Nasyid Instrumental

30 Disember 2016

Gadis Pejuang

Assalamualaikum



Usai sarapan pagi keropok lekor ganu dan nescafe panas, sedang bersarapan terpasang satu rancangan di television bertajuk, Tahajud Cinta, arahan Erma Fatima mungkin. Movie lama, mungkin aku baru ja tengok. Adalah scene-scene yang buat aku tak senang duduk, menampakkan kisah cinta islamik yang dibuat-buat. Ala ala macam movie 7 Petala Cinta.

Pinjam istilah yang diguna pakai umi, "Islam tempelan". Erk, sentap kan. Kerana scenenya di Bumi Anbiya', tapi boleh pula lelaki berdua-duaan dengan perempuan di luar khemah, boleh pula ada satu scene tu, yang si ustaz tu sengaja pegang tangan wanita muslimah(even pakai sarung tangan) dan selak niqab muslimah tu. Such a direspectful man I can say. So Ustaz =_="

Dan berkatalah muslimah itu (some sort of sebab tak ingat sangat)....

"Awak tak berpegang pada janji awak, macam mana saya nak percaya pada janji awak jika berkahwin nanti?" (walaupun sebenarnya tak tahulah mereka bercinta ke apa sebab muslimah tu macam tak nak kat dia)

"Kalau belum kahwin pun awk dah bla bla bla, macam mana awak nak jadi khalifah saya nanti?!"

Then, lelaki tu pun minta maaf.
Dan biasalah aku pun tambah skrip depan tv,

"Minta maaf, minta maaf. Senang kan hidup ini. Waktu buat sesuatu tindakan tak nak fikir kesan dan akibat. Bila dah buat, minta maaf, kemudian berilah seribu janji. Cukuplah kotakan janji untuk berubah pada diri sendiri, dan yang utama pada Allah. Berubah sebab manusia takkan kekal lama"

Dan membuatkan aku terfikir, sebenarnya pengarah filem mereka mempunyai niat yang baik untuk sampaikan mesej percintaan menurut Islam tetapi sayangnya mesejnya tidak sampai. Namun lebih malang jika menambah fitnah pada agama dan ahli agamawan itu sendiri nauzubillahiminzalik. Tambah jika scene filem itu dijadikan modal bercinta ala-ala islamik. Sebab itu aku merasakan perlunya ada orang beragama (dalam bidang agama pun lebih baik) sebagai penasihatnya.  Terlebih baik jika kita sendiri yang berada dalam lapangan itu kan...Dulu aku pernah cita-cita jadi penulis skrip Islamik, tapi entahlah kelautttttt.... Aku masih cuba menjadi seorang Muslim dan Mukmin yang baik dari segi praktikalnya, lisannya. Tak mudah.

Dah, panjang sangat intornya, back to the topik,

There's one of the conversation between me and Hamizah, back after our usrah n zikir munajat under Ameerah (Gen3). Refleksi yang sangat dalam.

"Hebat kan dia, mana-mana pimpinan pergi je dia ada..."
"Kan, tak terikut kita. Bagus semangat juangnya."
"Awak rasa dia tu dah ada orang?"
"Dahlah, cantik, hebat dan solehah macam tu, mesti ada tu..."
"Tapi dia tak nampak macam dah ada pun"
"Awak tengok pun tahu kan...."
"Ha'ah nampak macam perahsia orangnya.."
"Iyalah, orang macam dia, mana sempat fikir soal hati dan perasaan ini, fikirnya pasal perjuangan saja..."

Aku dan sahabat aku terdiam. cemburunya pada dia, betapa kami berharap akan jadi seperti kamu duhai gadis pejuang. Bukan hanya fizikalnya sibuk dengan perjuangan, hati dan mindanya juga sibuk memikirkan perjuangan. T_T

Pada dia, aku lihat soal perjuangan itu bukan hanya difikirkan ketika lapang dan saat punya senggang waktu, tapi perjuangan itulah nadi yang mengalir dalam darah setiap waktu dan saat, tak henti berfikir untuk Islam. Nangis. Sebab diri sendiri asyik fikir soal hati dan perasaan.

Hebatkan aura seorang wanita solehah?
Peribadinya yang kuat itu saja dah berjaya menyentakkan hati dan memuhasabah diri aku.

Taqabbalahuuminnawaminkum.
Semoga ujian iman ini menguatkan.

Selamat Tahun Baru.

24 Disember 2016

Catatan Ustajah Syifa' [Part 2]

Bismillahirrahmaniirahim,



Alhamdulillah berakhir sudah Quranic Smart Camp :)
Tak sangka, ingat mula-mula terpaksa handle kelas dari usia 3 - 6 tahun, aku duk mengomel sendirian..

Ya Allah, kenapalah aku selalu tertakdir pada sesuatu keadaan yang aku ingin lari darinya.

Tak nak jadi Ustajah, sebab bimbang jadi Ustajah yang garang. Tetapi sebenarnya itu yang mendidik diri kita, mengurus marah dan sabar. Marah kerana sayang, sabar pada tempatnya. Alhamdulillah, alhamdulillah, mungkin ini caranya Allah memakbulkan doa aku untuk terus dalam kebaikan dan ditemukan dengan orang yang baik-baik.

Yang paling luluh cair hati ini, apabila ada seorang ibu yang datang katanya padaku,

"Terima kasih ustazah, Balqis banyak sangat improvement sejak join quranic smart camp ni. Biasa kat rumah ajak solat, dia mesti solat tak fokus, tak ikut saya solat sampai habis. Tapi Alhamdulillah, sekarang ni bila saya solat, dia pun ikut solat sampai habis."

Btw, Balqis baru 3 tahun setengah ^_^

Haza min fadli Robbi, moga anak saya juga mudah terdidik seperti itu, teringat doa Nabi Ibrahim,

"Ya Allah, Jadikanlah dari zuriat kami, golongan yang mendirikan solat. Makbulkanlah doa kami"

Nak share catatan ustajah, well I'll surely missing this moment, laughing inside during class (sebab tak manis ustajah gelak sorang2 eh) :D


CATATAN 1

Alkisahnya ada seorang peserta, tengah praktikal solat, tak tahulah mcm penat kot, baru masuk rakaat ketiga, alih-alih tengok dia sujuk tak bangun2. Aku dan ustazah Aliah pun kalut-kalut angkat dia letak tepi (sebab kebetulan dia Imam). Tak kesahla..biasalah budak kecil kan, kalau penat macam tulah....Nama peserta tu Mukminin(5 tahun umurnya). Habis solat zikir semua, datanglah dia jumpa aku..

Mukminin : Ustazah, tadi ada orang kata saya sembah berhala.

Ustajah : Laaa, siapa yang cakap macam tu? (Ya Sallam,beratnya tuduhan ni =_=" ni mesti terpengaruh waktu slot sirah Nabi ni )

Mukminin : Adam

Ustajah  : Kenapa Adam cakap mukminin macam tu?

Mukminin : Sebab tadi saya tido waktu solat

Ustajah : Nanti Ustajah jumpa Adam, tak betul tu apa yang Adam cakap. Ni Ustajah nak tnya, kenapa Mukminin tido waktu solat tadi?

Mukminin : Saya penat mengantuk Ustajah.

Ustajah : Semua kawan-kawan pun penat, tak tido pun, lepas solat kita rehatlah sama-sama. Lain kali jangan buat lagi yaa

A week after that, I appoint the same person as Imam = Mukminin. Sebab Imam utk praktikal solat ni gilir-gilir. Adam datang jumpa aku bila aku announce siapa jadi Imam, Bilal dll.

Adam : Ustajah, Ustajah, saya rasa Mukminin tak layaklah jadi Imam.

Ustajah : *again laughing inside* Kenapa pula?

Adam : Yelah, sebab dia asyik mengantuk je..nanti dia tido waktu solat. Biarlah saya jadi Imam.

Ustajah : Taklah, Ustajah dah tanya Mukminin dah, dia janji dia tak tido waktu solat dah lepas ni. Lain kali Adam pula ya jadi Imam :)

Hailah anak kecil yang suci bersih, moga membesar sebagai generasi yang hebat nanti ^_^

CATATAN 2

Dari hari jumaat, waktu slot sirah nabi - kita pilih utk story telling sirah Nabi Muhammad 3 hari berturut sempena mauliddurrasul. Al-kisahnya,

Ustazah : Sebab orang kafir tak suka dakwah Rasulullah, mereka pun nak serang Rasullullah kat rumah dia. Jadi Rasulullah ni pun keluar dari rumah untuk berhijrah ke madinah dengan kawan baik dia. Siapa nama kawan baik dia tadi?

Anak Murid : Abu Bakar

Ustazah : Haa pandai. Rasulullah pun keluar dari rumah dengan Saidina Abu Bakar. Mereka nak berhijrah ke Madinah. Tapi orang kafir quraish ni diorang kejar Rasulullah, diorang nak bunuh Rasulullah. Rasulullah ngan sahabat baik dia pun buat keputusan nak bersembunyi kat gua thur... apa nama gua tempat Rasulullah bersembunyi tadi?

Anak murid : Gua Thurrrrr(serentak)

Ustazah : Sampai kat gua thur tu, ada labah-labah yang baik hati pun buat sarang kat pintu gua tu, supaya tak nak orang kafir y kejar Rasulullah tu xtahu Nabi dalam tu...sampaikan orang kafir kata,
"Eh ada sarang labah2 kat pintu gua, takkanlah Rasulullah ada dalam ni. Jomlah kita balik..."
Oranb kafir tu pun x jumpa Rasulullah ngan Saidina Abu Bakar kat gua tu, jadi dpatlah Rasulullah berhijrah ke Madinah. Mereka pun teruskan perjalanan.....

(Sekali tu, belum lagi habis ceghitaaa)

Azeem : Ustazah, ustazah...yang spider tadi tu ikut tak sekali pergi Madinah?

Ustazah : *gelak dulu*. Tak sayang, spider tu tinggal kat gua thur...


My Sirah Slot

Taqaballahu minna wa minkum. 
Too many story too tell actually, but I'm out of time, I need to go for Sheikh Nuruddin monthly class aftar 'Asr right now. Kholas, assalamualaikum.

Ceconteng

"Being single is smarter than being in wrong relationship. Believe in Allah. Keep positive"

Cari sebab untuk bahagia, walau sendiri :)

17 Oktober 2016

Catatan Ustajah Syifa [PART 1]

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, buat keputusan untuk menulis kembali :)

Pernah dahulu dihadapkan 2 persimpangan,
bidang agama atau bidang sains,
aku di akhirnya memilih untuk belajar di bidang sains,
kerana merasa beratnya amanah ilmu sebagai orang yang berada di bidang agama,
Rasa takut dan bimbang tak mampu berakhlak selayaknya orang agama,

"Ah nama sahaja belajar bidang agama, tapi perangai teruk", itu kalimah yang biasa dilontarkan, cukuplah dengan fitnah dan nama buruk terpalit sama pada orang yang berada di lapangan ilmu agama, aku tak mahu sampai jadi fitnah pada agama.

Tapi satu aku belajar,
Aku bisa saja lari dan mengelak mengambil bidang agama,
Tapi selamanya aku tak boleh mengelak untuk menjadi insan beragama dan berakhlak dengan akhlak yang digariskan agama.

Jadi orang beragama nyata lebih utama ^_^



Anak-anak yang suci putih bersih, moga membesar jadi hamba yang taat beragama :)
Membesar jadi insan yang lebih baik dari Ustajah, doakan Ustajah kekal dalam kebaikan.

***

BUKAN USTAZAH, TAPI USTAJAH

Perkataan Ustazah rasanya tak layak untuk insan seperti aku, yang masih bertatih untuk jadi baik dan adakalanya jatuh di lubang kelam berulang-kali. Menangisi dosa lalu dan kemudian jatuh lagi. Yang sentiasa berharap pada Dia untuk terus-menerus dalam kebaikan.

Jujur, sampai sekarang rendah diri dengan gelaran sebegitu, aku tak melihatnya sebagai sebuah kemuliaan tapi sebuah amanah dan expectation dalam beragama yang begitu tinggi. Rasa tak mampu.

Hmm, dah lama nak tulis berkenaan ini sebenarnya,
sementara tunggu konvo November ini, aku ada beberapa kerja, sebelah pagi sebagai guru ganti di SK mengajar subjek sains dan sebelah petang sebagai guru KAFA. Hujung minggu ada buat part time juga sikit-sikit. Penat jugalah, tapi itulah kebiasaan yang baru. Jika selama ini hanya memikirkan belajar dan komitmen sebagai pelajar. Tapi sekarang, komitmen untuk mencari dan menjana duit sendiri. Untuk menusia yang mudah bosan macam aku, Ya Allah kena kuatkan hati sangat. Entahlah, cuma tak sukakan pekerjaan yang terlalu rutin.

Oklah, done ceghita intro,
Di tempat kerja, aku lebih enjoy mengajar di KAFA, mungkin sebab aku berpeluang ajar bahasa Arab dan studentnya tidak terlalu ramai. Dan seorang murid di KAFA, Tahun 5, sebelum masuk mengajar di kelasnya, Ustazah di situ ada briefing sedikit pada aku berkenaan dia, katanya,

"Dia istimewa sikit, so kena sabar lebih sedikit dengan dia ..."

Begitu berterima kasih pada Ustazah itu, kerna barangkali kerana ketidak tahuan aku, mungkin aku akan menyuruh dan melayan dia sama seperti murid normal. Dua minggu berlalu, aku masih tidak mahu terlalu menekan dia walaupun cukup berharap dia dapat menyiapkan kerja yang diberikan dan tidak mengganggu sahabat sekelasnya yang lain. Keletah dan fikirannya seakan terkebelakang beberapa tahun, seakan murid umur 7 tahun.

Pernah juga dia mengadu, "Ustajaaaaah, Anas kata otak saya rosak"

Aku cuma terdiam dan menyuruh kawan sekelasnya itu memohon maaf pada dia.
Rakan-rakan sekelasnya sudah cukup tahu dengan perangai dia, kalau pertelingkahan berlaku, aku akan cepat-cepat pujuk sahabat-sahabat dia yang lain untuk berhenti walaupun pada dasarnya selalunya memang dia yang salah. Sebab aku tahu, aku tak mampu mengendurkan perangainya oleh kerana keistimewaannya itu.

Biasanya ,aku ini bising di mulut aja, leter macam mak mak gitu.. namun amat jarang untuk aku menggunakan tangan. Lagipun dah besar-besar masingnya. Jadi untuk dia, yang aku selalu ulang-ulang,

"Iman salinlah yang kat depan ni, kawan-kawan lain semua salin kat depan, Iman sorang ja tak salin...."
"Iman cepat salin, dari setengah jam tadi takkan masih salin tajuk lagi..."
"Dahlah Iman taknak salin, Ustajah pun taknaklah bercakap dengan Iman..."
"Iman memang, Iman tak nak dengar cakap ustajah..."

n bla bla...lebih kurang gitulah leterannya, rasa macam tak pernah guna tangan pun dengan dia.

Cuma ada satu hari, aku bagi tahu Iman,aku nak susun meja dia untuk ujian UPKK minggu depan, so kena seret-seret meja sikit....

"Iman, ke sana sikit...."

"Saya tak nak! saya tak nak!"

"Eh tak, Ustazah nak susun meja awak ni haaa....Ustajah nak tolak ke tepi sikit ja"

"Ustajah..........", (suddenly his tone of voice become slow down)

"Ye?", (Tanya aku without expecting anything)

"Kenapa Ustajah suka membenci?", aku tersentak. Seriously, macam kena tampar di muka dia punya sentapan.

Dalam hati tertanya-tanya, Ya Allah apa aku dah buat kat anak ini? Memuhasabah layanan aku terhadap dia selama ini. Macam mana sampai dia boleh rasa aku selama ini membenci dia T_T. Pada aku, perkataan BENCI itu terlalu berat. Ketidaksukaan itu biasa, tapi yang keluar di mulutnya itu perkataan BENCI, sungguh dia merasakan perasaan benci itu di dalam hatinya.

Aku cerita pada umi,
How my ignorance on ADHD gave impact to his feeling, I do not know that special person like Iman was so sensitive and need special attention.

I was so sorry, I've no intention to make you feel hatred T_T

***

My student is ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder).
Pernah dengar berkaitan ADHD?

Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) is a mental disorder of the neurodevelopmental type.[1][2] It is characterized by problems paying attention, excessive activity, or difficulty controlling behavior which is not appropriate for a person's age.[3] These symptoms begin by age six to twelve, are present for more than six months, and cause problems in at least two settings (such as school, home, or recreational activities).[4][5] In children, problems paying attention may result in poor school performance.[3] Although it causes impairment, particularly in modern society, many children with ADHD have a good attention span for tasks they find interesting.[6]


These are their symptoms ;



Taqaballahu minna wa minkum.
Semoga bermanfaat perkongsian.

***
Ceconteng
Baru selesai menamatkankan sebuah buku Sang Alkemis, karya Paulo Caelho.
Tenggelam pada kesudahannya walaupun pada awalnya aku kurang sabar dengan penceritaan yang sedikit lembab. Nyata, buku yang membekas, membuatkanku terlalu ingin berkelana mencari maksud dan makna dalam diri. Dan, aku juga selalu merasakan hal yang sama, bahawa jalan hidupku benar-benar sebatas yang aku jalani jika aku tak pergi kearah takdir yang aku inginkan. Kejarlah cita-citamu, dan jika keinginanmu kuat, seisi dunia akan membantumu. :)



"Mengapa kita harus mendengarkan suara hati kita?"
"Sebab, di mana hatimu berada, di situlah hartamu berada."

Tapi itulah aku, tetap juga disini, yang masih punya komitmen sebagai seorang anak, yang punya ibu bapa untuk dibalas budinya, buat bekalan di dunia abadi.


^_^

Ustajah Syifa

18 September 2016

Sayap-sayap Patah

Bismillahirrahmanirrahim.

Kembali pada kecintaan lalu,
pada tulisan-tulisan muhasabah saat sendiri.

Ada ketika,
tulisan lalu ku ulang baca,
puisi, cerpen dan anekdot di sepanjang permusafiran,
dan perjalanan itu rupanya masih jauh beribu batu,

Tatkala membaca tulisan-tulisan lalu, terasa sangat,

"Ya Allah, jauh benar rasanya iman yang dahulu dibandingkan dengan sekarang"

Benarlah kata-kata Sayyid Badiuzzaman An-Nursi bahawa zaman ini adalah zaman menyelamatkan iman T_T.


"Cinta sama ada akan menghilangkan diri kita
atau menemukan siapa kita." 


Nothing much to write.

Cuma sekadar berkongsi, hikmah kisah cinta yang diperlihatkan pada aku.
Menghadiri sebuah majlis walimah, dari awal aku melihat sepasang suami isteri itu. Allah, sabarnya seorang isteri, tentu-tentu syurga buatmu, tentu-tentu engkau isteri solehah.

Aku melihat suaminya, dalam keadaan berkerusi roda, uzur sekali. Barangkali memegang sudu pun tidak berapa kuat. Dan isteri solehah itu, menyuapnya dengan penuh kasih sayang. Kemudian, lihat dia terbatuk-batuk teruk, aku pula jadi bimbang, takut dia termuntah sedang dalam keramaian sebegitu. Berulang kali. Dan, isteri solehah itu, menyapu lembut tuala di bibir suaminya.

Tak rasa malu dengan kondisi suaminya yang sakit dan lemah.

Dan aku?
Mampukah aku menjadi isteri solehah sepertinya?
Berbakti hingga ke akhirnya. Sabar memberi khidmat pada seorang suami tercinta.
Mencintai setulus hati, dalam menggapai redhaNya. Bercita-cita untuk ke syurga bersamanya.

Umi terangkan, rupanya suami itu adalah ulama' tersohor di negeri sembilan T_T. Jadi tak hairanlah isterinya sesolehah itu, isteri cerminan suaminya.

Aku selalu terfikir, sebuah perkahwinan yang dibina itu, apakah dasar yang menguatnya?

Kerna, kata mereka, perkahwinan tu dibina tak hanya didasari oleh cinta,
Yang tak cinta, bahteranya bertahan.
Yang cinta, adakala bahteranya karam, hanyut di pertengahan.

Aku jadi teringat sebuah pertanyaan umi,
"Apa sebenarnya doa Kak Ngah di Jamal Rahmah? Di Tanah Suci?"

Jika belum terbuka hati, wajarkah aku berhenti?

***

Image result for masjid nabawi

Jujur, sekilas terus aku terbayang dapat pergi bersama seseorang (tak tahulah siapa) ke Tanah Suci, sebab itu saatnya aku merasa sebegitu tenang dalam hidup, bukan kerana aku suci tanpa dosa. Tapi aku tahu, Dia sangat dekat, dosa aku begitu banyak, namun rahmatNya sebegitu besar buat insan hina seperti aku.

Teringin sangat, biar dia dapat merasai rasa tenang dan damai yang aku rasa tika itu.

Aku datang ke sana dalam keadaan masalah dan ujian hidup yang memeritkan+_+,
Segalanya seolah berserakan dan berselirat tanpa jalan keluar,
Rupanya jawapannya ada di sana ;)

Pada jiwa yang tenang.

Bila rasa serabut, hilang harapan, rasa nak pergi lagi dan lagi. (dan tak nak kembali)

***

nota kaki - sangat mengidam untuk beli buku Kahlil Gibran, Sayap-sayap Patah. MPH pun tiada stok setakat ni, kinokuniya ja ada ;) nak kena tunggu gaji masuk dulu apa-apa pun. (kotlah ada orang nak bagi hadiah :p )
 
"Laki-laki dan perempuan adalah sebagai dua sayapnya seekor burung. Jika dua sayap sama kuatnya, maka terbanglah burung itu sampai ke puncak yang setinggi-tingginya; jika patah satu dari dua sayap itu, maka tak dapatlah terbang burung itu sama sekali."
(Kahlil Gibran, Sayap-sayap Patah)


'Aku tak tahu apa maksudmu. Hanya menduga. Bisikanmu mengatakan ada seseorang di balik bukit sana. Menunggumu dengan setia. Menghargai apa arti cinta. Hati terjatuh dan terluka. Merobek malam menoreh seribu duka. Kukepakkan sayap - sayap patahku. Mengikuti hembusan angin yang berlalu. Menancapkan rindu. Di sudut hati yang beku. Dia retak, hancur bagai serpihan cermin. Berserakan. Sebelum hilang diterpa angin. Sambil terduduk lemah Ku coba kembali mengais sisa hati. Bercampur baur dengan debu. Ingin ku rengkuh. Ku gapai kepingan di sudut hati. Hanya bayangan yang ku dapat. Ia menghilang saat mentari turun dari peraduannya. Tak sanggup kukepakkan kembali sayap ini. Ia telah patah. Tertusuk duri yang tajam. Hanya bisa meratap. Meringis. Mencoba menggapai sebuah pegangan'

Quoted from Sayap Sayap Patah Kahlil Gibran.


Taqabballahuminna wa minkum.
(barangkali ajal datang dulu)

p/s - nak giatkan balik penulisan. Doakan saya kuat ^_^

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...