naif sangat ketika baca tu, patutlah diorang tak suka aku buat macam tu. Sebabnya lelaki ada pasak satu prinsip dalam diri mereka iaitu,

"Don't fix it unless it's broken" - jangan cuba perbaiki sesuatu jika ia tidak rosak

Mudahnya, lelaki tak gemar kalau dinasihati perempuan atau diberi cadangan pembaikan sebab pada mereka kalau kita tegur atau nasihat tu maksudnya seolah-olah dia macam gagal dalam bab tu. Lelaki akan rasa seolah-olah perempuan tu cuba mengubah diri dia dan 'memperbaiki' dirinya. Lebih kurang la. 

Tetapi pada perempuan, it's different thing,

"Pada perempuan, memberi nasihat dan cadangan tanpa diminta adalah tanda kasih sayang. Ini tersangatlah betul. Orang perempuan tegur kerana dia mahu orang yang dia sayang buat lebih baik pada masa akan datang. Dia tak nak orang ramai kritik sampai melukakan hati lelaki. Sebab tu dia tegur awal-awal. Memberikan nasihat dan kritikan membina juga adalah suatu luahan kasih sayang bagi orang perempuan."

Betul, betul dan tersangatlah betul... :D

Aku beri teguran dan nasihat pada sahabat-sahabat perempuan sebab aku juga nak diingatkan dan dinasihatkan di saat aku leka dan lalai. Tapi mungkin berbeza pada muslimin. Dan aku baru tahu, lelaki tak suka perempuan bagi nasihat tanpa dipinta, (yang ini aku selalu buat kot). Masa yang sesuai lelaki tu perlukan nasihat kita mungkin ketika dia meluahkan rasa pada kita dan minta pendapat kita. Itu masa yang sesuai.

Dan ada satu perkara yang banyak kali aku tersenyum seorang diri apabila mengingatkannya,
"Lelaki adalah Mr. Fix It"

Aku teringat ayah, apabila aku mengadu pada ayah(selama ini aku cerita pada umi),
"Ayah, kereta angah rosak macam ni, macam ni. Compressor bla bla bla. Filter bla bla bla. Kena bayar banyak ni....enjin dia pakai minyak banyak gak, minyak mahal. Kena pandai berjimat-cermat. Penat drive kadang-kadang, kaki lenguh...mata silau drive malam-malam. Pastu...".

Aku tak habis cerita lagi, jawab ayah, "nanti ada rezeki kita beli kereta baru ye"

Ayah fix the problem. Fullstop. Tapi sebenarnya itu bukan satu masalah pun pada aku. Aku just luahkan apa yang terpendam di hati dan aku tak harap ayah selesaikan pun. Mungkin lelaki patut banyak belajar mendengar dan bersabar. Dan belajar respon. Aku teringat kisah Saidatina Aisyah bercerita dengan Rasulullah perihal 10 orang isteri dan perihal suami masing-masing, last-last Rasulullah jawab, "Bukankah aku lelaki yang lebih baik dari semua lelaki itu...",kerana dengan sabarnya mendengar cerita 10 orang isteri beserta suami mereka. Lelaki kalau nak jadi sweet gitu, ikutlah Rasulullah. (panjang lagi nak tulis ni tapi takpa la..hehe, lelaki tak suka bagi nasihat tiba2 ni.)

Aku lebih berminat dengan jawapan umi,
"Sabarlah, jalan menuntut ilmu mana ada yang mudah. Semua Allah akan uji..."

Dan lelaki selalu fikir, kalau orang perempuan meluahkan kadangkala seolah-olah macam meletakkan salah tu pada diri dia,tapi sebenarnya perempuan meluahkan bukan untuk diselesaikan masalahnya, dia cuma berharap orang itu faham. Itu ja...

Kalau rasa penulisan aku berat sebelah, aku minta maaf awal-awal la...
Aku tak reti jadi neutral dalam penulisan seperti penulisan Zaid Akhtar yang apabila orang baca tulisannya seperti seorang perempuan yang menulis membuai rasa sebagai seorang yang berjiwa perempuan. Ok, aku melalut..hehe.

 Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Surah Al-Hujurat: ayat 13

Mencari titik persefahaman itu perlu dan berkenal-kenalan itu luas konteksnya.

***

Ceconteng;

Malam kelmarin
Aku melepas esak sendiri
Merenung diri yang aku kian tak kenal siapa
Pada dunia yang aku bakal tinggalkan
Pada amal yang tak seberapa
Pada hati yang lalai, leka
Pada kerja yang entah dimana penghujungnya
Pada manusia yang suka menilai atas apa yang dipertontonkan

Dan aku cuma berharap redha-Nya mengiringi niat dan langkahku

Biarlah orang tak kenal, tapi kerja Islam itu berjalan. 
Buat apa sedih-sedihkan kemuliaan yang manusia beri,
Sedang kemuliaan di sisi Allah itu kan rahsia Ilahi. Biar manusia tak kenal...
Jangan paksakan diri jadi orang lain...
;)

"Syifa, jangan senyum macam tu lagi.."
"Kenapa dengan senyuman ni?"
"Senyuman itu seolah-olah syifa berusaha untuk jadi tabah"
 Aku tersenyum dengar komen sebegitu
"Hmm, senyum macam tu ok, nampak ikhlas..."

Wallahua'lam,
Taqaballahuminnawaminkum

 Untuk lebih penghayatan, boleh baca sambil dengan instrumental City Hunter;)
"Emosional xpa, asal rasional"

Tiada ulasan: